JURNAL SEORANG MISI: Tips Selera Makan Anak

5 Jan 2017

Tips Selera Makan Anak





Image result for meal shakes shaklee


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 79

Adakah anak anda susah nak makan?  Memilih makan?  Sudah cuba pelbagai jenis tapi anak tetap menolak?  Ibu-ibu semua, saya pun mengalami keadaan yang sama seperti anda.  Letih main kejar-kejar dengan anak. kadang ambik masa lama untuk mengurus anak makan.


Nafsu makan yang menurun pada anak ini merupakan hal yang lumrah dan tidak perlu dirisaukan. Selera makan anak ini kadangkala bergantung dengan aktiviti anak, jadual makan, jenis makanan dan rasa makanan tersebut

Menurut kajian, 20% dikalangan kanak-kanak yang berusia diantara 2-3 tahun adalah anak yang cerewet makan.  Antara faktor yang menyebabkan mereka ini memilih makan adalah:-

1.  Kebanyakan kanak-kanak kecil tidak suka makanan yang twar
2.  Mereka tidak menggemari warna makanan tersebut.
3.  Saiz hidangan yang agak besar
4.  Bau makanan yang kurang merangsangkan.

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh digunapakai. Bergantung kepada kreativiti ibu bapa masing-masing untuk menarik minat anak-anak. Tiada satu cara yang tepat untuk semua.

Antara tips menangani anak yang memilih makan ialah :

1.  Buat jadual makan yang teratur setiap hari
2.  Cuba sediakan makanan yang boleh diterima semua ahli keluarga
3.  Sediakan saiz hidangan yang sesuai untuknya.  Tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit.
4.  Galakkan anak cuba makanan yang baru.
5.  jadikan waktu makan, waktu yang menyeronokkan.  Jangan paksa anak makan kerana ia akan      menyebabkan anak itu semakin menjauh.
6.  Lakukan banyak aktiviti fizikal supaya anak itu rasa lapar bila terlalu banyak aktiviti yang      
     dilakukan.
7.  Kurangkan makan snack dan minuman/ susu sebelum waktu makan.
8.  Pancing dengan makanan yang disukai oleh anak.
9.  Beri suplemen sampingan selepas anak makan


Jika anak masih kurang berselera makan selepas mengikuti tips-tips di atas maka kita perlu menganggap masalah ini agak besar.  Kita perlu risau jika anak tidak berselera untuk makan.  Ini kerana berat badan anak akan menurun dan anak sudah kekurangan sumber vitamin dalam badan.  Jika ini berlaku kita akan risau anak mengalami keadaan-keadaan seperti berikut:-

1.Anak mungkin akan lambat untuk belajar kepada sesuatu yang baru dan kurang memberi      
   respon terhadap persekitaran kerana kekurangan zat makanan.

2.Ia juga boleh menyebabkan anak kekurangan protein dan protein ini penting untuk perkembangan otot dan kalsium pula penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

3.Anak mudah sakit sebab sistem daya tahan badan anak terganggu akibat kekurangan zat. keadaan ini amat merisaukan terutama jika anak anda ditinggalkan di nurseri.  Ia mudah terjangkit dengan yang lain seperti demam, batuk dan sebagainya.

Mungkin jika anak anda itu menyusu badan, maka sistem imun itu agak kuat tetapi jika anak anda bergantung sepenuhnya kepada susu formula maka agak merisaukan sebab sistem pertahanan badan berkurang.

Itu antara tips mengatasi anak yang susah makan. Bercakap mengenai supplemen, saya beri anak saya Meal Shakes Shaklee.

Sebut pasal Meal Shakes Shaklee ia adalah multivitamin dalam bentuk serbuk.  Ia boleh dibancuh dan diminum seawal usia 1 tahun.  Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein denga vitamin dan mineral tambahan.  Ia mengandungi jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. 

Ia juga membantu melengkapkan nutrisi, serta menambah selera makan anak. Sebelum ini anak saya suka main, lupa pasal maka.  Bila masa makan ia hanya makan sesua dua lepas tu dia mula keluarkan dari mulutnya dan tabur atas lantai.  Namun sejak jumpa Meal Shakes ini alhamdulillah selera menjadi-jadi.  Siapa-siapa yang dia tengok makan, maka dia akan minta, syukur dengan adanya meal shakes.

Antara kebaikan dan khasiat Meal Shakes adalah untuk membantu masalah seperti dibawah :-
  • Anak kurang berat – Meal Shakes bertindak untuk naikkan nafsu selera makan, sekaligus akan tambah berat badan. 
  • Penyakit kulit seperti ekzema 
  • Sembelit – bantu lawaskan masalah sembelit kanak-kanak dan dewasa
  • Lemah dan kurang bertenaga – sarapan lengkap yang ada semua vitamin dan mineral perlu
Harga runcit untuk satu tin meal shakes ialah RM114 namun anda boleh dapat harga murah jika daftar harga ahli.  Anda sudah jimat hingga 20%.  Meal Shakes ini juga adalah salah satu supplemen yang ada dalam Set Anak Pintar tau, bersama OmegaGuard. 

Jadi alang-alang ambil Meal Shakes, baik ambil sekali Omega Guard , dapat merangsang keupayaan otak anak supaya lebih cekap dalam menangkap pelajaran dan lebih fokus. Omega Guard merupakan ” makanan” atau vitamin kepada otak. Disamping untuk tingkatkan imun sistem mereka.  Anda boleh hubungi saya seperti di bawah jika anda berminat untuk dapatkan Meal Shakes Shaklee ataupun ingin mendapatkan penerangan lanjut berkaitan produk ini.  Saya sedia membantu anda bila -bila masa sahaja.



WhatApps/SMS: 0198007433
FB page : Pengedar Shaklee Tawau.

No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign