JURNAL SEORANG MISI: Suplemen Terbaik Dalam Kehidupan

6 Jan 2017

Suplemen Terbaik Dalam Kehidupan


Image result for suplemen


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 80


Adakah anda setuju bahawa obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari?

Menurut Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini.  Secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.

Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari dan ia wujud dalam bentuk pil, kapsul, secair atau tablet.  Kini kita dapat melihat suplemen dijual secara meluas dan boleh didapati di mana-mana pun termasuk secara online.  Tidak dinafikan bahawa badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino , zink dan sebagainya.

Menurut kajian, orang yang makan vitamin yang tidak diketahui statusnya adalah lebih buruk berbanding dengan orang yang langsung tidak makan sebarang vitamin.  Oleh itu anda perlu berhati-hati dalam memilih suplemen dalam kehidupan harian anda.  Kita mengutamakan kesihatan dan sebab itu kita mengambil suplemen tambahan namun kita perlu mempunyai ilmu dalam pemilihan suplemen dan bukannya terpengaruh membeli disebabkan emosi sendiri. Untuk kekal sihat salah satu cara adalah memakan makanan tambahan yang tinggi anti-oksidan, yang boleh tambah nutrisi dalam badan kita, yang bekalkan vitamin.  

Kajian juga telah membuktikan bahawa Shaklee telah menunjukkan kesan kesihatan jangka panjang yang lebih baik.  Ini bukan kajian dalaman pihak Shaklee.  Semua ini dibuktikan oleh landmark study yang dijalankan oleh pihak ketiga, pihak ketiga diketuai oleh doktor yang diiktiraf.  Landmark study ini dibuat dengan mengambil kira tempoh masa selama 20 tahun vitamin diambil.



Untuk pengetahuan anda, setakat ini Shaklee merupakan pengeluar suplemen yang terbukti mempunyai landmark study.  Lagi pula sebenarnya suplemen Shaklee ini dikira agak murah malah fungsinya pun sangat baik untuk tubuh.  Kata orang kalau dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya dan kalau tak cuba tak akan tahu keberkesanannya.  Untuk lebih berkesan pemakanan dan gaya hidup perlu diubah selari dengan suplemen yang kita makan. Suplemen Shaklee juga adalah suplemen semulajadi dan mesra alam.

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu anda untuk memilih suplemen yang sesuai iaitu suplemen yang boleh membantu meningkatkan kesihatan pada tahap optima.  

No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign