Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri 98
Assalamualaikum pembaca blog sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi ilmu berkaitan cerita seorang sahabat. Tujuan saya supaya kita semua sentiasa prihatin kepada kesihatan sendiri. Petang tadi terjumpa seorang kawan yang mengatakan abangnya sedang sakit tenat. Sebelum ini saya tidak tahu abangnya tu sakit apa sehinggalah dia menyatakan yang abangnya menghidap kanser. Keluarganya membawanya dari hospital kerana sudah tidak ada harapan untuk sembuh. Beberapa tahun lalu isteri abangnya ini telah pun meninggal dunia, juga disebabkan oleh kanser payu dara. Betapa bahayanya penyakit kanser sebab bila sudah ada dalam badan maka peluang untuk sembuh sangat tipis.
Beberapa hari sebelum terjumpa dengan sahabat ini, saya juga ada mendengar ulasan dari radio berkaitan penyakit kanser. Dikatakan kanser merupakan pembunuh senyap masyarakat kita. Kaum wanita pula merupakan golongan tertinggi dalam kes pengidap penyakit kanser. Kanser yang selalu dihidapi oleh wanita ialah kanser payu dara. Kanser payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Sumber mengatakan bahawa kebanyakan pengidap kanser hanya mengetahui yang mereka menghidap kanser ini pada tahap yang agak lambat iaitu sudah berada di tahap 2 dan 3.
Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. 80 peratus dari wanita yang mendapat kanser payudara tidak mempunyai sejarah keluarga. Walaupun sejarah keluarga meningkatkan risiko untuk mendapat kanser, ini tidak bermakna jika tiada saudara terdekat ibu, adik-beradik perempuan atau anak perempuan yang menghidap tiada risiko untuk mendapat kanser payudara.
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut. Baru-baru ini kerajaan telah memperuntukan beberapa juta ringgit untuk tujuan pembelian alat mamogram bagi membantu kaum wanita melakukan pengesanan awal kanser payudara. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih serius dan seterusnya kematian bakal menyusul.
Faktor penyebab kanser ini tidak diketahui. Semua wanita adalah berisiko untuk mendapat kanser payudara, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara adalah:
* mempunyai sejarah dalam keluarga
* akil baligh pada umur muda atau mencapai menopouse pada umur 50 an.
* umur lebh 40 tahun
* tidak pernah beranak
* bersalin anak pertama selepas umur 30 tahun
* mengambil alkohol secara berlebihan
* obesiti
* mengambil rawatan gantian hormon
Oleh itu pengetahuan berkaitan pencegahan dan pengesanan awal kanser payudara perlu diterap dalam diri setiap wanita. Ketahui bahawa pencegahan adalah lebih baik dari mengubati. Pentingkan kesihatan kerana kesihatan adalah tunjang utama dalam kehidupan. Kesihatan optima bermakna juga kita mampu untuk meneruskan kehidupan yang aman damai dan meneruskan usaha pencarian rezeki tanpa rasa bimbang dan gusar dan tanpa halangan.
Semoga perkongsian singkat ini bermanfaat kepada pembaca blog. Saya akan berkongsi lagi berkaitan teknik pencegahan melalui teknik pemeriksaan awal payudara. Jumpa saya di entri seterusnya.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment