Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri 99
Masyarakat umum sedia maklum tentang bahaya kanser payudara. Ada sesetengah penyakit kita langsung tidak dapat mengesannya sehinggakan ianya sudah berada pada tahap yang merbahayakan barulah ianya dikesan. Jadi, pastinya kita tidak mahu ianya berlaku kepada diri kita mahupun orang yang disayangi.
Kanser payudara boleh dicegah jika ia dapat di kesan diperingkat awal dan kanser jenis ini yang paling mudah dikesan. Pemeriksaan secara tetap membolehkan seseorang mengesan kanser payudara pada peringkat awal di mana rawatan adalah lebih berkesan. Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) merupakan pemeriksaan yang dilakukan sendiri oleh individu wanita untuk mengesan awal kanser payudara.

Pemeriksaan ini telah diajar diperingkat sekolah dan juga di klinik-klinik kesihatan untuk mewujudkan kesedaran pentingnya mengesan awal penyakit ini. Pemeriksaan ini dilakukan setiap bulan iaitu diantara hari ke tujuh hingga ke sepuluh selepas haid. Jika tempoh haid adalah iregular atau telahpun mencapai menopous, PSP ini dilakukan pada tarikh yang telah ditetapkan setiap bulan.
PSP hanya sesuai dilakukan bagi wanita yang telah datang haid. Bagi ibu hamil dan ibu menyusu adalah tidak sesuai untuk melakukan PSP kerana pembengkakan payu dara dikesan akibat pengumpulan air susu. Untuk pemeriksaan secara mamogram pulak, kaedah ini hanya sesuai bagi wanita yang berumur 40 tahun keatas.
Gambar di atas adalah panduan bagaimana pemeriksaan sendiri payudara dilakukan. Ketahuilah bahawa pencegahan itu adalah lebih baik dari mengubati. Semoga kita diberi kesihatan yang baik.
No comments:
Post a Comment