Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri 60
Assalamualaikum. Tahukah anda apa itu makanan tambahan (supplement) ? " Ia satu tambahan pemakanan, juga dikenali sebagai makanan tambahan atau makanan tambahan pemakanan, adalah persediaan bertujuan untuk menambah diet dan menyediakan nutrien seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak, atau asid amino, yang boleh hilang atau tidak boleh digunakan pada kuantiti yang mencukupi dalam diet seseorang. Sesetengah negara mendefinisikan makanan tambahan sebagai makanan, manakala di lain-lain mereka adalah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan atau produk kesihatan semula jadi. "
Info: Wikipedia
Sebenarnya kita perlukan makanan tambahan sebab vitamin dalam makanan kita cepat hilang sebelum sempat kita makan. Kajian menunjukkan yang pelbagai penyakit muncul disebabkan oleh pemakanan kita yang tidak seimbang. Pemakanan yang tidak terkawal membolehkan penyakit hadir seperti tekanan darah tinggi (Hipertensi), Kencing Manis (Diabetes), Kegemukan (Obese), Sakit Jantung, Cholesterol, Asma, Stroke, kanser dan macam-macam lagi,
Untuk kekal sihat kita perlu mencegah dari terkena penyakit ini kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Oleh itu pengambilan makanan tambahan ini sebenarnya bertujuan menggantikan vitamin-vitamin yang hilang dari makanan. Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit.
Seorang ahli Biokimia dari Kanada, Lyle McWilliam, mengatakan makanan tambahan merupakan satu keperluan seperti insurans kesihatan peribadi. Makanan tambahan adalah penting bagi mengekalkan mutu kesihatan tetapi lambakan makanan tambahan di pasaran menyebabkan masyarakat gagal memilih produk yang terbaik buat mereka.
Di sini saya sarankan agar anda diluar sana memilih produk yang terbaik buat diri anda. Tubuh kita sebenarnya adalah aset kita. Tubuh kita memerlukan belaian dan penjagaan yang sempurna untuk kekal sihat seperti kita membuat servis kenderaan kita agar kekal terjamin keselamatan dan boleh diguna untuk jangkamasa yang lama. Macam itulah juga tubuh kita yang sentiasa perlu dijaga kerana bila kita sakit maka sumber pendapatan kita juga akan terjejas.
Makanan tambahan keluaran Shaklee telah terbukti terbaik buat pengguna kerana ia telah terjamin sebagai produk 100% selamat dan semulajadi sejak Tahun 1956. Sebut saja Shaklee, rata-rata masyarakat mengenali Shaklee. Banyak kelebihan dalam menggunakan produk Shaklee dalam meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik. Kesihatan merupakan sesuatu yang bernilai untuk dinikmati dan perlu dikekalkan dengan bantuan nutrisi Shaklee yang memang tidak asing lagi dalam dunia makanan tambahan dan vitamin.
Untuk pengetahuan anda semua, produk Shaklee ini bukan 'UBAT' untuk mengubati @ menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia merupakan makanan tambahan yang melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Makanan tambahan Shaklee diambil untuk mengukuhkan dan mengekalkan tahap kesihatan. Apabila jatuh sakit jangan pula cari makanan tambahan, sebab ia sudah kurang sesuai, tapi kena jumpa doktor untuk dapatkan ubat yang sesuai. Bila dah makan ubat, ada kesan sampingan pula bila diambil dalam tempoh yang lama. Maka, kita usaha dan berikhtiarlah untuk kesihatan dan kebaikan kita, yang selebihnya kita serahkan pada Allah SWT.
#superstarshaklee
#pedagangshaklee
#0198007433
No comments:
Post a Comment