JURNAL SEORANG MISI: Jururawat Berilmu

20 Dec 2016

Jururawat Berilmu






Image result for jururawat muslimah berilmu


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 70

Assalamualaikum dan selamat petang semua.  Kali ini saya ingin bercerita tentang jururawat yang berilmu.  Sebut perkataan berilmu zaman sekarang memang pentingkan ilmu dan jika tiada ilmu maka tertinggallah kita,  Kerjaya apapun yang kita pilih, ilmu pastinya sangat penting waima nak berniaga sekalipun, ilmu sangat penting.

Profesion Kejururawatan turut menerima kesannya dalam memberikan perawatan yang optima kepada pesakit, famili dan masyarakat sekeliling.  Keadaan memerlukan seseorang jururawat itu untuk menuntut ilmu yang lebih tinggi upaya boleh menjadi seorang jururawat yang cemerlang, berilmu pengetahuan dan berdedikasi.  Malahan ilmu pengetahuan ini perlu di kemaskini dari semasa ke semasa dan sebab itulah semua jururawat dikehendaki untuk mengikuti kursus sekurang-kurangnya 7hari dalam setahun dan setiap minggu pula akan diadakan Continous Nursing Educaation (CNE) bagi .ilmu kepada jururawat setiap masa.

Dalam dunia persaingan sekarang ini, kita yang berada dalam profesion jururawat harus menyahut cabaran.  Selain ilmu yang dilakukan pihak-pihak hospital bagi  memberi ilmu kepada semua jururawat bertugas di kawasan mereka, seserang jururawat juga digalakkan untuk menambah ilmu ataupun menaikan taraf mereka keperingkat yang lebih tinggi seperti pos basic, Diploma Kejururawatan, Ijazah Kejururawatan, Master in Nursing, PhD in Nursing.  

Semoga jururawat yang ada sekarang ini, boleh menjadi jururawat yang disukai ramai, yang boleh dijadikan kawan, boleh membantu dengan ikhlas dan boleh menggunakan ilmu mereka sebaik mungkin.  Bekerjalah kerana Allah dan pastinya ia akan menjadi saham akhirat.  Jadikan kisah jururawat dahulu sebagai satu teladan dan kebanggaan kerana bermula dari mereka maka kini jururawat telah dikagumi dan permintaan adalah tinggi di setiap hospital termasuk luar negara.  Maka berbanggalah anda sebagai seorang jururawat kerana ilmu yang anda ada itu sangat tinggi nilainya.







No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign