JURNAL SEORANG MISI: Tips Mengekalkan Kesihatan Tubuh Wanita

19 Dec 2016

Tips Mengekalkan Kesihatan Tubuh Wanita


Image result for tips kesehatan wanita muslimah


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 69

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini kita diketemukan lagi dalam blog ini, semoga anda mendapat manfaat yang sebanyaknya atas perkongsian yang saya berikan. Kali ini saya ingin berkongsi tentang penjagaan kesihatan tubuh badan wanita.  Wanita adalah sesuatu yang berharga nilainya.  Oleh itu penjagaan badan dan kesihatan bagi wanita adalah sesuatu yang penting.  Wanita perlukan penjagaan badan yang khusus.  Ramai wanita yang sanggup menghabiskan duit dan masa semata-mata untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman mereka.


Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengambil makanan yang berkhasiat dan berserat setiap hari. Makanan yang berserat dapat memudahkan proses pencernaan setiap hari dan dapat menjaga tubuh badan dari sebarang jangkitan kuman.

Pengambilan vitamin sebenarnya adalah satu keperluan hidup.  Vitamin sangat penting bagi tubuh kita kerana vitamin boleh menambahkan antibodi dalam tubuh kita dan mencantikkan kulit. Mengambil vitamin juga adalah satu cara yang paling mudah bagi wanita yang sibuk dengan tugasan seharian.  Ia juga merupakan cara untuk menggantikan vitamin yang telah hilang dari makanan dan badan.

Hidangan makanan setiap hari perlu dijaga kerana pengambilan makanan yang berlebihan boleh menyebabkan berat badan bertambah.  Selain itu makanan jenis fast food juga tidak sihat untuk tubuh badan.


Rehat yang mencukupi adalah perlu dalam memastikan tubuh badan kita sihat.  Kaum wanita telah menggunakan tenaga mereka dalam menguruskan kerja seharian tidak kiralah wanita itu suri rumah tangga mahupun yang bekerja. Wanita memerlukan rehat sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

Tubuh badan wanita juga memerlukan air yang mencukupi bagi menggantikan air yang telah hilang dari badan. Badan memerlukan air sekurang-kurangnya 18 gelas dalam sehari untuk mengekalkan kesihatan dalam tahap yang optima.

Jangan lupa makan buah sebelum mengambil diet mengikut sunnah. Buah-buahan baik untuk meningkatkan kesihatan dan seterusnya menambah cecair dalam badan.  Akhir sekali kaum wanita perlu memberi senyuman manis kerana dengan senyuman beban yang berat menjadi ringan.

No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign