JURNAL SEORANG MISI: TIPS PENJAGAAN MAHKOTA WANITA

16 Dec 2016

TIPS PENJAGAAN MAHKOTA WANITA

Image result for tips kesihatan wanita


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 68

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog semua.  Terima kasih kerana masih menyokong saya dan saya terus berharap agar anda semua memberi sokongan yang padu untuk saya terus berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada anda semua.


Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang tips penjagaan alat sulit wanita.  Kenapa ianya istimewa sangat untuk dibersihkan dan dijaga?  Kerana ia merupakan MAHKOTA yang paling berharga buat semua wanita.  Lebih-lebih lagi untuk wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.  Sebagai seorang wanita saya rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan info yang penting ini agar mereka dapat menjaga Mahkota mereka.  Sedih bila ada wanita yang memandang rendah terhadap penjagaan alat sulit mereka sendiri.  

Berikut adalah beberapa tips untuk kaum wanita amalkan bagi menjaga MAHKOTA sendiri.


1.  Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar, sebaik-baiknya menggunakan air. 


2.  Seluar dalam perlu ditukar dua kali sehari dan setiap hari serta pada hari-hari mengalami keputihan.

3.  Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. 

4.  Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal-gatal.  Seetengah wanita 
5.  Elakkan sering melakukan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj.  Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kumaluan kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi kulit
6. Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
7.  Wanita yang mengalami keputihan perlu mengetahui keputihan normal dan keputihan yang abnormal.  Keputihan yang abnormal adalah yang ada jangkitan dan akan menyebabkan gatal-gatal pada kemaluan, juga berwarna kehijauan dan berbau. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. 
8. Wanita juga perlu menjaga kebersihan alat pencukur mereka kerana ia boleh menyebabkan abses atau bernanah pada bahagian luar vagina. Elakkan penggunaan alat pencukur yang tidak sesuai kerana bahagian vagina merupakan kawasan yang sangat sensitif.
9.  Perkara selamat yang perlu dibuat ialah mencuci vagina tanpa menggunakan sebarang produk pencuci.  Namun kebanyakan wanita terlalu suka menggunakan alat pencuci yang wangi bagi membasuh vagina mereka.  Apapun produk yang digunakan perlu sesuai dengan PH vagina dan perlu berkualiti kerana dikhuatiri akan membunuh bakteria yang normal di kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign