Teks: Rosnia Dahlan
Foto: Carian Google
# Entri 95
Foto: Carian Google
# Entri 95
Assalamualaikum semua. Harap anda semua hari ini menikmati hujung-hujung minggu bersama keluarga tersayang. Hujung-hujung minggu sentiasa dinanti oleh mereka yang mempunyai keluarga sebab hanya hujung minggu sahaja dapat bersama berkumpul melakukan aktiviti keluarga. Hari-hari biasa ibu bapa sibuk dengan tugas masing-masing dan begitu juga dengan anak-anak yang berseskolah. Hargai masa-masa terluang ini kerana masa yang berlalu tidak akan berganti.
Namun begitu tidak semua juga diantara kita yang berpeluang untuk meluang masa bersama suami isteri dan anak-anak. Kadang kala mereka jauh daripada kita, suami atau isteri jauh diperantauan, atau menjalankan tugas hingga larut malam atau pelbagai keadaan yang berlaku yang meminta kita berkorban dari masa dan tenaga.
Bila anak sudah dewasa, peluang bersama semakin berkurang. Kadang kala anak-anak sudah tidak mahu keluar bersama dengan ibu atau bapa tetapi lebih suka keluar dengan rakan-rakan. Ada juga anak-anak yang hanya suka duduk dalam rumah dan bermain play station berbanding mahu meluangkan masa keluar dengan ibu dan bapa.
Ada ibu bapa beranggapan bahawa jika anak sudah besar maka tanggungjawab mereka pun seolah-olah lepas. Sedangkan jika difirkam tanggungjawab ketua keluarga sebenarnya baru bermula. Kita sebagai ibu bapa perlu ambil tahu pergerakan anak dan selalu pantau mereka agar mereka tidak terpengaruh dengan kawan-kawan.
Bila anak semakin meningkat dewasa dan masing-masing sudah mempunyai tanggungjawab maka semakin kuranglah masa anak itu dengan kita. Hanya ibu dan bapa saja yang saling meluang masa tanpa hiruk pikuk suara anak. Masa itu tentu kita rindukan karenah anak-anak yang suatu masa dulu buatkan kita rasa geram, marah dan macam-macam lagi perasaan.
Oleh itu hargailah masa bersama keluarga tercinta. Tanamkan ilmu yang bermanfaat terhadap anak-anak supaya mereka tidak lupa kepada kedua orang tua apabila mereka dewasa kelak. "Ya Allah kau tunjukkan lah kami jalan yang engkau redai dan wujudkanlah kebahagiaan dalam diri kami."

No comments:
Post a Comment