Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri 83
Kita seharusnya tetap terus semangat tidak kira dalam situasi apa pun, terus belajar dan belajar, demi mengejar cita-cita, dan oleh sebab itu juga kita perlu untuk sentiasa memotivasikan diri sendiri. Bila kita ada motivasi diri kita mempunyai satu alasan yang kuat untuk berjaya, sentiasa menjauhkan dari sifat negatif, sentiasa merenung ke hadapan dan melakukan perkara yang baik setiap hati.
Kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang adalah motivasi kerana ia adalah resepi untuk berjaya. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian kemudian bersemangat sekejap dan kemudian kecundang apabila motivasi diri hilang. Kita sebagai manusia memang sudah menjadi lumrah, satu ketika rasa sangat termotivasi dan terus membuat perubahan secara mendadak. Ada ketika juga, kita terasa malas dan langsung tidak termotivasi dan tidak bertindak apa-apa. Keadaan ini memang dilalui dan dirasai oleh semua orang dan ia dianggap sebagai normal.
Namun begitu ada insan yang luar biasa yang boleh menguruskan kemahuan mereka dengan mengambil peluang dari segi motivasi diri. Mereka akan termotivasi dalam keadaan apa sekalipun dan perkara inilah yang membezakannya dengan orang biasa.
1. Vision Board
Pakar-pakar dan sifu-sifu internet selalu berkongsi berkaitan perkara ini iaitu menyediakan vision board. Vision board ini adalah sesuatu yang kita letak atau pampang yang kita ingin capai dalam hidup. Gambar itu perlu diletakkan di tempat yang kita mudah lihat setiap hari seperti di hadapan cermin atau di dinding. Minda kita akan merakamnya dalam gambar dan ini merupakan motivasi yang paling berkesan.
Jika anda mengikuti seminar-seminar kejayaan, mereka selalu kongsikan berkaitan mision board ini supaya setiap hari kita akan termotivasi untuk mencapai apa yang kita inginkan. Jika kita mahu kereta mewah, kita perlu melihat kereta yang kita idamkan itu setiap hari dan dengan langkah yang sama kita pasti akan berusaha.
Minda bawah sedar kita akan bertindak dan teknik sini sangat berkesan dalam membantu mencipta keinginan yang kita inginkan tetapi terasa sukar untuk kita capai dan kalau kita luahkan kepada rakan-rakan yang kurang faham tentu mereka akan kata seperti 'angan-angan Mat Jenin'. Namun dengan teknik ini, tidak mustahil apa yang diinginkan tercapai sebab setiap hari kita akan ternotivasi dengan sendirinya.
2. Kisah-kisah Kejayaan
Salah satu cara untuk memotivasikan diri juga ialah mendengar, melihat, membaca dan merasai sendiri kisah-kisah kejayaan orang. Manusia ini memang perlukan bukti baru mahu bertindak dan sebab itulah cara ini sangat berkesan untuk memotivasikan diri. Di tv, radio dan di majalah selalu dikongsikan bagaimana hartawan itu boleh berjaya dan cabaran yang mereka lalui sebelum berjaya. Buku-buku kisah kejayaan juga banyak dijual sebagai cara untuk berkongsi untuk berjaya dan digalakkan untuk kita selalu membaca cerita-cerita insprasi ini supaya kita boleh capai impian kita.
3. Tulis Impian Setiap Hari
Cara ini juga sangat berkesan sebab kita bersedia untuk luahkan impian kita setiap hari. Motivasi diri yang paling mudah dilakukan setiap hari pada awal pagi. Kita boleh luahkan impiah kita di facebook biar semua orang nampak dan semua orang tahu apa yang kita inginkan dan minta mereka doakan impian kita itu. Setiap hari kita tulis status impian kita dan secara tidak langsung kita sendiri termotivasi ditambah lagi dengan komen-komen positif dari rakan-rakan kita.
5. Fokus
Saya teringat kata saya iaitu fokus kepada apa yang kita lakukan. Minda kita adalah alat yang plaing berkuasa dan kita kawal minda kita untuk capai apa yang kita inginkan. Saya teringat kata-kata Dr. Azizan supaya tidak mendengar segala bisikan biawak-biawak yang sentiasa merosakkan fikiran kita.
Kita perlu sentiasa berfikiran positif, dan bila melalui cabaran, perlu kembali kepada impian asal kita sebab itulah yang membawa kejayaan buat kita. Fikir tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi dengan sendirinya. Minda kitalah yang menjadikan hidup kita seperti yang kita mahukan.
Secara ringkasnya kita perlu tahu cara untuk memotivasikan diri kita. Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri dikatakan suatu yang sangat penting dalam hidup untuk dijadikan sebagi panduan. Selain itu semangat yang tinggi perlu ada dalam diri walau dalam apa keadaan sekalipun, sentiasa berfikiran positif untuk meraih kejayaan. Kita juga perlu berusaha dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh unatuk belajar daripada orang yang berjaya.
No comments:
Post a Comment