Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 77
Assalamualaikum semua. Semoga anda semua sihat walafiat hendaknya dan sentiasa dalam lindungan Allah dan kita semua dimurahkan rezeki. Cerita petang tadi waktu berada di tempat kerja, begitu sibuk sangat. Pelbagai karenah pesakit hendak dilayan. Pelbagai macam penyakit yang perlu dirawat. Yang saya mahu perkatakan ialah semakin hari kesihatan masyarakat kita semakin merisaukan. Dapat dilihat apabila semakin hari semakin meningkat kedatangan pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bermula dari penyakit ringan hinggalah yang kritikal.
Saya terfikir kenapa setiap hari kedatangan pesakit semakin meningkat? Petang tadi bermula dari pukul 2pm hingga 9pm, yakni 7 jam sahaja kedatangan pesakit ke hospital adalah dalam 150 orang, bayangkan betapa ramainya. yang mana doktor yang merawat hanya 3-4 orang doktor sahaja. Masa rawatan adalah tidak sama bergantung dengan keadaan pesakit. Sebagai pesakit mereka perlu sabar dan bukannya tunjuk perasaan dengan marah-marah sebab lambat untuk berjumpa doktor. Dekat bank, dekat restoran pun kita kena menunggu walaupun pelanggan yang bayar.
Begitu juga dekat hospital, doktor kena buat rawatan yang terperinci dan bukannya sekadar pesakit datang dan terus bagi ubat. Dekat hospital kerajaan, jika anda warganegara Malaysia anda dikenakan bayaran RM1 sahaja tetapi rawatan yang diberi adalah lebih dari bayaran itu. Jadi sebagai masyarakat penyayang kita perlu lah bertolak ansur. Semua orang mahu cepat, kakitangan yang bekerja itu pun mahu cepat habiskan kerja tapi kita bukannya robot, manusia perlu berfikir. Doktor perlu berfikir rawatan yang sesuai untuk satu satu penyakit. Kadang-kadang seorang pesakit memerlukan masa yang agak panjang untuk di rawat, sebab ia perlu menunggu keputusan darah dan rujukan oleh doktor-doktor yang berkaitan sebelum dibenarkan pulang ataupun dimasukkan ke wad. Kadang-kadang yang sudah pasti masuk wad pun terpaksa menunggu giliran masuk sebab wad penuh, katil tiada. Perlu tunggu pesakit dari wad keluar baru pesakit lain boleh masuk. Keluar wad pun perlu masa sebab doktor kena buat surat rujukan, surat ubat dan banyak lagi prosedur yang perlu disiapkan sebelum dibenarkan keluar dari wad. Oleh itu anda di luar sana perlu bersabar dan perlu mengetahui tentang keadaan yang berlaku.

Dari pemerhatian saya, pesakit yang kerap datang adalah yang mengalami tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung, ibu hamil yang keguguran. Penyakit lain seperti URTI, AGE, Demam adalah mengikut musim. Jika hujan lebat, pesakit yang datang tentulah yang adalah masalah pernafasan, pesakit yang batuk-batuk. Bila musim kemarau pesakit yang selalu datang adalah yang muntah-muntah, cirit birit dan sebagainya. Di sini saya ingin menasihatkan kepada masyarakat di luar sana bahawa kebanyakan penyakit yang diperolehi adalah disebabkan oleh tabiat makan seseorang dan jenis makanan yang diambil. Cerita pasal makan semua orang ada persepsi sendiri namun perlu diperbaiki untuk kepentingan diri sendiri, Mencegah lebih baik dari mengubati dan oleh itu adalah lebih baik mempertingkatkan lagi kesihatan diri demi hidup yang lebih sempurna.
Satu lagi melalui pemerhatian saya sebagai kakitangan hospital, ada masyarakat yang suka datang tengah-tengah malam dengan aduan tidak boleh tidur, anak selalu menangis, sembelit. Rasa masuk akal kah dengan keadaan macam itu datang hospital kadang pukul 1 pagi, pukul 2 pagi. Namun memang kita tidak boleh tolak pesakit dan merawat juga pesakit. Masyarakat janganlah ambil peluang sebab bayar RM 1 suka-suka mahu datang ke hospital. Ramai lagi pesakit lain yang betul-betul memerlukan rawatan. Datanglah ke hospital jika kita memang benar-benar memerlukan rawatan. Pesakit juga jangan selalu tunjukkan rasa tidak puas hati tetapi selalu bersikap terbuka dan bersyukur.
Masyarakat juga perlu tahu bahawa datang ke Jabatan Kecemasan untuk masalah yang cemas sahaja dan suka-suka datang sebab masalah-masalah ringan. Masalah yang boleh tunggu untuk ke Jabatan Pesakit Luar. Jabatan Kecemasan mempunyai polisi yang lebih mengutamakan pesakit yang kronik, pesakit yang teruk berbanding pesakit yang mempunyai masalah ringan. Oleh sebab itu kita bahagi kepada 3 kategori, kiritikal, semi kritikal dan ringan. Diharap mereka boleh faham dengan situasi yang berlaku di setiap hospital terutama hospital utama yang menjadi hospital rujukan dari daerah lain.

No comments:
Post a Comment