JURNAL SEORANG MISI: Kelebihan Menjadi Seorang Jururawat

15 Dec 2016

Kelebihan Menjadi Seorang Jururawat




Image result for jururawat


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  ;  Carian Google

#Entri 67


Ada ke pembaca blog yang berminat menjadikan jururawat sebagai satu kerjaya anda.  Dahulu kerjaya ini kurang di minati oleh masyarakat kita sebab itulah pusat-pusat latihan agak kurang didirikan berbanding kini.  Namun kini kerjaya ini menjadi buruan ramai samada lelaki ataupun wanita dan pusat institusi kejururawatan makin banyak didirikan bagi menampung permintaan yang kian meningkat bukan saja di sektor kerajaan tetapi juga di sektor swasta.

Jururawat berstatus diploma menjanjikan gaji yang lumayan dan negara-negara lain mempunyai permintaan yang tinggi terhadap jururawat dari Malaysia dan ganjaran mereka lebih lumayan. Peluang inilah yang dikejar oleh ramai pelajar lepasan SPM.  Kerjaya ini juga sangat murni dan kita boleh menjadikan kerjaya ini sebagai satu ibadah untuk membuat amal dan saham akhirat.  Jururawat kini berpeluang menyambung pendidikan ke Peringkat Ijazah, Master dan Phd.  Oleh itu tidak ada lagi masalah jika anda ingin melanjutkan pendidikan dan anda berpeluang bekerja di luar negara.  Ini adalah satu peluang yang terbaik bagi mereka yang suka melancung ke luar negara.

Berikut saya kongsikan kelebihan menjadi seorang jururawat.
1.  Gaji
Sistem pembayaran gaji adalah setiap bulan dan gaji juga agak lumayan dan mempunyai kenaikan gaji setiap tahun.  Kenaikan gaji adalah mengikut tempoh perkhidmatan dalam kerjaya.

2.  Elaun Tetap Khidmat Awam
Elaun khas ini diberikan sebagai satu tanda penghargaan oleh kerajaan kerana berkhidmat buat egara

3.  Elaun Kritijaykal
Elaun ini diberikan kerana juga menghargai pengorbanan jururawat yang sanggup bekerja dan berdepan dengan pelbagai penyakit yang juga boleh menjangkiti mereka.  

4.  Elaun Sara Hidup (COLA)
Elaun ini dibayar jika anda hidup di kawasan bandar yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Namun anda perlu tahu bahawa tidak semua negeri yang mendapat elaun Cola.

5.  Elaun Lebih Masa
Oleh kerana kekurangan jururawat, maka seseorang jururawat perlu melakukan kerja lebih masa bagi menampung kekurangan staf. Bagi jururawat yang memerlukan duit tambahan maka mereka akan mengambil peluang ini untuk membuat duit dan ia boleh dikira agak lumayan kerana bayaran dikira mengikut gaji pokok, hari rehat, hari kelepasan am, dan kerja biasa.

6.  Imbuhan Tetap Perumahan
Semua jururawat akan berpeluang mendapat bayaran sewa rumah..  Namun jika anda bertugas di Sabah dan Sarawak anda akan dibayar elaun wilayah lebih mahal dari elaun sewa rumah.  


7.  Kelayakan Cuti Tahunan
Bagi anda yang bergelar Jururawat, cuti anda akan bermu
la sebanyak 25 hari. Cuti ini akan bertambah mengikut tempoh perkhidmatan dan juga pangkat anda.


8. Kemudahan Pinjaman
Seorang Jururawat berpeluang untuk mendapat kemudahan pinjaman samada pinjaman rumah ataupun kereta.  Ianya sangat mudah untuk mereka mendapat kemudahan pinjaman mengikut kemampuan mereka.


Saya berharap dengan perkongsian saya, pembaca di luar sana terbuka minda dan mendapat sedikit info berkaitan kerjaya Jururawat.  Di lain masa saya akan berkongsi lagi tentang kerjaya ini.












No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign