Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri 59
Assalamualaikum semua. Dalam seminggu saya join Shaklee banyak perkara yang saya perlu lakukan. Banyak benda yang saya perlu belajar, banyak cabaran yang baru bermula dan perlu ditempuhi. Yang penting kosongkan minda untuk menerima perubahan. Saya buat biz ini sebagai part time sahaja sebab sekarang ini pun saya masih lagi bekerja dan saya perlu mempunyai plan yang baik terutama dari segi pembahagian masa. Kerja hakiki perlu dilaksanakan sebaik mungkin kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai kakitangan dan juga disitulah rezeki saya bermula.
Saya cuba ikut apa yang mentor saya ajar, jadikan 'BIG WHY' sebagai pembakar semangat untuk maju ke hadapan. Jadikan cabaran itu sebagai satu jalan menuju kejayaan. Saya gunakan blog ini untuk berkongsi peluang kepada anda diluar yang sebenarnya peluang di Shaklee sangat luas dan ramai yang telah terbukti berjaya. Kita hanya perlu ikut saja apa yang mereka buat. Sebenarnya kita hanya perlu berkongsi melalui hati saja agar apa yang kita rasakan sampai kepada pembaca semua.
Saya bukannya datang dari keluarga senang, ibu seorang suri rumah dan bapa hanya seorang pemandu lori saja dan tidak ada harta yang ditinggalkan untuk kami kecuali ilmu. Dan ilmu itulah yang digunakan untuk mengubah hidup semua adik beradik. Zaman sekarang ini perlukan banyak wang untuk hidup. Jika wang kurang kita terpaksa sekat perbelanjaan semata-mata supaya cukup untuk keluarga dan persekolahan anak-anak, cukup untuk membayar hutang tetapi tidak cukup untuk menyimpan.
Kata orang wang tidak dapat membeli kebahagiaan tetapi kita lihat dari sudut positif. Jika kita tidak cukup wang bolehkah kita hidup bahagia, jika anak sakit boleh kah kita rasa bahagia jika tiada wang untuk buat rawatan anak, bahagiakah kita jika kita sekat kemahuan anak untuk makan ini dan itu sebab tak mampu nak beli, bahagiakah kita jika hidup menyewa rumah sepanjang hidup sebab tak mampu nak beli rumah. Lepas itu kita siap berkata 'Oh, dia bolehlah sebab anak orang kaya, dia bolehlah sebab sekolah tinggi dan macam-macam lagi alasan yang kita berikan. Sedangkan kita sendiri tidak mahu menyahut cabaran, kita sendiri tidak mahu rebut peluang yang sebenarnya banyak tetapi masih tidak nampak jalan, masih malu, masih segan dan terlalu selesa dengan kehidupan yang ada.
Oleh itu saya berimpian untuk hidup yang lebih baik dan perlu berusaha kuat bagi mencapai apa yang diidamkan. Tahun 2017 bakal menjelang tiba dan kita pasti cabaran besar akan lebih terasa, jika kita tidak mahu berubah apa yang anak-anak kita akan hadapi kelak. Pada zaman mereka tentu cabaran lagi besar, perbelanjaan yang besar, perlukan wang yang banyak, harga barang-barang akan meningkat. Dimanakah mereka nanti jika kita sendiri gagal menyediakan keperluan asas bagi mereka, gagal sediakan rumah untuk mereka, gagal membuat tabungan untuk mereka. Tak kan kita sanggup melihat anak cucu kita merempat di negara sendiri.
Zaman persekolahan saya dulu, ibu hanya beri duit belanja RM0.50 saja tetapi saya boleh beli mee sebungkus, kuih sebiji dan boleh beli air lagi, malah dapat lagi menyimpan RM0.10. Tetapi sekarang ini apa yang dapat kita beli dengan duit RM0.50? Fikir-fikirkan dan semoga perkongsian saya ini dapat membuka minda anda untuk berubah demi 'BIG WHY' kita.
Jika ada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan bantu anda. Semoga kita berjaya bersama dan niatkan demi Allah Taala. Jadikan tekanan hidup sebagai cabaran untuk anda,
#superstarshaklee
#pedagangshaklee
#ummisado
#0198007433
No comments:
Post a Comment