Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 61
Assalamualaikum pembaca budiman. Petang-petang macam ini saya hendak berkongsi lagi tentang sebab musabab kenapa saya memilih Shaklee. Shaklee sekarang umpama fenomena. Ramai yang sudah mengetahui tentang produk Shaklee dan yang memilih Shaklee kini sebagai makanan tambahan. Saya pun mempunyai banyak sebab kenapa saya memilih Shaklee. Masing-masing dengan pendapatnya sendiri berkaitan dengan ahli Shakle sebab kenapa pilih Shaklee dan saya pun mempunyai pendapat yang mungkin sama tapi berbeza.
1. Plan Bisnes
Sharikat Shaklee menyediakan plan yang terbaik untuk ahli-ahlinya. Semua plan ini membantu ahli-ahlinya untuk mencapai impian mereka dan Shaklee terbukti telah merealisasikan ramai ahlinya. Ramai yang telah mengambil peluang yang disediakan oleh syarikat seperti pakej pelancongan, kereta percuma, dan ada yang sudah pun jadi jutawan di Shaklee. Oleh itu kita tidak perlu menyangkal akan kredibiliti syarikat ini.
2. Syarikat Pemakanan Sihat Terunggul
Shaklee bermula selepas Dr. Shaklee sendiri mengalami penyakit yang sukar diubati pada masa itu. Selepas kesihatan beliau sembuh beliau berusaha mengkaji tentang pemakanan yang terbaik untuk kesihatan yang lebih terjamin. Shaklee kini merupakan pengeluar makanan tambahan berasaskan semulajadi No. 1 di US dan telah bertapak lebih 50 tahun. Di Malaysia juga penjualan Shaklee telah meningkat dan terus meningkat jualannya.
3. Landmark Study
Shaklee bukan buat kajian sendiri tetapi dikendalikan oleh pihak ketiga yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam Shaklee. Dan mereka telah memilih pengamal Shaklee yang telah makan produk Shaklee 20 tahun lalu dan mendapati kesihatan mereka adalah lebih baik berbanding yang tidak mengamalkan Shaklee ataupun yang mengamalkan Shaklee separuh-separuh. Beratus ujian dan penyelidikan yang teliti daripada pakar dijalankan sebelum diluluskan. Malah produk yang telah dipasarkan juga akan dipantau rapi dengan setiap ujikaji turut dijalankan secara berkala bagi memastikan kualitinya terjaga. Ini sekaligus membuatkan saya rasa lebih selamat. Semua vitamin Shaklee mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
4. Tagline Shaklee
Shaklee mempunyai perbezaan yang nyata kerana ia berpegang kepada 3 perbezaan iaitu Always Safe, Always Work, Always Green. Tagline inilah yang membuatkan Shaklee dipercayai dari dahulu hingga kini. Masyarakat yang tahu menilai akan memilih Shaklee untuk kesihatan mereka.
5. Kaitan Kajian
Shaklee tidak mengeluarkan artikel sesuka hati tetapi akan mengaitkannya dengan kajian dan journal-journal yang telah pun diiktiraf. Keadaan inilah yang membuatkan orang ramai percaya termasuk saya sendiri.
6. Sijil Halal
Produk Shaklee telah mendapat sijil Halal dari ISA, Islamic Services of America, sebuah badan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia dan MLM patuh syariah.
7. Terbuka hati dan minda untuk berkongsi
Saya seorang misi yang setiap hari melihat orang-orang yang sakit. Kebanyakan penyakit mereka berpunca dari faktor pemakanan seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, stroke dan cholesterol. Penyakit seperti ini tidak mengenal usia dan jika anda dan keluarga anda tidak mengamalkan pemakanan sihat maka anak anda semua pun akan mengidap sama. Oleh itu lah saya memilih Shaklee supaya saya boleh berkongsi tentang kepentingan menjaga pemakanan seterusnya kesihatan kerana hanya orang yang sakit yang tahu betapa berharganya sebuah kesihatan. Maka kita yang sihat ini perlu menanam kesedaran ini lebih awal.
8. Kesihatan Bermula Dari Dalam
Alhamdulillah bila dah amalkan ESP, Vita-C, Alfalfa dan Vit E kulit muka sudah tidak kering dan kusam lagi. Badan pun tidak terasa letih dan sentiasa bertenaga. Saya perlukan tenaga untuk menjaga anak saya seramai 5 orang dan inginkan kesihatan yang terjamin. Oleh itu saya memilih untuk bersama Shaklee supaya saya sentiasa boleh makan produk Shaklee untuk menjamin kesihatan saya. Persekitaran sekarang tidak terjamin kebersihan dan udara segar juga sukar ditemui apatah lagi jika kita tinggal di kawasan bandar.
9. Harga berpatutan dan Tahan Lama
Kenapa saya katakan murah, sebab satu botol vitamin Shaklee biasanya mengandungi 120-180 tablet yang boleh bertahan 4 hingga 6 bulan lamanya dengan harga yang kurang dari RM100. Jika dibahagikan dalam tempoh itu, saya hanya membelanjakan beberapa sen sahaja dalam sehari untuk menjaga kesihatan saya. Lagipun seisi keluarga dapat menggunakannya. Memang rasa sangat berbaloi. Jika anda jadi member, lagi muarh sebab dapat potongan harga 15-20%. Penjimatan yang berganda-ganda.
10. Boleh Jana Pendapatan
Kita berkongsi kebaikan dari hati dan bila kita berkongsi dan orang berminat maka kita boleh jana pendapatan dari situ. Kita hanya buka cerita dan terpulanglah kepada orang ramai untuk menilainya. Semakin banyak kita berkongsi semakin ramai orang yang tahu tentang kebaikan Shaklee dan semakin banyak juga kita jana pendapatan. Bolehlah kita bantu keluarga.
11. Bisnes Mudah dari Rumah
Internet dihujung jari dan sekarang tiada masalah lagi untuk berkongsi dengan orang ramai walaupun jauh kerana bisnes ini boleh dilakukan hanya dari rumah. Anda boleh online dan mula berkongsi seperti saya sekarang ini. Urusan untuk order barang, daftar ahli malah urusan jual beli dengan pelanggan pun secara online. Anda hanya perlu rajin usaha dan tawakkal kerana Allah lebih mengetahui.
Ok ini saja perkongsian saya kali ini diharapkan ada pembaca yang juga celik minda dan terbuka hati untuk menjadi ahli Shaklee. Anda boleh hubungi saya pada bila-bila masa dan mari kita berjaya bersama-sama di Shaklee.
WA : 0198007433
No comments:
Post a Comment