Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# ENTRI 58
Assalamualaikum selamat petang semua. Semangat nak menulis 'down', idea hilang disebalik awan. Dekat facebook pun lama tak update info atau motivasi diri. Diri perlu dimotivasikan setiap hari supaya impian tercapai. Perjalanan hidup setiap hari pasti mengalami ' batu-batu sandungan ' baik besar ataupun kecil yakni boleh melunturkan atau bahkan menghancurkan semangat anda. Motivasi diibaratkan sebagai bahan bakar untuk memacu semangat kita dalam menggapai tujuan,dan kejayaan yang diimpikan,
Motivasi diri timbul dengan sendiri bila kita hadapi masalah, bila kita melihat kejayaan orang lain, bila kita tiada apa-apa untuk dibanggakan, Seeloknya motivasi perlu ada setiap hari supaya kita tidak jauh terpesong, supaya sentiasa ada aura positif dalam diri, supaya kita sentiasa bangkit dari lena. Karena itulah setiap manusia memerlukan dorongan positif yang berasal baik dari dalam maupun luar dirinya sehingga anda boleh menyedari keberadaannya dan segala potensi yang ada pada diri anda dan dapat anda manfaatkan dengan maksima.
Dengan motivasi itu, seorang individu boleh bertindak dengan tepat untuk mencapai impiannya dan memiliki semangat yang menggebu-gebu untuk mencapai tujuannya. oleh karena itu dalam setiap hari..setiap orang, apapun status dan bidang pekerjaanya, memerlukan motivasi dari orang lain mahupun dari dalam dirinya sendiri. baik untuk semangat atau dalam tahap menuju pencapaian.

Oleh sebab itu saya suka membaca buku kisah-kisah kejayaan dari pakar bisnes kita iaitu Azizan Osman sebab jika anda pernah membaca buku beliau, beliau selalu berkongsi tentang kesusahan hidupnya sewaktu beliau memulakan bisnes sehingga pernah jatuh tersungkur dan bangun semula untuk mencapai impiannya. Saya juga selalu mengikuti program-program beliau untuk mendapatkan semangat diri dan supaya kita tidak terus rasa selesa dengan keadaan yang telah kita capai.
Pendek kata motivasi diri perlu ada dalam diri setiap insan. Motivasi untuk maju ke hadapan, motivasi untuk berubah menjadi lebih baik, motivasi untuk mengenal Allah dan banyak lagi. Jika anda diluar sana rasakan diri telah hilang segalanya, rasa kekurangan diri, kembalilah kepada pencipta kita kerana kepada Allah sahaja kita boleh memohon pertolongan, mohon ampun dan maaf dan anda pasti tahu bahawa semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan putus asa dan teruskan perjuangan demi 'BIG WHY" anda.
Salam kejayaan
No comments:
Post a Comment