Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri 81
Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga perkongsian saya dalam blog ini bermanfaat kepada pembaca blog. Mana-mana pun kita dengar orang mahu berjaya, mahu ubah kehidupan, duit tak cukup untuk belanja harian, barang mahal dan setiap hari ada saja rungutan yang kita dengar. Mungkin ada yang membaca blog ini juga berfikiran yang sama. Namun berapa ramai yang benar-benar maksudkan kesusahan mereka dan benar-benar mahu berjaya? Berapa ramai yang sangat Jelas dan Spesifik tentang kejayaan yang ingin dicapai.
Sifu-sifu selalu beritahu yang kita semua perlu ada 'Big Why'. Mula-mula saya pun tak faham apa itu 'Big Why' sebenarnya. Sedikit demi sedikit saya terjebak dalam dunia bisnes online dan selalu terbaca tentang 'Big Why' dan alhamdulillah baru saya tahu berkaitan Big Why. 'Big Why' adalah impian utama kita ataupun sebab utama yang menggerakkan kita untuk mencapai apa yang diinginkan. Setiap orang mempunyai 'Big Why' yang berbeza tetapi matlamat yang sama. Oleh itu sesiapa yang ingin cipta kejayaan perlu ada 'Big Why' supaya usaha itu berganda dn berterusan sehingga mencapai matlamat dan bukannya terhenti ditengah jalan. ;Big Why' adalah pendorong seseorang untuk berjaya.
Menurut sifu yang telah berjaya' Big Why' perlu ditulis besar-besar dan di lekat depan cermin supaya setiap hari kita akan termotivasi dengan impian kita. Saya masih ingat lagi sewaktu pertama kali saya mengikuti seminar Dr. Azizan Osman. beliau selalu menekankan pasal Big Why dan ia perlulah yang sesuatu yang utama yang menarik kita, mendorong kita untuk berjaya. Mungkin ada orang Big Whynya sebab anak-anak, sebab ibu bapa, sebab ingin pergi menunaikan haji, dan macam-macam lagi.
Big Why perlu jelas supaya apabila ada halangan, ujian kita tetap teguh, kita tetap sabar menghadapinya tanpa rasa putus asa sebab kita perlu capai impian kita. Saya pun ada menyimpan Big Why seperti juga anda semua. Salah satu sebab Big Why juga maka terhasillah blog yang tidak seberapa ini, niat ingin membantu sahabat-sahabat semua. membantu tidak semestinya berupa wang ringgit tetapi tulisan, kata-kata, semangat juga termasuk dalam bantuan. Semoga apa yang kita niatkan mendapat balasan dari Allah.
Kita toleh semula masa yang lalu apa yang kita telah lakukan dan kita pandang masa hadapan untuk terus mengear impian yang mungkin sudah kita lupakan. Kita cari Big Why kita supaya kita boleh menjadi orang yang berjaya dunia akhirat. Salam Kejayaanbuat anda semua.
No comments:
Post a Comment