JURNAL SEORANG MISI: Hidup Bahagia Dengan Amalan Bersedekah

11 Jan 2017

Hidup Bahagia Dengan Amalan Bersedekah




Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

# Entri 85

Hidup bahagia dengan amalan bersedekah merupakan tajuk entri saya kali ini.  Kenapa perlu bersedekah?  Kenapa Allah tekankan amalan bersedekah ini?  Kenapa bersedekah perlu dijadikan amalan?  Ini kerana dengan bersedekah kita boleh menjadi kaya, bersedekah boleh menyucikan harta benda kita, pahala bersedekah boleh dibawa ke akhirat kelak dan banyak lagi kelebihan bersedekah.  Allah akan jadikan hati kita lebih bahagia dan tenang dengan bersedekah.


Apabila kita susah maka bersedekahlah kerana Allah telah berjanji akan memberi ganjaran yang besar kepada yang memberi.  Dengan bersedekah kita juga dapat menggembirakan hati mereka yang memerlukan pertolongan.  Orang yang memberi lebih baik dari yang menerima, maka kita peganglah kata-kata itu.  


Kita rasa kita kurang mampu tetapi ada lagi yang lebih kurang dari kita. Dalam harta kita ada terselit harta orang yang miskin dan mereka berhak untuk mendapatkan milik mereka. Kadang-kadang harta sudah mencukupi tetapi hati belum tenang dan terasa masih ada kekosongan. Maka dengan itu bersedekahlah dan jadikan amalan harian kerana mungkin kita terlupa kepada mereka yang memerlukan.

Bersedekah membuka pintu rezeki.  Bersedekah tidak perlu tunggu kaya baru mahu bersedekah tetapi bersedekahlah bila kita rasa sempit, bila kita rasa susah, bila wang terasa tidak pernah mencukupi, bila hati terasa gundah gulana, bila kita jatuh sakit dan bila kita mengkehendaki sesuatu.  Bila bersedekah beri keutamaan kepada keluarga terdekat dahulu sebelum orang lain. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan serta meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka dan mereka akan beroleh pahala yang banyak.” (Al-Hadid: 18  
Bersedekah tidak semestinya berupa wang ringgit tetapi senyuman pun adalah satu jenis sedekah yang paling murah.  Bersedekahlah ikut kemampuan kita. mari kita sama-sama tanamkan sikap suka bersedekah untuk tujuan mendapat ganjaran dari Allah swt. Bersedekahlah dengan hati yang ikhlas.  Semoga setiap sedekah kita menjadi tiket untuk kita ke syurgaNya.  Aamiin.





No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign