JURNAL SEORANG MISI: Kisah Kejayaan

20 Jan 2017

Kisah Kejayaan



Image result for manisnya cinta ustaz kazim

Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google


#Entri 93

Assalamualaikum

Semalam terdapat sikit ruang waktu, saya ambil peluang untuk menghabiskan tulisan dalam blog saya.  Lama tidak kemaskini blog, ada peluang saya hasilkan 2 hingga 3 blog sekali.  Anak-anak awal tidur jadi saya pun gunakan peluang yang ada. Saya suka ikuti cerita kisah kejayaan orang lain kerana ia kan memotivasikan diri kita sendiri.

Masa tengah menyiapkan blog, TV astro siarkan 'Manisnya Cinta DUKE'.  Saya suka tengok siri ini siap rakam lagi.  Slot yang dikendalikan oleh Ustaz Kazim Elias.  Sebelum ini saya ikuti siri beliau juga iaitu 'Kalau Dah Jodoh'.  Bagi saya siri seperti bagus sebab ia membuka minda, hati dan pandangan kita selain menambah pengetahuan berkaitan soal jawab agama yang mungkin selama ini kita jahil tentang sesuatu perkara.  Mungkin juga kita sudah terlupa tentang amalan yang perlu kita lakukan dalam kehidupan ini.

Banyak topik yang dibincangkan berkaitan kehidupan harian kita.  Saya suka bila beliau berceramah sebab diselitkan dengan lagu-lagu yang ada kaitan dengan topik beliau dan itu adalah caranya untuk menarik masyarakat supaya mengikuti ceramah-ceramah beliau.

Berbalik kepada perbincangan awal kita tadi, topik yang dibincangkan adalah berkisarkan sedekah dan tetamu jemputannya ialah Dato Rosyam Noor.  Bersedekah boleh merubah hidup seseorang dari miskin hingga berjaya.  Siapa yang tidak kenal dengan pelakon hebat ini dan merangkap sebagai usahawan terkenal.  Kisah kejayaan Dato' Rosyam bermula dengan amalan bersedekah.  Dalam slot kali ini Dato' Rosyam berkongsi tentang kehidupan hariannya dari bawah hinggalah apa yang dikecapi sekarang ini. Menurut perkongsian yang dibuat, beliau bermula dari bawah.  berasal dari keluarga yang susah, kata orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Kadang kala mereka terasa susah hingga hendak bayar zakat pun mereka tidak mampu.  Sehinggalah beliau terlibat dalam bidang perfileman.  

Waktu itu pun beliau bermula dari bawah sebagai pelakon tambahan.  Beliau pernah mencuba pelbagai bisnes tetapi semuanya tidak menjadi dan beliau tetap tidak berputus asa.  Beliau merapatkan diri dengan Pencipta dan menjaga solatnya serta mengamalkan sedekah.  Sejak dari itu beliau mula dikenali ramai, bisnes juga mula meningkat.  Dan kini beliau merupakan salah seorang pelakon terkenal yang berperibadi mulia, mempunyai bisnes pertanian dan perhotelan.  Beliau berkongsi supaya masyarakat juga sentiasa mengingati penciptanya. Kisah kejayaan beliau ini boleh menjadi inspirasi buat kita.  Sebenarnya jika kita lihat orang yang berjaya ini kebanyakannya adalah bermula dari pengalaman pahit maung sebelum dapat mengecapi kesenangan.

Saya berkongsi kisah ini untuk tujuan kesedaran buat diri sendiri kerana saya pun mempunyai cita-cita yang belum lagi tercapai.  Juga berjinak-jinak dalam bidang bisnes tapi belum berjaya seperti apa yang diimpikan.  Saya juga berasal dari keluarga yang biasa-biasa sahaja dan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.  Saya ingin memberi nilai kepada orang sekeliling saya supaya sama-sama berjaya dalam hidup. Saya tetap berusaha untuk mencapai impian saya dan Inn Sha Allah saya berimpian untuk menulis kisah-kisah kejayaan saya salam blog saya nanti.  Doakan kejayaan saya semoga dengan doa kalian impian saya akan tercapai. Aamiinn..
















No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign