JURNAL SEORANG MISI: Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri

1 Jan 2017

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri


Image result for jom sihat




Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 75

Assalamualaikum selamat malam semua.  Hari ini saya mahu berkongsi dengan sahabat semua tentang kepentingan menjaga kesihatan.  Semua manusia yang hidup menginginkan tubuh badan yang sihat.  Namun begitu sejauh manakah kita ini mengambil berat terhadap kesihatan sendiri? Sejauh manakah kita membelanjakan wang kita kearah kesihatan kita?  Tepuk dada tanya diri anda sendiri.  Masyarakat sememangnya tahu untuk kekal sihat kita tidak sekadar makan makanan setiap hari an dtidak sekadar makan ikut kumpulan makanan yang dicadangkan.  Namun kita perlu memastikan makanan yang kita ambil itu mempunyai vitamin, berzat dan dimasak ikut cara yang betul.  Tidur yang cukup dan senaman yang teratur juga diperlukan untuk kekal sihat.  Namun kita masing-masing sibuk dengan urusan seharian sehingga kita lupa kepada diri sendiri.  Kita mula makan secara tidak teratur, makan tidak ikut masa, makan makanan segera sebab tidak cukup masa, makan makanan yang keterlaluan sebab ikut rakan, selalu makan di luar sebab mudah dan cepat.


Akibat dari itu maka kita sendiri sudah lupa tentang kesihatan tetapi tetap nampak sihat sebab tubuh badan tidak sakit.  Sehingga satu hari kita jatuh sakit dan saat itu baru kita menyesal dengan gaya hidup kita. Kita hanya membelanjakan wang untuk keperluan lain tetapi tidak untuk kesihatan.  Kita jarang memperuntukkan perbelanjaan hanya untuk membeli vitamin bagi mengekalkan tahap kesihatan kita.  Sedangkan kita tahu bahawa vitamin dari makanan yang kita makan itu cepat hilang dari badan, tidak 100% terjamin dan kita masih perlu untuk mencari sumber makanan tambahan yang lain supaya kita dapat mengekalkan tahap kesihatan kita, supaya kita dapat mencegah penyakit yang berpuna dari gaya hidup kita seperti hipertensi, diabetis, kolesterol, sakit buah pinggang, jantung dan kanser.  

Saya ingin mengaitkan cerita saya ini kepada kisah seorang kawan sekerja saya.  Kami bekerja di jabatan yang sama di salah sebuah hospital, cuma dalam jawatan yang berbeza.  Dia seorang yang sangat baik, dikenali ramai sebab sikap peramah dan rajin, . Semua pegawai-pegawai tinggi samada dari jabatan sendiri atau dari kawasan lain tentu mengenali beliau dan selalu mencari beliau jika sedang membuat lawatan atau tugas rasmi di kawasan tempat kami.  Pendek kata beliau ini memang dikenali ramai.  Namun apa yang saya hendak kongsi di sini ialah awal pagi tadi beliau telah diserang stroke separuh badan dan beliau menangis tidak henti, mungkin menyesali diri, mungkin juga mengenangkan nasib masa hadapan.

Saya turut terkesan dengan keadaannya itu. Seorang yang kerja di hospital, setiap hari jumpa dengan pesakit yang mempunyai pelbagai macam penyakit, setiap hari berjumpa dengan doktor tetapi perkara begini masih boleh berlaku ke atas beliau.  Saya sungguh sedih bila semua keluarga dan sahabat handai berada disisi beliau.  Dalam hati Ya Allah, bila kita sakit baru kita tahu betapa pentingnya kita menghargai kesihatan yang telah diberikan.  Hanya terpulang kepada diri sendiri bagaimana kita hendak mengekalkan kesihatan kita. Saya doakan sahabat itu sihat sepenuhnya dan boleh bekerja seperti dahulu.  Namun kita tidak tahu apa yang akan berlaku nanti, buat masa sekarang beliau masih lagi terlantar di hospital, menjalani hari-hari sebagai seorang pesakit. Bagaimana dengan keluarga yang ditinggalkan, bagaimana nanti jika beliau tidak dapat bertugas seperti sediakala, bagaimana keluarga meneruskan hidup kerana punca rezeki sudah hilang.  Bagaimana dengan anak-anak? Bagaimana dengan kehidupan seharian yang perlu diteruskan?

Perkara-perkara seperti inilah yang kita perlu fikirkan.  Saat kita sihatlah kita perlu ikhtiarkan bagaimana untuk terus kekal sihat, bukan saat kita sakit baru kita tercari-cari ubat sedangkan mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati.  Semoga kehidupan yang baik dan kesihatan yang berkekalan menjadi milik kita.  Pandangan dari kacamata seorang jururawat yang sentiasa terdedah kepada masyarakat yang datang untuk mendapatkan rawatan.


Oleh kerana itulah saya memilih Shaklee, selain saya boleh makan produk percuma, saya boleh berkongsi dengan masyarakat tentang kepentingan mengambil makanan tambahan, berkongsi tentang kebaikan produk Shaklee yang terbukti berkesan sejak 50 tahun dahulu.  Dihasilkan dengan bahan-bahan semulajadi oleh seorang Doktor yang dulunya juga mempunyai penyakit yang sukar diubati tetapi Alhamdulillah dengan sifat keyakinannya bahawa kesihatan itu adalah berasal dari sumber makanan yang berkualiti maka beliau sembuh dari penyakitnya dan kini mencipta Shaklee bagi membantu masyarakat kekal sihat.


Semoga dengan perkongsian saya ini mewujudkan kesedaran dalam diri kita semua betapa berharganya kesihatan tubuh kita.  Tubuh badan yang menjadi sumber pencarian rezeki buat keluarga. Mesin pun memerlukan maintainance supaya kekal lama inikan pula kita sebagai manusia yang hidup pastinya lebih memerlukan penjagaan.  Sama-samalah kita menjaga kesihatan yang sangat bermakna untuk kita, amalkan gaya hidup yang sihat setiap hari.


#0198007433
#superstarshaklee
#pedagang shaklee

No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign