JURNAL SEORANG MISI: Bahaya Toksin Dalam Tubuh

2 Jan 2017

Bahaya Toksin Dalam Tubuh



...



Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 76

Assalamualaikum dan selamat petang semua.  Hari ini saya mahu berkongsi satu lagi keadaan yang dialami oleh kita semua.  Jika anda melihat gambar di atas tentu anda merasa takut dan ngeri kerana itulah gambaran sebenar usus dalam badan kita jika tidak di cuci.  Usus kita sangat padat dengan najis yang tersangkut dan tidak dapat dibuang dengan sendiri.

Jika ini berlaku banyak masalah yang bakal kita hadapi terutama berkaitan kesihatan.  Badan kita akan meresap toksin yang dikeluarkan melalui usus kita sendiri.


TOKSIN adalah zat beracun yang dikeluarkan oleh sel atau organisma hidup.   Dalam tubuh kita ia berlaku disebabkan pencemaran.  Antaranya ialah pencemaran makanan, penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk tujuan pertanian. Keadaan menjadi lebih parah apabila makanan kita juga mempunyai pengawt, perisa tiruan dan bahan campuran lain.  

Saya ada terbaca info mengatakan hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin dalam badan.  Tubuh ini unik sedikit, apabila seseorang itu sakit maka tubuh kita akan berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.  Namun begitu jika usus kita penuh maka toksin ini akan diserap dalam saluran darah dan dibawa ke semua organ dalam tubuh dan disitulah punca penyakit bermula.



Bahaya toksin ialah sebab ia dihasilkan dari lebihan makanan yang tidak dicerna, pengambilan ubat-ubatan, bahan-bahan kimia dari sumber makanan, alkohol dan pelbagai lagi sumber dan toksin ini diserap masuk ke saluran darah dan di bawa ke organ-organ lain dan merosakkan organ-organ tersebut.


Toksin boleh hilang melalui proses perpeluhan dan perkumuhan. Normalnya perkumuhan seperti buang air besar perlu berlaku sehari sekali supaya toksin dalam hilang dari badan dan juga digalakkan meminum air yang banyak untuk pembuangan urine yang lebih kerap.  Senaman juga sangat digalkkan supaya toksin keluar melalui peluh.  Jika kita kurang bersenam, kurang minum air dan pembuangan air besar yang jarang maka najis akan berada di dalam usus dan melekat di dinding dan menjadi toksin dalam tubuh.

Jika badan terlalu berasid, ia akan meningkatkan kandungan toksin dalam badan anda.  Pelbagai penyakit boleh berlaku berpunca dari toksin. Antaranya penyakit kulit, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol, penyakit kulit dan banyak lagi.  Jagalah kesihatan anda kerana tubuh kita ini juga perlukan 'maintanance' supaya kekal sihat dan membantu kita mencari sumber pendapatan.  Jika tubuh sakit ekonomi pun turut lumpuh dan jika kita seorang yang menjadi tulang belakang keluarga, apa akan jadi dengan anak-anak, suami dan isteri yang bergantungharap dengan kita seorang.  Beringat sebelum terkena.





No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign