JURNAL SEORANG MISI: Kenali Alfalfa

13 Jan 2017

Kenali Alfalfa





Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#  Entri 87



Sejak Shaklee menjadi fenomena di seluruh Malaysia, alfalfa semakin dikenali lebih-lebih lagi di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu.  Alfalfa terkenal sebagai 
milkbooster (penggalak susu) yang hebat.  Alfalfa bukanlah khusus untuk ibu menyusu sahaja tetapi sebenarnya ia bagus untuk semua (kecuali pesakit auto-immune dan ibu mengandung)

Alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral antaranya:
  • Vitamin A
  • Vitamin E
  • Vitamin U (S-methylmethionine)
  • Vitamin B6
  • Vitamin K
  • Vitamin D
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Mangan
  • Potassium
  • Fosforus
  • Klorin
  • Sodium
  • Silikon magnesium

Kebaikan Dan Manfaat Alfalfa
1.  Kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian
Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran.  Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fiokimia,  10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu

2.  Melawan Alahan
Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensatif, kurap, bau badan dan ulat air (Athletes's foot) dengan berkesan.

3.  Mencuci hati, darah dan usus
Ia boleh mengembalikan kenormalan yang berasid kerana ia merupakan makanan yang bersifat alkali.  Ia berfungsi sebagai agen detoks dalam menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

4.   Menyingkirkan Lemak dan Kolesterol
Kajian klinikal terbukti  bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.  hanya alfalfa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

5,  Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut
Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

6.  Melegakan keletihan
Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

7.  Mencegah dan memperbaiki Arthritis
Memperbaiki sakit akibat Arthritis

8.  Melawan tumor
Memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor dengan mengalkalikan badan

9.  Membantu memelihara dan penjagaan kesihatan dalaman wanita.
Membantu menyeimbangkan hormon dan memperbaiki sistem reproduktif wanita.  Secara tidak langsung ianya baik untuk kesihatan rahim dan kesuburan.  Dalam masa sama boleh membantu mengurangkan masalah keputihan dan vagina berbau.  Alfalfa juga boleh meningkatkan libido wanita kerana sifatnya yang estrogenic.

10.  Menggalakkan penghasilan susu
Sejak sekian lama alfalfa diamalkan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu ataupun sebagai milk booster.  Ini merana sifatnya sebagai tumbuhan yang galactogouge.


Ada banyak lagi kebaikan dan manfaat Alfalfa untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan antaranya:
  • Untuk pelangsingan dan pengurangan berat badan
  • Untuk melancarkan pembuangan dan mengelakkan sembelit
  • Untuk atasi masalah badan dan ketiak berbau
  • Untuk meningkatkan kesuburan suami isteri dan membantu memperbaiki masalah cyst dikalangan wanita
  • Untuk kecantikan kulit dan jerawat
  • Untuk allergy, sinusitis, resdung, bersin tak berhenti, eczema
  • Untuk gastrik dan perut sensitif
  • Masalah anemia (kurang darah), masalah tinggi kolestrol, diabetes dan gout
  • Masalah hypothyrodism dan infeksi pada ginjal dan pundi kencing serta saluran urinari
  • Mengurangkan retensi air dan garam berlebihan
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan tanda asid tinggi dalam tubuh
  • Masalah sakit sendi dan rapuh tulang
  • Untuk ibu berpantang dan menyusukan anak
  • Baik untuk menghadapi menopause
  • Kaya dengan protein asid amino untuk atasi kekurangan nutrien


No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign