JURNAL SEORANG MISI: Nilai Dalam DIri

8 Jan 2017

Nilai Dalam DIri


Image result for kejayaan
Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 82


Assalamualaikum Selamat pagi

Cerita semalam sewaktu Hospital saya membuat perhimpunan pagi, banyak perkara yang dikongsikan.  Rutin setiap bulan pihak hospital akan mengadakan perhimpunan pagi di mana ia akan dikendalikan oleh kumpulan tertentu dan di situ semua staf hospital akan berkumpul untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu negeri, lagu hospital dan satu lagu pilihan sendiri yang dirasakan sesuai.  

Motivasi pagi itu di sampaikan oleh seorang doktor dari wad perubatan yang mana beliau berkongsi tentang 'self value'.  Perkongsian beliau membuka minda diawal pagi, dan di awal tahun.  Kita sebenarnya perlu yakin dengan diri sendiri, perlu puji diri sendiri dan perlu cabar diri sendiri. Kenapa perlu buat semua itu?  Jika kita tidak yakin, jika kita tidak cabar diri bagaimana kita boleh berubah dari yang baik kepada yang lebih baik, dari yang rasa rendah diri kepada yang lebih bersemangat dan sebenarnya kita memberi peluang kepada orang lain untuk mengkritik kita.  Kita memberi peluang kepada orang lain untuk  meremehkan kita dan berasa tidak yakin dengan kita. Oleh itu bagaimana kita mahu seiring dengan orang-orang yang berjaya?  

Oleh itu nilai diri adalah sangat penting dalam kehidupan bukan untuk bangga diri, bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk membuat perubahan yang baik.  Jangan kata kepada diri sendiri 'saya tidak boleh, saya tidak hebat, saya miskin' dan sebagainya yang bersikap negatif kepada diri sendiri tetapi kita perlu bangkit diawal pagi dengan kata-kata motivasi, kata-kata semangat supaya apa yang kita lakukan itu berhasil.

Sungguh hebat kesan 'self value' untuk diri sendiri.  Jika kita menaiki kenderaan elok kita dengar rancangan radio yang menaikkan semangat seperti rancangan IKIM, jangan dengar laku yang melalaikan, yang melemahkan kita, yang mendayu-dayu sebab fikiran kita pun akan turut terpengaruh.

Diharap perkongsian ini dapat membuka minda kita supaya mempunyai nilai dalam diri kita. Motivasi, kisah-kisah kejayaan orang, zikir akan menjadikan kita seorang yang tabah dalam mengharungi sebarang cabaran sebab orang yang berjaya perlu melalui saat-saat kesukaran sebelum mereka berada di puncak kejayaan.  Salam kejayaan dari saya semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat.


No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign