Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 7
Perasan tak anda bahawa terdapat pelbagai warna jalur pada cap/topi atau tudung jururawat dan terdapat juga pelbagai warna pakaian yang mereka guna. Setiap warna ini menunjukkan jenis dan tugas yang berlainan pada jururawat seta pangkat yang berbeza. Mari kita mengenali mereka satu persatu melalui pakaian yang dipakai oleh mereka. Contoh pakaian yang saya terangkan ini adalah pakaian rasmi yang digunakan oleh semua jururawat terutama di Sabah.
Foto dibawah menunjukkan pakaian seorang Pelatih Jururawat Masyarakat. Mereka memakai pakaian putih dan berbip coklat dibahu. Setiap jalur dibahu mereka menunjukkan tahun kursus yang dilalui. Kursus mereka adalah 2 1/2 tahun jadi alur dibahu sama ada satu ataupun 2 jalur, Apabila tamat kursus mereka akan menjadi Jururawat Masyarakat Terlatih.
Pakaian Pelatih Jururawat Masyarakat
Jururawat Masyarakat Terlatih memakai pakaian putih berjalur ungu di cap/topi atau tudung yang mereka guna seperti dalam contoh foto di bawah ini.
Pakaian Jururawat Masyarakat Terlatih
Jururawat pelatih pula memakai pakaian putih berbip hijau, biru dan merah dibahu juga mengikut tahun berkursus mereka. Apabila tamat kursus mereka akan menjadi Jururawat Terlatih yang memakai cap/topi atau tudung berjalur biru. Bagi Jururawat Terlatih lelaki pula mereka akan memakai baju putih berbip putih tetapi berjalur biru dan berseluar hitam. Foto dibawah adalah menunjukkan foto Pelatih Jururawat.
Pakaian Pelatih Jururawat
Pakaian Jururawat Terlatih
Bagi jururawat yang berbaju biru tetapi memakai jalur biru di cap/topi atau tudung, mereka adalah Jururawat Terlatih yang telah mencapai time base. Namun mereka boleh memohon untuk menjadi Ketua Jururawat bila ada kekosongan jawatan dan bagi jururawat yang memakai baju biru dan bercap/topi atau tudung putih mereka adalah Sister ataupun Ketua Jururawat. Bagi yang memakai baju biru tua pula mereka adalah Matron ataupun Penyelia Jururawat, Begitu juga dengan Ketua Penyelia Jururawat Hospital mereka memakai baju biru tua dan berkasut hitam.
Pakaian Penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat
Jururawat Pergigian pula dikenali melalui pakaian putih dan berjalur kuning di cap atau tudung yang diguna. Bidang tugas memang jauh berbeza dari Jururawat Terlatih
Pakaian Jururawat Pergigian
.Dengan sedikit pengenalan yang saya berikan diharap dapat meberi idea atau pengenalan kepada para pembaca. Begitu juga kepada para pembaca yang berminat untuk menjadi jururawat boleh mengkaji dahulu sebelum memohon untuk menjadi warga jururawat.
No comments:
Post a Comment