Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 11
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang dunia jururawat lelaki. Jarang kita dengar tentang jururawat lelaki, selalu yang kita lihat bila sebut saja tentang jururawat tentu kita terbayangkan jururawat wanita yang bermuka comel,cantik manis, ayu dan lemah lembut. Bagai satu stigma kerjaya membabitkan kejururawatan dan sains kesihatan sinonimnya sering dikaitkan dengan wanita dan ramai berasa janggal apabila dikaitkan dengan lelaki. Wanita dianggap lebih relevan dengan kerjaya terbabit memandangkan mereka memiliki perwatakan lembut dan penyayang. Tambahan pula perintis bidang kejururawatan adalah dari kalangan wanita.
Dalam era kini, semua perlukan duit. Kata orang duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit dan duit tidak dibawa mati tetapi kita akan mati jika tiada duit. Oleh itu ramai pelajar lepasan SPM yang tidak mahu menganggur memilih untuk terus memohon kerjaya sebagai jururawat dan ada yang meneruskan pelajaran ke peringkat Universiti dalam bidang kejururawatan. Pilihan yang selalu tidak menghampakan adalah profesion kejururawatan dan faktor mudahnya mendapat pekerjaan menjadi sebab kerjaya ini diminati oleh generasi muda termasuklah juga golongan kaum Adam. Berkecimpung dalam bidang kejururawatan sememangnya menjadi idaman bagi mereka yang meminati profesion ini.
Kini ramai kaum Adam yang telah menjadi jururawat selepas kerjaya jururawat membuka peluang kepada golongan lelaki untuk menceburinya. Fenomena ini dilihat sebagai satu perkembangan yang positif dalam memberi pekerjaan kepada golongan Adam yang masih tercari-cari kerjaya bersesuaian buat mereka. Ramai graduan lepasan Universiti dalam bidang lain masih mencari pekerjaan setimpal dengan pendidikan mereka dan ada yang menanggung hutang pemdidikan kerana masih belum mempunyai pekerjaan. Adalah lebih baik ,mengikuti kursus kejururawatan di mana-mana universiti tempatan dan kolej kejururawatan, tamat pengajian, akan terus dapat pekerjaan.
Mungkin agak janggal pada penglihatan masyarakat tetapi itulah hakikatnya. Golongan lelaki kini sudah bersedia untuk memikul tugas dan amanah sebagai jururawat dan bersedia untuk bertugas seiring dengan jururawat wanita walaupun mereka berada dalam golongan minoriti di dalam profesion ini. Kini, pandangan dan stigma orang ramai terhadap golongan lelaki yang menjadikan kerjaya jururawat sebagai satu profesion sudah semakin berubah apabila dilihat sebahagian daripada golongan tersebut mula menjadikan pekerjaan itu sebagai kerjaya mereka.

Bidang kejururawatan merupakan bidang yang mencabar namun, bidang ini masih menjadi pilihan utama generasi muda sekarang. Walaupun kaum Adam ini masih dalam golongan minoriti tetapi kehadiran mereka sedikit sebanyak membantu dalam meringankan tugas-tugas yang berat dalam memberikan penjagaan dan perawatan kepada pesakit.
No comments:
Post a Comment