Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Sudah beberapa hari tidak kemaskini blog. Minggu ini merupakan minggu pertama saya kembali bertugas di Tahun 2016 selepas bercuti selama lebih kurang 2 1/2 bulan. Terasa macam berat hendak melangkah ke alam pekerjaan setelah lama bercuti namun hati tetap digagahi kerana di sanalah peiuk nasi untuk saya sekeluarga.
Saya bertugas di Jabatan Kecemasan. Sebut sahaja jabatan ini tentu anda terfikir bahawa jabatan ini memang sibuk setiap hari. Kami adalah staf dibarisan hadapan yang bersemuka dengan pesakit sebab kebanyakan pesakit melalui jabatan kami untuk mendapatkan rawatan. Tidak mudah sebenarnya bertugas di jabatan ini sebab lebih terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit dan kemarahan pesakit ataupun keluarga mereka. Banyak pengalaman-pengalaman di tempat kerja yang boleh dikongsikan sebab lain orang lain pengalaman kerjanya.
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya sewaktu bertugas shif malam, anggaran pada pukul 2 pagi apabila datang mangsa tetak kerana terlibat dalam pergaduhan antara dua kumpulan. Kejadian berlaku di sebuah pub apabila mangsa seorang lelaki telah di tetak pada bahagian pahanya menggunakan sebilah parang. Dan kejadian tidak terhenti di situ kerana apabila mangsa di bawa ke Jabatan Kecemasan, seorang rakan mangsa pun ikut sama dan begitu juga dengan musuh mereka. Rakan mangsa terpaksa bersembunyi di pantri kami kerana telah dikejar oleh musuhnya. Sebenarnya mereka semua ini adalah rakan sekerja tetapi telah berlaku salah faham dan akhirnya telah mencetus kemarahan yang menyebabkan kecederaan yang teruk.
Musuh mereka juga telah melepaskan marah di kawasan hospital dengan memecahkan cermin sebuah kereta yang berada di situ dan juga telah memecahkan cermin pintu jabatan kami. Mereka mempunyai parang dan sebatang kayu panjang yang digunakan untuk memecahkan cermin. Saya sangat takut pada masa itu sebab pengawal keselamatan pun tidak dapat mengawal keadaan. Semua pesakit-pesakit lain lari bertempiaran kerana takut dengan keadaan yang berlaku. Keadaan menjadi sedikit reda apabila datang seorang yang bertindak sebagai ketua meleraikan keadaan Mangsa berada dalam keadaan separuh kritkal dan berlaku banyak pendarahan sebab luka yang amat dalam. Doktor dan para medic yang lain telah mencuba sedaya mampu bagi menyelamatkan pesakit. Akhirnya polis tiba dan membawa mereka yang terlibat ke balai polis. Mangsa pula telah dibawa ke dewan pembedahan untuk merawat luka kecederaan.
Kerana itulah saya katakan yang keadaan staf di Jabatan Kecemasan selalu terdedah kepada bahaya sedangkan kami tidak mempunyai sebarang peralatan untuk mempertahankan diri jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. Inilah pengalaman pertama saya sejak bertugas di jabatan ini. Semoga Allah selalu melindungi kita dalam setiap langkah dan setiap yang dilakukan.

No comments:
Post a Comment