Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 2
Kerjaya sebagai jururawat penting dalam menjaga masyarakat yang sakit dan memerlukan bantuan namun tidak semua masyarakat menghargai profesion ini. Kerjaya ini memerlukan satu pengorbanan yang tinggi serta kesabaran menghadapi pelbagai ragam dan kerenah bukan sahaja dari pesakit tetapi juga dari ahli keluarga pesakit, doktor, rakan sekerja selain perlu memenuhi setiap arahan dan perintah dari pihak atasan. Bahkan setiap peraturan perlu dipatuhi setiap masa dan ketika.
Meninggalkan keluarga untuk pergi bekerja secara shif pagi, petang dan malam bagi memastikan segala keperluan pesakit dijaga sebaik mungkin adalah satu pengorbanan yang besar nilainya, Ada sesetengah orang menganggap bahawa profesion sebagai jururawat ibarat 'pembantu rumah' yang menguruskan segala keperluan pesakit. Namun pengorbanan ini sering dipandang sepi. Tidak semua orang mampu melaksanakan tugas seperti mana yang dilakukan oleh seseorang yang bergelar jururawat dan disebabkan itu juga, memilih untuk menjadi seorang jururawat bukanlah cita-cita yang diimpikan oleh semua orang sehingga ada segelintir masyarakat menganggapnya sebagai kerjaya pilihan terakhir. Persepsi ini membuatkan profesion jururawat menjadi kurang menonjol.
Islam adalah perintis dalam usaha mewujudkan kerjaya jururawat walaupun ketika itu ia bukanlah dalam bentuk rasmi seperti sekarang ini. Di zaman Rasulullah SAW, beliau tidak pernah menegah muslimah untuk turut sama menyertai misi ke medan perang dan pembabitan mereka membantu merawat pejuang yang tercedera. Mereka membawa ubat untuk mengubati mangsa yang tercedera, menyediakan makanan dan minuman untuk mereka yang bertempur dan juga mereka bersiap sedia berjuang di jalan Allah. Pada mulanya perkembangan dalam bidang kejuruawatan ini memang agak perlahan. Dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua, kerjaya ini tidak menarik minat ramai kerana bidang ini dianggap sebagai ' kelas rendah'. Dalam era itu jururawat hanya menjalankan tugas ringkas seperti memandikan serta menyuapkan makanan pada pesakit, membersihkan luka atau hanya memberikan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.

Masa terus beredar dan kini terdapat banyak bidang khas yang memerlukan jururawat pakar dan negara mempunyai ramai jururawat pakar dalam pelbagai cabang perubatan seperti perbidanan, rawatan intensif, rawatan koronari, trauma dan juga pemulihan. Jururawat professional menggunakan pengetahuan, kecekapan, kreativiti serta kata hati mereka untuk menjaga pesakit dan juga memberi keyakinan serta harapan kepada mereka yang bersedih dan berputus asa.
Jururawat perlu memiliki sifat peribadi mulia kerana bidang ini adalah bidang kemanusiaan. Meskipun dihambat aneka kerenah gelagat pesakit, namun jiwa seorang jururawat harus kebal dengan dugaan dan cabaran itu. Bersengkang mata bertugas di syif malam begitu mencengkam perasaan, apatah lagi bila berjauhan dengan keluarga, namun itulah watak seorang jururawat yang mesti terus bersabar dan menganggap kerjaya itu sebagai ruang dan peluang untuk mengaut amalan berpahala di sisi Allah. Kerjaya ini boleh dijadikan sebagai 'batu loncatan' dalam memperbanyakkan amalan berpahala dan mengharap keredaan Allah. Semua bekerja atas ikrar seorang jururawat yang akan memberikan khidmat terbaik untuk kesembuhan seorang pesakit.
Tidak dinafikan bahawa pekerjaan ini adalah satu tugas yang mulia, namun terpulanglah kepada individu tersebut bagaimana mentakrifkan nilai kemuliaan itu. Ada yang melihat kesanggupan dan kesabaran jururawat berjaga malam semata-mata untuk memastikan keadaan pesakit stabil sebagai satu kemuliaan. Ada juga yang melihat kemuliaan ini dari segi kesanggupan seorang jururawat yang bergelumang dengan darah dan bahan kumuhan dan tidak kurang juga yang menganggap bahawa kerelaan jururawat dalam meredah hutan dan mengharungi sungai untuk memberi perawatan kepada komuniti terpencil sebagai satu tugas mulia.
Namun tidak kira sama ada anda orang biasa atau berpangkat besar, orang kaya mahupun orang miskin, pasti ada satu masa dan ketika dalam hidup anda untuk dekat dengan insan ini. Mungkin pada hari biasa, insan itu tiada kepentingan buat semua, namun apabila ada ahli keluarga, saudara tedekat, mahupun diri sendiri terlantar di hospital dan memerlukan rawatan nama insan inilah yang sentiasa bermain di bibir setiap kali memerlukan sesuatu. Insan inilah yang akan sering dipanggil dan sedia membantu disaat tiada seorang pun ahli keluarga mahupun anak-anak yang berada disisi untuk membantu, disaat semuanya sibuk dengan pekerjaan dan sibuk dengan perihal keluarga masing-masing. Namun, sejauh manakah kita menghargai insan ini?
Jadi anda bagaimana?
Jumpa saya di entri selanjutnya.....
Wassalam
Assalamu'alaikum, tulisan yang menarik. :) Saya Admin dari laman web http://www.jawatankosongjururawat.com ingin meminta kebenaran pihak Pn Rosnia Dahlan untuk berkongsi artikel ini di laman web kami. Sekiranya Pn bersetuju, mohon Pn hubungi saya melalui Facebook di https://www.facebook.com/messages/jawatankosongjururawat
ReplyDeleteSaya akan berikan link sumber rujukan kembali ke blog Puan ini di dalam artikel nanti.
Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya sangat berbesar hati sekiranya pihak admin sudi menjadikan blog saya sebagai salah satu medium untuk menarik minat remaja diluar sana mendapatkan sedikit informasi berkaitan dengan kerjaya jururawat.
Delete