Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 3
Sungguh tidak terasa begitu cepatnya masa berlalu tanpa dapat dikawal. Ini bermakna sudah hampir sebulan saya menjadi ahli keluarga ABDR. Namun begitu saya tidak dapat menggunakan masa sebaik mungkin, terbukti hanya mampu menyiapkan 3 entri dalam masa sebulan. Bagi diri ini terasa susah untuk fokus dan konsisten untuk menulis dalam blog. Saya selalu membaca status-status yang Cikgu Anys kirimkan iaitu meluangkan masa sedikit setiap hari untuk menulis blog. Berkongsi dengan para pembaca dengan ikhlas dan mulakan menulis blog dengan catatan harian dan catatan pengalaman untuk belajar menulis Jadikan menulis blog sebagai satu tabiat ataupun rutin harian supaya kita dapat mengemaskini blog kita setiap masa dan supaya ada perkongsian atau cerita-cerita baru yang dapat dikongsi. Status-status yang beliau kongsikan sentiasa menaikkan semangat saya untuk menulis walaupun disiplin diri sangat kurang.
Saya ada membaca blog rakan-rakan yang lain yang berkongsi tentang bisnes-bisnes yang diusahakan, pengalaman-pengalaman semasa menjalankan bisnes dan rata-ratanya mempunyai bisnes yang sudah berjaya diusahakan. Perkongsian ini menaikkan semangat untuk menjadi seperti mereka yang berjaya. Menjadikan blog untuk berkongsi hal-hal perniagaan dengan para pembaca.

Namun seringkali saya terfikir bolehkah saya menyiapkan 44 entri sedangkan jarang menulis blog. Bagaimana saya boleh mahir menulis jika jarang dipraktiskan. Masuk sebulan hanya dapat menyiapkan 3 entri dan sangat jauh lagi perjalanan untuk menyiapkan 44 entri. Maklumat kurang dikongsikan dan kurangnya idea untuk menulis blog. Ditambah lagi dengan kerja-kerja rumah dan penjagaan anak yang tiada habisnya menjadikan masa kurang diperuntukkan untuk menulis blog.
Apapun alasan saya terpaksa juga mengharungi cabaran ini untuk menyiapkan hingga ke entri 44 sebagai latihan menulis. Saya perlu bersemangat untuk mengubah cara hidup semoga apa yang diimpikan dan dilakukan sekarang akan mendapatkan hasil dikemudian hari. Seperti menanam buah, tidak semestinya kita tanam hari ini, esok dapat kutip hasil. Hasil itu biarlah yang boleh dibanggakan untuk keluarga, yang boleh mendatangkan pulangan yang lumayan. Tetapi ada juga pepatah orang zaman kini iaitu kalau boleh cepat kenapa kita nak pilih jalan yang lambat. Apapun semua itu terpulang kepada rezki seseorang yang penting terus berusaha untuk maju kehadapan.

No comments:
Post a Comment