Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 14
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Setelah beberapa lama suhu panas melanda tempat kita namun subuh hari hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi di hari Jumaat yang baik ini akhirnya bumi Sabah basah disirami hujan. Pada sebelah petang hujan turun lagi berlarutan hingga ke malam hari. Di hari Jumaat ini merupakan cuti umum bagi Negeri Sabah sempena 'Good Friday'. Oleh itu saya tidak perlu tergesa-gesa untuk pergi bekerja sebab jalan hari ini akan lengang dari kebiasaan. Santai-santai saja pergi bekerja tanpa perlu melalui kesesakan lalu lintas.
Tiba di tempat kerja seperti pesakit ini memahami, kurang juga yang datang tidak seperti hari yang biasa kawasan menunggu penuh dengan pesakit. Hari ini seperti biasa setiap jumaat adalah hari untuk memeriksa kebersihan jabatan bersama dengan Ketua Pembersihan yang bertanggungjawab memastikan jabatan kami bersih. Oleh kerana saya yang bertugas hari ini, maka menjadi tanggungjawab saya membuat rondaan di seluruh jabatan dan disetiap sudut bagi memastikan yang pihak kami berpuas hati dengan penjagaan kebersihan yang dilakukan. Aduan akan dilakukan sekiranya didapati mereka gagal memenuhi kehendak jabatan bagi mengekalkan kebersihan. Kiranya macam hotel lah perkhidmatan mesti tip top.
Kebersihan di jabatan kami sangat penting kerana ia melambangkan identiti dan budaya kita,
Sikap membudayakan amalan kebersihan adalah bukti kekuatan akidah seseorang dan disukai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222:
Maksudnya: ” Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri”.
Hospital perlulah nampak bersih kerana ia merupakan tempat mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Inikan lagi jabatan kami adalah jabatan kecemasan yang merupakan tempat pertama yang dituju bagi mendapatkan khidmat segera untuk pesakit. Berdasarkan pemerhatian, negara-negara maju mempunyai budaya menjaga kebersihan yang tinggi. Walaupun tidak beragama Islam tetapi mereka lebih mengambil berat aspek kebersihan sepertimana dianjur oleh Islam. Jadi, amalan kebersihan ini adalah amalan mulia berbentuk menyeluruh kerana Islam amat mementingkan kebersihan sama ada zahir atau batin.

No comments:
Post a Comment