JURNAL SEORANG MISI: Amalan Bersedekah

27 Jan 2017

Amalan Bersedekah



Image result for bersedekah


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 97


Assalamualaikum Salam Jumaat yang berkah. Semoga hari ini adalah jumaat yang terbaik buat kita, jumaat yang memberi rezeki yang melimpah, jumaat yang membawa banyak kenangan manis buat kita. Di hari jumaat ini marilah kita perbanyakkan amal sedekah, zikirullah, membuat banyak amal kebaikan.

Bersedekah biarlah setiap hari, tidak dapat setiap hari boleh juga setiap minggu ikut kemampuan sendiri.  Jadikan amalan bersedekah sebagai satu kewajipan dalam kehidupan kita untuk tujuan amalan, himpunan pahala bagi bekalan akhirat kelak. Bersedekah boleh dalam pelbagai bentuk seperti wang ringgit, harta benda, makanan, minuman dan sebagainya. Bercerita pasal sedekah saya teringat satu iklan dalam tv yang menceritakan tentang sedekah. Yang mana seorang budak yang sangat miskin tetapi begitu berkeinginan untuk bersedekah.

Betapa hebatnya budak ini apabila dia juga terfikir untuk bersedekah walaupun dia tidak mampu untuk bersedekah. Dia memandang peti duit derma dekat masjid dan melihat orang yang lalu di situ memasukkan duit dalam peti itu. Setiap hari dia menangis dan setiap hari juga dia akan ke masjid sambil memandang peti duit itu.  Selang tidak berapa lama dia pun senyum sambil memandang peti duit itu. Dia asyik senyum dan menimbulkan rasa hairan beberapa orang di masjid itu. Lalu ditanya kenapa ia berperilaku begitu, dan budak itu pun menjelaskan yang dia juga ingin bersedekah tetapi tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain senyuman.

Kisah ini boleh menjadi iktibar buat kita bahawa sedekah itu boleh dalam bentuk apa pun yang penting keikhlasan hati. Semoga perkongsian saya kali ini membuka lembaran baru buat kita. Tanamkan sifat suka bersedekah dan semoga amal kebaikan kita itu mendapat balasan yang setimpal. Aamiin..

No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign