Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri 78
Faktor persekitaran dan pelbagai jenis makanan yang diambil boleh menjadi punca banyaknya toksin terkumpul di dalam badan.Toksin adalah zat beracun yang terhasil akibat pemakanan yang tidak dicerna tertinggal di dalam usus untuk jangkamasa yang lama sehingga menghasilkan toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam darah dan di bawa keseluruh organ dalam tubuh jika tidak disingkirkan dengan segera.
Melalui sistem perkumuhan semasa membuang air besar toksin akan disingkirkan dan begitu juga melalui pembuangan urine dan perpeluhan. Namun begitu ada juga toksin kekal di dalam badan dan mengganggu organ penghadaman seperti usus,buah pinggang dan juga hati. Toksin ini perlu dibuang sebelum penyakit lain muncul dan tambah serius. Proses pembuangan ini dikenali sebagai detox yang mana detox diperlukan bagi menjamin tubuh badan kekal sihat sebab toksin dalam badan sudah dibuang.
7 Tanda toksin berlebihan dalam tubuh
1. Sembelit
Najis dan toksin dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya jika berlaku sembelit. Jika hal ini berlaku toksin boleh tertinggal dalam tubuh yang boleh memberi kesan negatif kepada badan kita. Akibatnya kita akan mengalami sakit perut, sakit kepala, sakit-sakit badan, dan keletihan.
Jika toksin berlebihan berlaku dalam badan ditambah lagi makanan yang tidak dapat dicerna dengan sempurna maka kita akan mengalami sembelit. Makanan proses susah dihadam sebab bercampur dengan bahan pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanannya. Makanan proses ini pula tidak elok sebab ia menyebabkan masalah penghadaman dan menyebabkan sembelit berlaku.
2. Selalu keletihan
Baru awal pagi kita sudah nampak keletihan sedangkan kita sudah ambil rehat yang cukup. Kita buat kerja sedikit sudah nampak keletihan dan kita mula nak minum kopi bagi menambah tenaga dan hilangkan rasa mengantuk agar nampak segar. Namun pernahkah kita terfikir punca kita berkeadaan seperti itu. Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormon terhadap sistem imun tubuh anda dan salah satu tanda anda mungkin dah terlalu banyak toksin dalam tubuh.
3. Berat badan meningkat dan susah untuk dikurangkan
Ramai kawan saya mengalami keadaan seperti ini. berat badan mudah naik tetapi sangat sukar untuk dikurangkan. Namun jika anda melakukan senaman setiap hari dan sudah mengambil diet untuk kurus tetapi berat tetap sama maka anda perlu memikirkan tentang toksin dalam badan anda yang menghalang segala jenis suplemen untuk berfungsi kepada badan anda...
Fungsi hormon semula jadi kita boleh terjejas oleh racun yang terdapat dalam makanan dan produk-produk penjagaan diri yang kita gunakan setiap hari. Walhal hormon-hormon ini penting untuk mengawal berat badan. Racun ini juga semakin banyak terkumpul dari hari ke hari kerana anda tidak pernah melakukan detoks. Makin hari makin banyak terkumpul dalam badan. Sukar menurunkan berat badan adalah tanda terbesar tubuh anda sebenarnya dipenuhi toksin sehinggakan apa sahaja ubat, suplemen mahupun senaman masih tidak mampu menurunkan berat badan anda..
4. Nafas berbau
Nafas berbau sering dikaitkan dengan jenis makanan yang diambil dan masalah penghadaman yang berlaku tetapi ia juga bermaksud yang hati kita tidak mampu untuk menghapuskan terlalu banyak toksin dalam badan anda.
Mungkin dah puas anda berus dan berus gigi anda, mengunyah gula-gula getah, berkumur dengan ubat kumur, namun masih tidak boleh menghilangkan bau nafas. Tak hairanlah jika rakan-rakan dah mula menjauhi anda kerana nafas anda yang berbau..Kasihan pasangan anda jika mereka terpaksa menahan bau nafas anda. Oh ya..badan berbau juga merupakan tanda anda ada masalah toksin dalam badan.
5. Sensitif pada bauan
Anda mungkin mengalami pening kepala, rasa loya mahu muntah jika tercium bau-bauan terutama bauan pewangi kenderaan. Kata orang jika kita mengalami keadaan seperti ini juga menandakan toksin dalam badan kita dah melebihi maksimum kerana ia sudah bertindak balas dengan bauan bahan kimia. Oleh itu anda sebenarnya perlukan detoks.
6. Sakit kepala
Jika anda mengalami sakit kepala selalu..berkemungkinan besar racun toksin telah terlalu banyak dalam tubuh anda hingga mengganggu peredaran darah anda dan menyebabkan sakit kepala.
7. Reaksi Kulit
Tanda-tanda lain menunjukkan badan kita banyak toksin adalah bila jerawat mula tumbuh dekat muka, badan, ruam-ruam kerap muncul dan pelbagai lagi masalah kulit yang lain. Ini kerana tubuh kita cuba untuk menyingkirkan toksin melalui proses perpeluhan
Namun begitu anda tidak perlu risau sebenarnya jika anda sanggup berkorban dan melabur sedikit untuk mengekalkan kesihatan yang optima. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membuang toksin dari badan atau dengan kata lain melakukan detox. Detox juga perlu dilakukan sebelum anda mengambil sebarang produk suplemen lain.
Bagaimana Cara Membuang Toksin?
Meminum air kosong yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 3 liter sehari adalah perlu bagi melawaskan pembuangan urin dan najis. Air juga mampu mengurangkan kepekatan darah. Air yang diminum pula perlulah bersih dan melalui proses penapisan supaya kita tidak meminum air yang mengandungi banyak kimia.
Bersenam juga dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memudahkan kita membuang toksin melalui peluh. Peluh yang keluar ini pula perlu digantikan dengan meminum air yang bnyak.
Dalam Islam amalan berbekam sangat digalakkan bagi mengeluarkan darah kotor. Darah kotor ini juga mengandungi toksin yang tinggi. Oleh itu berbekam juga merupakan satu cara untuk mengeluarkan toksin. Sesekali anda juga boleh amalkan mengambil makanan seperti yogut, bawang putih, cuka epal, cuka kurma, atau jus lemon untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh kita.
Detox Foot patch adalah satu cara yang popular untuk menyingkirkan toksin di dalam badan.Pengguna hanya perlu menampal di kaki semasa hendak tidur. Selepas bangun pagi,anda akan melihat Detox Foot Patch bewarna kehitaman menandakan toksin telah di keluarkan dari badan anda. Saya tidak pasti keberkesanan produk kerana belum pernah guna.
Detox cara mudah lagi adalah dengan mengambil suplemen detox Shaklee. Anda perlu melabur sedikit sahaja tetapi kesannya amat memuaskan. Kesimpulannya detox penting untuk tubuh badan. jangan biarkan diri anda mengalami semua tanda-tanda di atas terlalu lama. Detox tubuh anda untuk kekal cantik, menarik dan sihat. Biar saya bantu anda memilih mana yang sesuai jika anda ingin detoks dengan Shaklee.
Pengambilan ini penting sebelum anda mengambil suplemen samada untuk kecantikan atau penjagaan kesihatan. Jika tidak nutrisi yang ada pada makanan tambahan tersebut tidak memberikan kesan yang terbaik.Dua produk yang berasaskan bahan semulajadi bagi membuang toksin adalah Alfalfa Complex dan juga Herb Lax. Satu botol Herb Lax mengandungi 120 biji tablets.Anda boleh mengambil 2,3 kali seminggu.Saya sarankan anda mengambilnya sebelum hendak tidur.Produk ini bertindak dengan membersihkan usus anda dan memudahkan semasa membuang air besar.
Anda boleh hubungi saya :-
Whats App/ SMS : 0198007433
FB : Rosnia Dahlan
Page : Pengedar Shaklee Tawau
Group : Pengedar Shaklee Sabah
No comments:
Post a Comment