JURNAL SEORANG MISI: Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah

18 Jan 2017

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah


Image result for kesihatan



Teks  :  Rosnia Dahlan

Foto  :  Carian Google

#Entri 92



Kini tidak ramai yang ikut petua menjaga kesihatan cara Rasulullah.  Malah tidak semua pun tahu bagaimana Rasullullah menjaga kesihatan. Mari sama-sama kita lihat bagaimana penjagaan kesihatan yang dusarankan oleh Rasullullah.



Kita berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.  Biasanya keadaan ini dialami oleh pesakit diabetis, kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan beberapa penyakit lain.  Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.


Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).  Selalunya beliau sarankan supaya kita berhenti makan sebelum kenyang dan sentiasa berpuasa sunat bagi memberi rehat kepada perut kita memproses makanan selain mendapat pahala kerana mengamalkan puasa sunat.  Beliau mengatakan bahawa punca peyakit adalah berasal dari perut.


Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.  Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.


Kita selalu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak terutama pada hari-hari perayaan, kenduri kendara, dan jamuan-jamuan terbuka.  Sedangkan amalan ini tersangatlah bahaya kerana ia memberatkan organ dalaman kita serta sistem pencernaan untuk bekerja.  Kaedah rawatan penyakit yang terbaik sebenarnya bermula dari perut yang mana kita perlu mengawal gaya pemakanan kita.


Begitu juga dengan minuman berkarbonat sangatlah tidak digalakkan walaupun sedap.  Makanan yang diawetkan, makanan dalam tin, makanan masin dan makanan yang disimpan lama juga tidak digalakkan untuk mengambilnya.  Namun pengambilan buah-buahan segar serta madu amat baik untuk kesihatan.  Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.  Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.






No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign