Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 86
Assalamualaikum Selamat Petang sahabat semua. Hari ini saya mahu bercerita tentang suplemen tidak kiralah jenama apa. Jika tamat tempoh adakah suplemen itu masih selamat untuk dimakan? Kadang kala kita tidak setkan masa makan suplemen dengan teratur sebab itulah kadang kala sampai tarikh luput, suplemen kita masih banyak lagi. Kes ini buat mereka yang pelupa, selalu terlupa untuk makan suplemen. Suplemen sebulan jadi setahun.
Suplemen bukanlah pengganti kepada makanan seharian tetapi ia adalah makanan tambahan untuk menggantikan dan menampung mineral, vitamin dan nutrien yang kurang dalam badan. Ia selalunya dalam bentuk pil, tablet, kapsul, serbuk dan cecair. Tubuh kita sememangnya memerlukan suplemen setiap hari untuk mencukukan nutrien dalam badan.
Jika kes seperti ini berlaku, apakah tindakan anda? Mesti ada yang buang suplemen itukan tanpa memikir harga beliannya. persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran termasuk saya sendiri adakah selamat untuk teruskan pemakanan suplemen. Kita selalu terfikir bahawa makan suplemen yang sudah tamat tempoh akan membawa kesan sampingan kepada tubuh kita. Sebenarnya suplemen tamat tempoh tetap selamat untuk dimakan.
Food and Drugs Administration (FDA) sebenarnya tidak meletakkan syarat kepada produk makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput. Namun begitu dengan adanya tarikh luput ia akan menjamin keberkesanan sesuatu produk itu. harvard Medical School juga melaporkan bahawa suplemen tamat tempoh tidak berbahaya kepada individu kerana ia tidak akan menjadi toksin dalam badan.
Tujuan tarikh luput diletakkan adalah untuk menjamin bahawa suplemen itu masih berkesan dan selamat. Ia sebenarnya menjamin kualiti produk tersebut dan bila tarikh luput sudah tamat tempoh maka keberkesanannya sudah tidak terjamin lagi.
Semua bahan suplemen perlu diteliti dari segi bentuk rupa, warna, bau dan jika terdapat sebarang keabnormalan maka suplemen itu perlu dibuang. Namun jika ia masih dalam keadaan baik dan disimpan dalam keadaan yang baik maka suplemen itu masih boleh di makan. Namun itu tidak bermakna bahawa suplemen itu boleh lagi disimpan untuk jangkamasa yang lama.
Faktor penyimpanan suplemen perlu dititikberatka kerana ia memainkan peranan penting dalam memastikan suplemen kita berada pada tahap yang berkesan. Arahan tempat penyimpanan perlu diikuti bagi menjamin keberkesanan sesuatu suplemen. Dapur sebagai contoh bukanlah tempat yang sesuai untuk menyimpan sebarang suplemen kerana kawasan tersebut agak panas. Begitu juga dengan peti sejuk, yang suplemen tidak perlu disimpan didalam peti sejuk kerana ia boleh menyebabkan proses pengewapan berlaku.
Secara ringkasnya seeloknya perlu sentiasa berwaspada dengan tarikh luput sesuatu suplemen atau apa saja produk bagi menjamin keberkesananya. Tarikh luput adalah pengukur tarikh maksimum sesuatu suplemen itu memberi kesan yang optima kepada para pengguna.
No comments:
Post a Comment