Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri 91
Assalamualaikum semua. Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang set-set yang menjadi pilihan masyarakat di luar sana bagi produk Shaklee. Jom kita lihat satu persatu.
SET SLIMMING
Set bajet Alfalfa dan lecitin menjadi pilihan ramai sebab ianya mampu milik. Alfalfa berfungsi dalam mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot. Alfalfa juga merupakan produk yang sangat penting buat mereka yang ingin menurunkan berat baan secara alami. Lecitin pula bertindak sebagai pembakar lemak (emulsifier) secara semulajadi dan tidak memberikan kesan sampingan negatif. Alfalfa akan membawa lemak-lemak yang telah dibakar oleh lecitin dan disingkirkan dari badan melalui permkumuhan. Kombinasi dua produk ini adalah set lengkap bajet untuk proses detoksifikasi dan seterusnya menguruskan badan.
SET DETOKS
Set detoks merupakan set yang fokus kepada pembuangan toksin dari seluruh tubuh, membersihkan usus serta menyahkan lemak dan kolesterol yang tidak bermanfaat. Alfalfa yang kaya dengan serat, dibantu pula dengan herblax, sangat sesuai buat mereka yang mengalami masalah pelawasan, sembelit, dan kurang pengambilan serat.
SET MENYUSU
Kombinasi Alfalfa dan ESP merupakan set bajet yang dangat digemari oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Alfalfa dijadikan sebagai milkbooster dan digunakan oleh ibu-ibu untuk membantu menyelesaikan masalah kekurangan air susu. Ia ditambah dengan ESP yang mampu memekatkan susu membuatkan bayi anda mudah kenyang dan tidur lena. Namun kekerapan penyusuan sangat membantu dalam meningkatkan pengeluaran air susu.
SET KEWANITAAN / KEINTIMAN
Ramai di kalangan suami isteri yang menyimpan perasaan berkaitan hubungan intim setelah perkahwinan sampai ke satu tahap dalam rumahtangga. Sama ada masalah kedinginan, keputihan atau masalah di bahagian intim, ia sepatutnya tidak boleh diambil mudah. Ini biasa berlaku setelah isteri melahirkan beberapa orang anak, ataupun isteri sedang menyusukan anak, atau setelah rumahtangga mencapai umur yang agak lama. Para isteri yang selalu rasa rendah diri akibat proses melahirkan dan bentuk tubuh yang sudah berubah seharusnya tidak perlu gusar kerana dengan pengambilan alfalfa secara konsisten, anda akan kekal perawan buat suami anda. Ingin kembali muda melayari bahtera, anda dan suami boleh mengamalkan vita-e complex Shaklee.
SET GOUT
Penderita gout semakin hari semakin ramai. Ramai saja yang datang mendapatkan rawatan untuk masalah gout yang membuat mereka menanggung kesakitan. Antara suplemen yang boleh meredakan penyakit ini (dengan pengambilan konsisten dan makanan yang terkawal). Alfalfa dan Omega merupakan gabungan yang mantap untuk memerangi gout dan juga masalah sendi. Amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi dan elakkan makanan laut dan sumber tenusu.
SET RESDUNG
Resdung menyerang tidak mengira usia, malah di kalangan remaja juga cukup ramai penghidap resdung. Resdung menyebabkan hidup seseorang jadi kurang berkualiti kerana perlu berjaga-jaga dalam pemakanan, tempat tinggal dan juga tidak selesa berhadapan orang ramai. Alfalfa merupakan antihistamine semulajadi yang paling mudah dan murah. Ia membantu mengurangkan alergi dan sinus. Sebaiknya dengan kombinasi SR Vita-C Shaklee.
No comments:
Post a Comment