JURNAL SEORANG MISI: Tips Pemilihan Produk Kesihatan

15 Jan 2017

Tips Pemilihan Produk Kesihatan


Image result for produk kesihatan dan kecantikan



Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 89

Kesihatan sangat penting buat semua.  Sebut pasal kesihatan, semua orang pun ada definisi, pendapat dan pandangan masing-masing.  Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sihat ditakrifkan sebagai 'keadaan sempurna fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit'.

Kesihatan sentiasa menjadi yang terpenting buat seseorang.  Kesihatan sangat diutamakan kerana ia adalah aset yang perlu dijaga.  Jika kita melihat orang sakit, kita sangat bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik.  Sejak kecil kita diajar untuk menjaga kesihatan. Di sekolah kita juga diajar aspek kesihatan dan setiap masa kita didedahkan tentang pentingnya kesihatan.

Kesihatan yang lebih diutamakan ialah dari segi pemakanan.  Masyarakat perlu menjaga pemakanan demi penjagaan kesihatan.  Pelbagai jenis pemakanan yang tidak terkawal mengundang pebagai penyakit.  Untuk kekal sihat pada tahap optima, masyarakat perlu memilih pemakanan yang berkhasiat.

Selain itu pelbagai jenis penjagaan kesihatan muncul sebagai petanda bahawa kesihatan itu sangat penting.  Ia juga menandakan bahawa pelbagai penyakit telah wujud dan sebab itu ramai pengeluar mengambil kesempatan diatas masalah kesihatan yang melanda masyarakat kesihatan.


Sebagai pengguna kita mempunyai hak untuk memilih produk kesihatan yang sesuai dengan kita dan bukannya terpengaruh dengan testimoni-testimoni yang diberikan.  Seharusnya kita mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam memilih produk.  Kaji kandungan produk, kesan penggunaan dan yang paling penting kajian tentang produk yang telah dibuat oleh pakar-pakar kesihatan.  Produk seperti itu yang sepatutnya menjadi pilihan kita bagi menjamin tiada kesan sampingan pada tubuh badan kita selepas pengambilan untuk jangkamasa yang lama.

Produk kesihatan muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan dek kerana permintaan yang tinggi oleh masyarakat.  Ini menunjukkan bahawa masyarakat sememangnya mementingkan kesihatan.  Namun secara umumnya kesihatan perlu diamalkan bermula dari pemakanan kerana punca penyakit asalnya dari perut.  Islam juga menggalakkan umatnya supaya sentiasa berpuasa kerana punca penyakit bermula dari perut.  Oleh itu untuk mengoptimakan kesihatan perlu mengawal pengambilan makanan selain pengambilan produk kesihatan.




No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign