JURNAL SEORANG MISI: Hipertensi

10 Jan 2017

Hipertensi





Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#  Entri 84



Tekanan darah tinggi atau nama lainnya hipertensi, merupakan satu keadaan yang mana tekanan darah pada arteri meningkat.


Disebabkan oleh beberapa faktor, salur darah arteri telah menyempit menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih dari biasa atau dengan kata lain bekerja keras untuk mengepam rah eyebabkan tekanan darah itu meningkat.  Tekanan darah diukur dengan sistolik dan diastolik.  Sistolik  ialah bila otot jantung kontrak dan diastolik berlaku bila otot jantung dalam keadaan relaks selepas mengepam darah.

Hipertensi adalah faktor risiko utama untuk stroke, Miokardiak infarksi (serangan jantung), kegagalan jantung dan penyakit aneurime. Hipertensi yang tidak dirawat akan menyebabkan berlakunya komplikasi kepada seseorang individu, termasuklah mendapat serangan jantung, strok serta kerosakan buah pinggang. Risiko semakin tinggi apabila penghidap hipertensi mempunyai kencing manis, berat badan yang berlebihan dan kolestrol tinggi.

Pemeriksaan tekanan darah secara rutin sangatlah digalakkan  dan biasanya ramai yang sudah dapat dikesan awal mengidap hipertensi melalui pemeriksaan rutin ini. Untuk mendiagnosis seseorang itu mengidap hipertensi ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali bacaan dalam keadaan yang berbeza.  Bacaan perlulah lebih atau sama dengan 140/90 mmHg dalam keadaan berehat.

Perlu diketahui bahawa hipertensi tidak berlaku dalam keadaan urgensi tetapi mengambil masa yang agak lama sehingga bertahun-tahun.  Namun gejala-gejala berikut boleh dijadikan panduan. Hipertensi primer atau idiopatik merupakan jenis hipertensi yang popular bagi orang dewasa kerana penyebabnya tidak diketahui dan hipertensi jenis ini cenderung terjadi secara bertahap selama bertahun-tahun.  Hipertensi sekunder pula berlaku bersama-sama dengan penyakit lain ataupun di sebabkan kesan sampingan pengambilan ubat-ubat yang tertentu.

Biasanya mereka yang mengidap penyakit hipertensi akan mengalami sakit kepala, mual-mual, pusing-pusing. wajah kemerahan dan pada sebahagian orang akan mengalami denyut jantung yang berdebar-debar.  Pada tahaun 2008, 17.3 juta penduduk dunia meninggal disebabkan hipertensi dan 80% daripadanya berlaku di negara berpendapataan sederhana dan rendah.  Malah dianggarkan lebih 23 juta penduduk dunia akan menjadi korban hipertensi pada tahun 2030.

Oleh kerana hipertensi merupakan satu keadaan yang bahaya maka amat penting untuk kita mengetahui punca-punca dan langkah mengatasinya.  Punca-punca hipertensi ialah mempunyai sejarah hipertensi dalam keluarga, obesiti, pengambilan garam dan alkohol yang berlebihan, tabiat merokok dan tekanan yang tidak terkawal.


Bagi cara-cara mengatasinya pula, beberapa langkah perlu diambil ataupun dielakkan. Elakkan memakan makanan yang banyak lemak dan bergaram, elakkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan tekanan darah, elakkan memakan bahan atau makanan yang boleh meningkatkan tekanan darah, elakkan merokok dan alkohol, banyakkan bersenam dan bijak menangani tekanan.




No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign