Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri 66
Assalamualaikum salam ceria. Moga pagi ini anda diberikan kesihatan yang baik serta rezeki yang yang melimpah.
Saya ada terbaca satu artikel tentang motivasi diri. Dalam perkongsian itu penulis mengatakan kita akan termotivasi dengan sendirinya jika kita tahu tentang tujuan hidup kita. Jika kita memiliki tujuan hidup bermakna kia akan melakukan tindakan yang berstrategi iaitu tindakan yang dirancang sebaiknya untuk mencapai impian. Jika tiada tujuan hidup bermakna kita tidak akan melakukan tindakan, ataupun jika ada tindakan kita itu hanyalah ala kadar sahaja, dan hanya membuang waktu.
Kata orang bukan susah untuk susah dan bukan senang untuk senang, kita selalu terdengar frasa inikan. Sebab itulah tujuan hidup itu adalah perlu. Kalaulah hendak menjadi senang itu asalah senang ataupun semudah ABC maka tiadalah orang miskin, tiada orang minta sedekah sebab semua jadi jutawan. Tak perlu juga saya nak berkongsi dengan anda di sini. namun dunia ini adalah pinjaman dan semuanya perlukan usaha. Realiti kehidupan perlukan pengorbanan. Tanpa usaha tidak akan mungkin boleh berjaya. Sedang usaha pun belum tentu boleh berjaya inikan pula jika tidak berjaya.
Pendidikan tinggi pun tidak menjanjikan pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan. Apa yang saya kongsikan ini adalah realiti kehidupan kita senagai manusia, sebagai masyarakat. Ada yang miskin dan ada yang kaya, yang miskin akan hidup lebih miskin jika tidak rebut peluang dan berusaha untuk mengubah kehidupan dan tidak menerima kemiskinan sebagai satu ketentuan Ilahi. Tidak menyalahkan takdir kerana diberi kehidupan yang sedemikian. Jika tiada usaha, kesusahan yang akan menanti kita. Dengan adanya usaha, kesenangan pasti bakal menjadi milik kita. Pilihan di tangan kita, bukan siapa-siapa.
Nak ubah nasib diri? Keluarga? Masyarakat? Negara? Perlu ada usaha sedaya mampu kita. Peranan kita? Sebarkan semangat usaha kepada orang lain agar turut sama berusaha mengubah cara hidup diri, keluarga dan juga masyarakat agar semuanya sama-sama hidup dalam kesenangan, dunia dan juga akhirat. Apa yang penting wujudkan tujuan kita hidup dan tukar mentaliliti kita maka kita akan berjaya dalam hidup. Inn Sya Allah, Aamiin.
No comments:
Post a Comment