JURNAL SEORANG MISI: Apa Ada Pada Bisnes Shaklee? Sepenuh masa atau Separuh Masa?

10 Dec 2016

Apa Ada Pada Bisnes Shaklee? Sepenuh masa atau Separuh Masa?


Image result for muslimah


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google 

#Entri 63

Assalamualaikum Selamat Petang pembaca blog

Dalam entry sebelum ini saya sudah kongsikan tentang beberapa perkara berkaitan Shaklee.  Kali ini saya hendak bercerita lagi bagaimana cara kita mahu menjana pendapatan dari rumah dan kelebihan menjadi ahli Shaklee bersama kami.  Dengan cara ini kita boleh nampak lebih jelas faedah yang boleh kita dapat dalam bisnes ini.

Jom kita lihat dengan terperinci.

Kalau kita hendak membeli sesuatu barang, pastinya perkara pertama yang kita lihat adalah harganya.  Dalam Shaklee kita boleh dapat harga ahli yang jauh lebih murah berbanding dengan harga runcit dengan syarat kita jadi ahli Shaklee. Kita boleh jimatkan duit kita sebanyak 20-30%, dan dengan penjimatan ini kita boleh gunakan duit ini untuk keperluan lain.  Sekarang tidak dinafikan kos sara hidup meningkat, oleh itu kita perlu membuat penimatan dengan cara apa sekalipun bagi menampung kehidupan kita.  Maka sebab itulah, sesiapa yang ingin beli produk Shaklee, lebih elok kita galakkan mereka untuk menjadi ahli sebab ianya lebih jimat.  Jika barang dapat dijual maka kita akan mendapat duit bonus jika cukup point.


Selain dari harga yang murah, faedah yang kedua kita boleh perolehi ialah yuran ahli pada masa ini ialah RM69 seumur hidup. Jika dilihat nilai ini tidaklah seberapa kerana kita boleh dapat semula duit ini dengan cepat jika kita jadikan Shaklee sebagai bisnes kita.  Sekarang ini duit cepat saja mengalir keluar tetapi susah hendak masuk.  Tetapi di Shaklee RM69 kita sudah boleh memulakan bisnes yang akan memberi pulangan yang agak lumayan jika kita konsisten,


Sebab yang ketiga ialah apa yang lebih baik untuk ahli syaklee ialah setiap bulan akan ada promosi produk yang mana harga sangat berbaloi-baloi.  Kita juga dapat cash back dari hasil jualan kita. Promosi adalah berbeza setiap bulan dan kita boleh memanfaatkan promosi ini dengan membeli harga murah dan kita boleh jual pada harga biasa jika promosi sudah tamat dan hasilnya tentu lumayan kan, untung berganda-ganda.



Bagaimana boleh jana pendapatan di Shaklee.  

Jom saya kongsikan kepada anda bagaimana hendak jana pendapatan di Shaklee.  Melalui Shaklee kita berpeluang  untuk mencari duit dengan cara yang lebih mudah.  Sekarang ini semua terletak dihujung jari.  Semua urusan jual beli berlaku diatas talian jadi di sinilah peluang kita terbuka untuk memulakan bisnes.    Kita boleh memulakan bisnes dimana jua kita berada tanpa mengira waktu.  Selain kita dapat buat bisnes dirumah, secara tidak langsung kita juga boleh menjaga/melihat anak-anak kita.  Keselamatan dan keperluan mereka terjaga.  Kita juga tidak perlukan kedai untuk berniaga, tidak perlukan modal besar untuk memulakan bisnes, tidak juga memerlukan kenderaan untuk pergi bekerja kerana kita boleh berniaga walaupun di rumah. Hebatkan Shaklee.

Dengan berbisnes online ini, kita tidak terikat dengan masa. Bila-bila masa boleh jenguk kedai kita, 
kita boleh mencari pelanggan hanya dari rumah.  Kita tidak juga perlu duduk menghadap komputer atau handphone setiap masa.  Semua itu kita boleh atur mengikut kehendak kita dan masa yang kita perlukan. Bagi mereka yang melakukan kerja secara part time, waktu siang mereka terikat kepada undang-undang bekerja dan hanya mempunyai masa pada waktu malam sahaja.  Namun masih lagi boleh berbisnes sebab bisnes ini tidak mengira masa.  Saya pun seorang yang bekerja juga dan saya melakukan bisnes ini secara part time sahaja dan berimpian untuk berjaya dalam bisnes ini supaya saya boleh menjadi WAHM. Tidak terikat dengan 8-6 petang waktu bekerja di pejabat. Dan yang paling best tak perlu nak minta cuti kecemasan atau cuti sakit.  24 jam sehari adalah masa kita yang punya dan kita yang atur.  Pendek kata kita mempunyai kebebasan masa.

Semua dilakukan secara online, bukan saja cari duit dengan online, coaching pun online. Meeting, seminar perkongsian semua dibuat dengan hanya berjumpa di depan komputer. Macam upline saya berada jauh di Tanah Semenanjung dan saya pula berada di negeri bawah bayu, Sabah namun ia tidak menghalang untuk kami belajar.  Semua mudah sahaja sekarang dan kita hanya perlukan komputer/ handphone dan talian internet. Tak kisahlah dimana kita berada, janji ada internet.

Bisnes Shaklee ini adalah bisnes keluarga. Jadi kemana-mana pun kami bawa keluarga bersama. Jangan terkejut jika pergi ke seminar kami yang bukan saja penuh dengan ibu-ibu dan bapa-bapa, malah anak-anak kecil juga. Inilah keseronokan dalam bisnes Shaklee bersama-sama kumpulan kamii. Keluarga dan bisnes jalan seiring. Tak perlu susah-susah nak fikir mana letak anak atau nak cari babysitter setiap kali nak ke seminar. Angkut semua sekali. Tiada halangan. Seronok kan ?

Saya sendiri tak pernah simpan stok sebelum ini. Untuk pengetahuan, semasa awal penglibatan saya dengan Shaklee, saya memang tak banyak modal. Jadi saya hanya bertindak seperti orang tengah. Tugas saya cuma promosi dan perkongsian dengan kawan-kawan, jika ada yang berminat, mereka akan masukkan duit dan duit tadi saya akan bayar pula kepada Shaklee. Order tadi akan dihantar  terus pada pelanggan, seperti buat dropship tu.  Kita tak perlu nak risau-risau tentang pembungkusan, masa, penghantaran dan modal. Haa mudahkan ?

Jika anda join kumpulan kami anda akan dijemput masuk ke group khas tertutup Facebook mahupun telegram dan whatsapp yang penuh dengan info dan terstimoni produk serta kisah-kisah kejayaan leader-leader yang berjaya dalam bisnes ini.  Semua yang kita perlukan tentang produk Shaklee cara kegunaan ada dalam group kami.  Disana, jika ada sebarang kemusykilan tentang produk dan penyakit, ramai yang akan membantu. Begitu juga dengan group WhatApps.  Kita akan saling tolong menolong dan beri sokongan antara satu sama lain. Tiada istilah kedekut ilmu, jika ada masalah utarakan saja, ramai sahabat akan memberikan pertolongan Dengan cara ini, kita tidak rasa keseorangan. Sokongan dan bantuan akan diberikan dari semasa ke masa.

Selain daripada group coaching secara online, banyak peluang yang diberikan oleh upline untuk menghadiri seminar yang berkaitan dengan perniagaan, motivasi serta kenali potensi diri yang sebelum ini mungkin kita tidak tahu atau tak ambil pusing. Ilmu -ilmu ini penting bukan saja untuk perniagaan tapi juga untuk menjalani kehidupan yang lebih baik bersama orang-orang disekeliling kita. Minda juga menjadi lebih terbuka kerana adanya input dari perkongsian kawan-kawan yang lebih arif. 

Dalam group kami separuh daripadanya adalah WAHM, termasuk leader yang hebat.  Iaitu golongan ibu-ibu dan surirumah yang mencari duit dari rumah.  Mereka adalah golongan profesional yang hebat tetapi bebas dari tekanan bekerja di pejabat, bebas dari kekangan masa, bebas untuk jaga anak-anak sendiri dan bebas untuk capai yang mereka inginkan. Tanpa halangan ! Dan kini ramai lagi yang sedang mengatur langkah untuk mengikut jejak mereka. Dan saya pun salah seorang yang akan mengikut jejak langkah mereka untuk menjadi WAHM.  

Inilah antara sebab mengapa group kami berkembang dengan cepat kerana adanya pakar dalam bidang masing-masing. Mereka ini selalu membantu dan beri tunjuk ajar tanpa jemu. Jika ada sebarang pertanyaan lain berkaitan bisnes, boleh terus diajukan kepada saya melalui FB atau emel seperti dibawah. InsyaAllah saya akan balas secepat mungkin.

Sekian perkongsian saya kali ini, nanti kita jumpa lagi di coretan yang lain.
WhatApps/SMS: 010-98007433
Page FB  :  Pedagang Shaklee
Email:  pnrosniadahlan@gmail.com



No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign