Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri 64
Assalamualaikum Selamat Pagi sahabat. Sebenarnya hari ini saya free je tak bekerja. Cadang hendak keluar beli barang tapi tertengok pulak laptop dan beralih arah pula hendak berkongsi sesuatu kepada pembaca blog.
Sekarang ini kita berada di penghujung Tahun 2016. Bagaimanakah persediaan kita untuk menghadapi Tahun 2017? Adakah apa yang kita rancang untuk tahun ini telah tercapai dan kita puas hati dengan keputusan yang kita perolehi. Bagi diri saya, Tahun 2016 adalah tahun yang mencabar buat diri saya kerana tahun inilah di mana minda saya, hati saya mula berminat ke arah bisnes. Saya mula berfikir untuk mencari punca pendapatan lain selain dari kerja hakiki saya sebagai persediaan untuk saya berhenti kerja. Saya mula terfikir untuk duduk saja di rumah bagi menjaga anak saya yang masih kecil. Namun begitu adalah mustahil buat saya untuk melakukan semua itu jika saya tidak ada punca pendapatan lain kerana saya mempunyai banyak komitment dari segi pembayaran rumah, kereta, anak-anak yang bersekolah dan banyak lagi yang memerlukan duit.
Oleh itu saya perlu mengubah rutin harian saya kepada perkara yang baru dalam hidup saya iaitu lebih kepada mencari ilmu untuk berbisnes kerana saya tahu jika kita tiada ilmu maka kita akan sesat jalan. Oleh itu saya mula mencari sesuatu untuk dibelajar, sehinggalah saya terjumpa teknik belajar membuat blog untuk berbisnes. Saya pun belajar untuk membuat blog sedikit demi sedikit sehinggalah blog ini wujud hasil dari usaha saya sendiri. Walaupun ia tidak secantik blog orang lain tapi saya bersyukur kerana langkah pertama saya telah dimulakan.
Selain itu saya juga telah berusaha untuk mengikuti seminar-seminar dari orang hebat iaitu Dr. Azizan Osman yang kebetulan ia datang ke daerah saya untuk berkongsi ilmu tenang strategi pemasaran. Saya tidak melepaskan peluang itu dan hasil dari pendaftaran ke seminar tersebut saya telah mendapat percuma buku ' Mudahnya Berniaga' hasil tulisan beliau sendiri. Bermula dari situ saya terus mengikuti seminar-seminar Dr Azizan kerana mengambil peluang memikirkan kos yang agak jimat kerana semua seminar ini dibuat dalam negeri saya sendiri berbanding jika ia dibuat di luar kawasan maka kos yang tinggi diperlukan.
Seminar lain yang saya ikut ialah IMKK iaitu Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan. Sesiapa yang pernah mengikuti seminar kejayaan ini tentu tahu apa yang berlaku di dalam seminar ini. Tujuan saya adalah untuk mendapat pendedahan tentang dunia bisnes dan ternyata ia sangat memberi kesan dalam jiwa saya. Dalam seminar ini kita akan belajar langkah demi langkah bagaimana ingin membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan dan pelaburan yang sistematik. Kita juga akan diajar bagaimana menarik keberkatan di dalam hidup dan mengenali siapa pencipta kita yang memberikan kita rezeki. Selain itu kita diajar mengenal pasti halangan yang menyebabkan kita hidup tertekan dengan masalah kewangan, hutang, tekanan hidup dan banyak lagi yang menjadi punca masalah kita.
Saya berharap di tahun 2017 nanti adalah tahun saya mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan mendapat sumber pendapatan dari dunia perniagaan. Namun tidak bermakna pencarian ilmu terhenti disitu, saya perlu belajar dan terus belajar kerana dunia bisnes ini adalah perkara baru bagi saya dan banyak lagi yang perlu dilakukan. Namun buat masa ini saya menghadapi kekangan sari segi masa kerana saya pun masih lagi bekerja namun saya cuba untuk membahagikan masa saya supaya saya dapat keuntungan dari kedua-dua punca rezki saya. Doakan saya berjaya menempuhi halangan dan meneruskan perjalanan hidup saya tanpa rasa putus asa. Saya perlu cekal hati jika ingin berjaya dan memperolehi pendapatan yang melebihi pendapatan saya sekarang sebagai seorang jururawat dan doakan saya juga supaya saya berjaya menjadi seorang WAHM iaitu 'Work At Home Mom', iaitu wanita yang bekerja hanya dari rumah, Aamiin.. Semoga impian saya tercapai.
No comments:
Post a Comment