JURNAL SEORANG MISI: December 2016

31 Dec 2016

Fungsi Dan Kebaikan Herb Lax Shaklee




Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 74

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.  Hari ni saya ingin kongsikan satu produk Shaklee yang begitu baik untuk kesihatan.  Produk ini juga laku keras atas sebab-sebab yang maha hebatnya.  Mari kita lihat apa sebenarnya yang tersirat dan tersurat tentang herba lax. Secara ringkasnya herba lax boleh membantu mereka yang mempunyai masalah pembuangan tidak lawas dan juga boleh dijadikan sebagai bahan menyahtoksin usus kita. Selain itu ia boleh dijadikan  sebagai agen kuruskan badan dan kempiskan perut buncit.



APA ITU DETOX?
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.  Badan hanya akan menyerap nutrien pada tahap optima selepas pembersihan usus.  Oleh sebab itu jika anda merancang untuk memakan sesuatu produk, digalakkan untuk detox dahulu.  Perut adalah rumah penyakit dan majoriti penyakit adalah berpunca dari perut.  Sebab itu kita perlu detox bagi membuang segala toksin yang ada dalam badan agar kita kekal sihat sepanjang masa.



APA ITU HERB-LAX SHAKLEE?
Herb-Lax bukanlah julap seperti yang biasa dipasaran. Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk diamalkan sekali sekala pada hujung minggu. Ia akan membuat pembersihan dan penyingkirkan toksin dari usus dengan sangat lancar dengan syarat banyak makan buah dan minum air masak. Kita takkan lalui cirit-birit dengan Herb-Lax, cuma memang akan rasa sangat selesa perut selepas proses membuang.

Rata-rata penyakit berpunca dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Di sanalah tempat membiaknya bakteria dan memang dikatakan perut adalah rumah penyakit. Maka pembersihan usus seminggu sekali melalui Herb-Lax sangat membantu mendapatkan kesihatan yang baik.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut dan terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. Fungsi Herb-lax adalah untuk menyingkirkan najis yang tersekat. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit.

Ramuan asas Herb-Lax Shaklee ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi herba semulajadi iaitu :-


  1. Alfalfa Leave
  2. Senna Seed
  3. Blue Malva Flower
  4. Buckhorn Bark
  5. Licorice Root
  6. Rhubarb Root
  7. Fennel Seed
  8. Culver’s Root


Apakah fungsi herba-herba semulajadi yang terdapat dalam Herb-Lax:

Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan   perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan    penyerapan lemak.

Buckhorn Bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan   memberikan lembapan kepada usus.

Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.

Fennel Seeds – Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses  pencernaan.

Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk  digunakan sebagai antibiotik.

Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur  kulit.

Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.



Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil 
  • seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.



Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 


  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak dengan suplemen


PERHATIAN!!

  • Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax. 
  • Untuk keadaan normal, kebiasaan Herb-Lax akan bertindak setelah 6 hingga 12 jam ia diambil.
  • Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatkan pengambilan Herb-Lax kepada 5-8 biji sehari, dan boleh kembali kepada dos asal apabila proses perkumuhan kembali normal.
                                    

                                                             




                                              





A

26 Dec 2016

Daftar Ahli Shaklee Secara Online 2017


Image result for daftar shaklee


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google


#Entri 73

Entri kali ini saya ingin kongsikan tentang cara untuk menjadi ahli Shaklee melalui SMS. Buat pengguna Shaklee yang ingin Daftar Jadi Ahli Shaklee atau pelawat yang kali pertama ingin mencuba Produk Shaklee dan ingin membeli produk Shaklee dengan Harga Ahli yang jauh lebih jimat, anda boleh SMS dan hantar ke 0198007433.  Di sini kami bimbing anda untuk Daftar Ahli Shaklee melalui 3 pilihan cara yang sangat mudah.`




Jika anda adalah customer yang ingin daftar jadi ahli Shaklee untuk buat bisnes Shaklee atau untuk jadi Pengedar Shaklee ( dropship / Pengedar Wakil Negeri ) anda pun boleh melakukan perkara yang sama.  Jika anda tahu kelebihan menjadi ahli Shaklee tentu anda telah daftar dari awal lagi kan sebab anda boleh dapat harga yang super jimat.

Secara ringkas, yuran pendaftaran adalah sebanyak RM69 seumur hidup.  Kos penghantaran kit produk adalah RM 10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 20 untuk Sabah/Sarawak.  Untuk lebih jimat anda boleh membeli produk serentak sebab kos penghantaran tetap sama.  

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya:-

Whatsapp/ SMS : 0198007433
Fb : Rosnia Dahlan
Page : Pengedar Shaklee Tawau Sabah.


23 Dec 2016

ALFALFA : Khasiat Dan Kebaikan Yang Perlu Anda Tahu




Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :   Carian Google


#Entri 72

Assalamualaikum pembaca blog.
Amalan memakan jamu sudah sinonim bagi wanita sejak dulu lagi untuk penjagaan kesihatan dalaman. Namun kini semakin mudah bagi kaum hawa untuk mengekalkan kesihatan dengan memakan jamu moden.  Pelbagai khasiat jamu melalui jamu moden yang lebih mudah diambil dan dimakan. Antara jamu moden yang jadi pilihan ramai sekarang ialah produk berasaskan Alfalfa seperti Alfalfa Complex Shaklee. 

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan nutrien yang merupakan Shaklee Signature Formula yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950 an.  Terlalu banyak manfaat yang kita dapat daripada menggunakan alfalfa, antaranya adalah;

  1. Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  2. Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  4. Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. 
  5. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol
  6. Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  7. Melegakan keletihan dan kelesuan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan     penyakit
  8. Membantu Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit sendi dan belakang serta kesakitan lain
  9. Membantu membuang angin 
  10. Mencuci usus bagi membuang toksin dalam badan
  11. Membantu merawat kencing kotor dan masalah pundi kencing
  12. Memberi kelegaan semasa period
  13. Membantu merawat masalah keputihan pada wanita
  14. Bertindak sebagai 'kacip fatimah'
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Memperbanyakkan susu ibu
  17. Menegangkan payudara
  18. Meningkatkan stamina lelaki
  19. Membantu mengurangkan paras gula dalam darah
  20. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
  21. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  22. Menyah toksik dalam tubuh badan.
  23. Meningkatkan kesihatan prostat.
  24. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki.
  25. Mengeratkan hubungan suami isteri

Set-Set Vitamin  Yang Mengandungi Alfalfa

Disebabkan Alfalfa ni kaya dengan pelbagai manfaat, jadi ada banyak set vitamin yang boleh dikombinasikan dengan Alfalfa contohnya:
  1. Set Sugar Control (Kencing Manis/ Diabetes)
  2. Set Pelangsingan
  3. Set Healthy Circulatory (Cardioovaskular)
  4. Set Asthma/ Allergy/ Eczema
  5. Set Jerawat
  6. Set Kecantikan Kulit
  7. Set Penyusuan (Untuk milk booster)
  8. Set Bersalin (Untuk ibu berpantang)


Anda yang masih lagi tercari-cari jamu moden boleh hubungi saya dan saya akan cuba sedaya mampu memberi penerangan yang terbaik secara peribadi.  Anda boleh hubungi saya seperti yang tercatat di bawah,

WhatsApp : 0198007433
FB : Rosnia Dahlan
Page : Pengedar Shaklee Sabah
IG: Pedagang Shaklee

22 Dec 2016

Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee Dan Faedahnya








Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 71

Kenapa saya berminat kepada Shaklee?  Sebab suplement Shaklee adalah yang terbaik dan natural. Ia tidak merosakkan buah pinggang walaupun pengambilan yang agak lama.  Rata-rata kini sudah ramai yang mengamalkan suplement untuk kelangsungan hidup.  Saya agak tentu sudah ramai yang mengamalkan Shaklee tetapi masih belum menjadi ahli.

Rugi sangat bila amalkan produk Shaklee tetapi tidak jadi ahli sebab bila sudah menjadi ahli kita boleh menjadi ahli seumur hidup dan tidak perlu perbaharui keahlian. Kelebihan lain yang kita dapat ialah kita boleh beli produk dengan harga murah.  Mungkin juga jika terbuka hati, boleh buat biznes untuk tambah pndapatan sebaba ramai ahli yang pada mulanya hanyalah mengamalkan suplement dan mula bergerak untuk menjadikan sebagai satu bisnes bila sudah rasa bersedia.

Ok, dalam entry kali ini, saya nak kongsikan beberapa perkara berkaitan keahlian Shaklee supaya dapat bantu rakan-rakan diluar sana yang berminat untuk menjadi ahli Shaklee. Antaranya :-

i.  Bagaimana cara untuk menjadi ahli Shaklee
ii.  Berapa yuran ahli
iii. Apakah kelebihan dan manfaat join ahli.

Jom kita pergi satu persatu…


i.   Bagaimana Cara Untuk Jadi ahli Shaklee
Ada tiga cara untuk menjadi ahli:-
(a) Bayar yuran keahlian sebanyak RM69 dan caj pos mengikut kawasan (Semenanjung RM10/ Sabah Sarawak RM20). Selepas pembayaran, saya akan daftarkan anda secara online. Dalam 3-4 hari bekerja, member kit akan dihantar pada anda mengikut alamat yang diberi. Sangat cepat dan pantas. Dalam masa saya akan berikan login ID dan password anda untuk akses ke akaun Shaklee online anda. Dan tahniah, anda sudah menjadi ahli keluarga Shaklee sekarang.
(b) Keahlian  PERCUMA ( Free MEMBERSHIP). Caranya, beli sebarang vitamin atau produk Shaklee dengan jumlah RM650 (200uv) atau lebih dan anda layak menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA. Ramai antara mereka yang  ingin mendaftar ahli pilih cara ini dengan berkongsi beli dengan kawan-kawan atau saudara mara. Sebabnya mereka dah boleh jimat RM69, tak perlu nak bayar lagi sebaliknya boleh guna untuk membeli vitamin lain.
Tapi kalau anda buat belian hingga RM800 atau lebih, boleh dapat lagi PERCUMA kos penghantaran (free postage). Maknanya dah jimat 2 kali. Keahlian (RM69) dan kos penghantaran. Lagi satu kalau kita ambil cara yang kedua ini (RM 650), pertengahan bulan berikutnya kita akan dapat cash bonus tau. Cash bonus ni ialah bonus tunai yang Shaklee bagi berjumlah minimum RM22.50 akan masuk terus ke akaun kita. Kalau kita beli lagi banyak, maknanya lagi banyaklah cash bonus yang kita dapat.
(c) cara ketiga ialah juga Keahlian  PERCUMA ( Free MEMBERSHIP) tapi dengan pembelian Gold Ambassador Pak. Bukan keahlian saja percuma, kos penghantaran juga turut percuma sama seperti cara (b) diatas. Bezanya dengan Gold Ambassador Pak ini, kita dapat menaja ahli baru dari luar negara yang ada Shaklee seperti Kanada, US dan Indonesia. Jadi secara tak langsung, kita dapat lebih peluang meluaskan bisnes di luar negara bagi yang nak berbisnes. Berbanding dengan 2 cara diatas, kita tidak boleh menaja ahli dari negara lain, terhad pada Malaysia sahaja.
Bagi yang mahu makan saja pun, anda tetap dapat kelebihan sebagai ahli dan penjimatan yang sangat banyak sehingga RM888!
Ada 4 pakej yang boleh dipilih seperti dalam gambar dibawah. Bergantung pada apa yang kita perlukan . Tetapi saya sarankan lebih baik mabil Gold Ambassador Pak 2 sebab ia merangkumi hampir keseluruhan vitamin Shaklee. Jadi kita boleh dapat semuanya dalam pakej ini. Setiap satu vitamin ada satu unit. Semua kita dapat rasa.

ii.  Yuran Ahli
Yuran ahli adalah RM69 seumur hidup.
iii.  Kelebihan menjadi ahli Shaklee
Ini saya percaya yang ramai nak tahu. Apa manfaat dan keistimewaan menjadi ahli ? Jom kita tengok 

1. Harga Ahli 

Apabila  dah jadi ahli Shaklee, automatik kita akan dapat harga ahli. Beza harga ahli dan harga runcit biasanya 20-30%. Jadi disini kita dah jimat banyak. Saya tahu, ramai juga yang bukan ahli tapi dapat beli pada harga ahli daripada pengedar, malah ada dapat harga lagi rendah daripada harga ahli ! Buat pembeli saya nak pesan berhati-hati ya, kadang kala harga rendah ni mungkin sebab vitamin tersebut dah nak luput (expired) ataupun yang biasa saya dengar aduan, TIADA KONSULTASI selepas pembelian. Pengedar  hanya suruh “rujuk pada label” dan dia lari begitu sahaja. Sebenarnya setiap vitamin ada cara makan yang berbeza-beza.  Produk kurang berkesan jikalau makan tak ikut aturan sebenar, jadi berhati-hati dengan tawaran murah .
Buat anda sebagai pengedar pula, Shaklee sekarang dah semakin ketat. Harga ahli HANYA untuk ahli sahaja. Kalau Shaklee dapat tahu mana-mana pengedar yang menjual lebih rendah dari harga pengedar (harga ahli), keahlian anda akan digantung dan kemungkinan besar terus dibuang. 

2. Beli Produk Shaklee Online

Sejak hujung tahun lepas, Shaklee telah melangkah setapak lagi dengan sistem pesanan secara online. Jadi kita boleh buat sebarang belian hanya atas talian dihujung jari. Tak perlu nak pergi ke cawangan lagi. Jadi jimat masa, tenaga, minyak, tol untuk kereta kita. Bukan setakat belian online, nak buat pendaftaran ahli pun online, nak cek bonus, pengiraan UV (point) semuanya secara online. Malam-malam pun boleh beli. Mudahkan ! Tak ada sebarang masalah.

3. Promo Setiap Bulan

Setiap bulan Shaklee akan buat promosi untuk produk-produk terpilih. Jadi sebagai ahli, kita dah boleh grab peluang ini. Dengan promo ni kita dah boleh dapat percuma produk dengan setiap pembelian promosi. Kalau pun kita tak nak guna sendiri, tapi kita masih dapat kongsi dengan kawan-kawan. Yang percuma tu kita boleh ambil untuk kita. 

4. Peluang Bisnes 

Bila dah join ahli, peluang perniagaan terbuka luas. Shaklee menawarkan imbuhan yang menarik sejajar dengan usaha yang kita lakukan. Makin kuat kita usaha semakin besar ganjarannya. Tiada istilah orang atas goyang kaki, orang bawah kerja teruk. Oh tidak sama sekali!  Imbuhan diberi berdasarkan usaha masing-masing. Jika pun kita berada di atas tapi tak ada usaha, alamatnya tak ada apa-apalah.
Ada 3C  yang Shaklee tawarkan  sebagai imbuhan kepada para pengedarnya yang berdedikasi :-
Cash – bonus tunai bulanan

Car Bonus – bonus kereta. Yang bagusnya shaklee ini kan dia tidak beri kereta sebiji dan melalui income kita buat bayaran kereta. tetapi dalam Shaklee dia bagi duit dan terpulang kepada kita mahu buat apa dengan duit itu sama ada beli kereta ataupun mahu menyimpan duit itu untuk keperluan lain.
Convention – percutian bertaraf 5 bintang dalam dan luar negara yang kesemuanya 100% oleh Shaklee. Kita datang bawak badan sahaja. Macam tahun ini, siapa yang mendapat 990 points akan layak mendapat tiket ke percutian di Italy atau Umrah (pilihan bagi yang muslim) 
Tambahan pula, sekarang ni dah mudah sangat. Kita boleh buat bisnes secara online tanpa perlu pergi dari rumah ke rumah macam cara konvensional dulu-dulu. Jangan terkejut jika saya beritahu ada surirumah yang menjana pendapatan hingga ke 6 angka hanya dengan bisnes secara online dari rumah.
Ok itu sajalah informasi berkaitan cara bagaimana nak menjadi ahli shaklee dan kelebihan. Jika dah teruja tu, jgn tunggu lama-lama, cepat-cepat sign up sebagai ahli biarpun untuk makan sendiri. Banyak sangat kebaikkannya.  Hubungi saya untuk saya uruskan pendaftaran keahlian anda hari ini.

WhatApps/SMS: 019-8007433
Pengedar Sah Shaklee TAWAU, Sabah.


20 Dec 2016

Jururawat Berilmu






Image result for jururawat muslimah berilmu


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 70

Assalamualaikum dan selamat petang semua.  Kali ini saya ingin bercerita tentang jururawat yang berilmu.  Sebut perkataan berilmu zaman sekarang memang pentingkan ilmu dan jika tiada ilmu maka tertinggallah kita,  Kerjaya apapun yang kita pilih, ilmu pastinya sangat penting waima nak berniaga sekalipun, ilmu sangat penting.

Profesion Kejururawatan turut menerima kesannya dalam memberikan perawatan yang optima kepada pesakit, famili dan masyarakat sekeliling.  Keadaan memerlukan seseorang jururawat itu untuk menuntut ilmu yang lebih tinggi upaya boleh menjadi seorang jururawat yang cemerlang, berilmu pengetahuan dan berdedikasi.  Malahan ilmu pengetahuan ini perlu di kemaskini dari semasa ke semasa dan sebab itulah semua jururawat dikehendaki untuk mengikuti kursus sekurang-kurangnya 7hari dalam setahun dan setiap minggu pula akan diadakan Continous Nursing Educaation (CNE) bagi .ilmu kepada jururawat setiap masa.

Dalam dunia persaingan sekarang ini, kita yang berada dalam profesion jururawat harus menyahut cabaran.  Selain ilmu yang dilakukan pihak-pihak hospital bagi  memberi ilmu kepada semua jururawat bertugas di kawasan mereka, seserang jururawat juga digalakkan untuk menambah ilmu ataupun menaikan taraf mereka keperingkat yang lebih tinggi seperti pos basic, Diploma Kejururawatan, Ijazah Kejururawatan, Master in Nursing, PhD in Nursing.  

Semoga jururawat yang ada sekarang ini, boleh menjadi jururawat yang disukai ramai, yang boleh dijadikan kawan, boleh membantu dengan ikhlas dan boleh menggunakan ilmu mereka sebaik mungkin.  Bekerjalah kerana Allah dan pastinya ia akan menjadi saham akhirat.  Jadikan kisah jururawat dahulu sebagai satu teladan dan kebanggaan kerana bermula dari mereka maka kini jururawat telah dikagumi dan permintaan adalah tinggi di setiap hospital termasuk luar negara.  Maka berbanggalah anda sebagai seorang jururawat kerana ilmu yang anda ada itu sangat tinggi nilainya.







19 Dec 2016

Tips Mengekalkan Kesihatan Tubuh Wanita


Image result for tips kesehatan wanita muslimah


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 69

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini kita diketemukan lagi dalam blog ini, semoga anda mendapat manfaat yang sebanyaknya atas perkongsian yang saya berikan. Kali ini saya ingin berkongsi tentang penjagaan kesihatan tubuh badan wanita.  Wanita adalah sesuatu yang berharga nilainya.  Oleh itu penjagaan badan dan kesihatan bagi wanita adalah sesuatu yang penting.  Wanita perlukan penjagaan badan yang khusus.  Ramai wanita yang sanggup menghabiskan duit dan masa semata-mata untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman mereka.


Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengambil makanan yang berkhasiat dan berserat setiap hari. Makanan yang berserat dapat memudahkan proses pencernaan setiap hari dan dapat menjaga tubuh badan dari sebarang jangkitan kuman.

Pengambilan vitamin sebenarnya adalah satu keperluan hidup.  Vitamin sangat penting bagi tubuh kita kerana vitamin boleh menambahkan antibodi dalam tubuh kita dan mencantikkan kulit. Mengambil vitamin juga adalah satu cara yang paling mudah bagi wanita yang sibuk dengan tugasan seharian.  Ia juga merupakan cara untuk menggantikan vitamin yang telah hilang dari makanan dan badan.

Hidangan makanan setiap hari perlu dijaga kerana pengambilan makanan yang berlebihan boleh menyebabkan berat badan bertambah.  Selain itu makanan jenis fast food juga tidak sihat untuk tubuh badan.


Rehat yang mencukupi adalah perlu dalam memastikan tubuh badan kita sihat.  Kaum wanita telah menggunakan tenaga mereka dalam menguruskan kerja seharian tidak kiralah wanita itu suri rumah tangga mahupun yang bekerja. Wanita memerlukan rehat sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

Tubuh badan wanita juga memerlukan air yang mencukupi bagi menggantikan air yang telah hilang dari badan. Badan memerlukan air sekurang-kurangnya 18 gelas dalam sehari untuk mengekalkan kesihatan dalam tahap yang optima.

Jangan lupa makan buah sebelum mengambil diet mengikut sunnah. Buah-buahan baik untuk meningkatkan kesihatan dan seterusnya menambah cecair dalam badan.  Akhir sekali kaum wanita perlu memberi senyuman manis kerana dengan senyuman beban yang berat menjadi ringan.

16 Dec 2016

TIPS PENJAGAAN MAHKOTA WANITA

Image result for tips kesihatan wanita


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 68

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog semua.  Terima kasih kerana masih menyokong saya dan saya terus berharap agar anda semua memberi sokongan yang padu untuk saya terus berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada anda semua.


Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang tips penjagaan alat sulit wanita.  Kenapa ianya istimewa sangat untuk dibersihkan dan dijaga?  Kerana ia merupakan MAHKOTA yang paling berharga buat semua wanita.  Lebih-lebih lagi untuk wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.  Sebagai seorang wanita saya rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan info yang penting ini agar mereka dapat menjaga Mahkota mereka.  Sedih bila ada wanita yang memandang rendah terhadap penjagaan alat sulit mereka sendiri.  

Berikut adalah beberapa tips untuk kaum wanita amalkan bagi menjaga MAHKOTA sendiri.


1.  Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar, sebaik-baiknya menggunakan air. 


2.  Seluar dalam perlu ditukar dua kali sehari dan setiap hari serta pada hari-hari mengalami keputihan.

3.  Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. 

4.  Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal-gatal.  Seetengah wanita 
5.  Elakkan sering melakukan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj.  Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kumaluan kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi kulit
6. Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
7.  Wanita yang mengalami keputihan perlu mengetahui keputihan normal dan keputihan yang abnormal.  Keputihan yang abnormal adalah yang ada jangkitan dan akan menyebabkan gatal-gatal pada kemaluan, juga berwarna kehijauan dan berbau. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. 
8. Wanita juga perlu menjaga kebersihan alat pencukur mereka kerana ia boleh menyebabkan abses atau bernanah pada bahagian luar vagina. Elakkan penggunaan alat pencukur yang tidak sesuai kerana bahagian vagina merupakan kawasan yang sangat sensitif.
9.  Perkara selamat yang perlu dibuat ialah mencuci vagina tanpa menggunakan sebarang produk pencuci.  Namun kebanyakan wanita terlalu suka menggunakan alat pencuci yang wangi bagi membasuh vagina mereka.  Apapun produk yang digunakan perlu sesuai dengan PH vagina dan perlu berkualiti kerana dikhuatiri akan membunuh bakteria yang normal di kawasan tersebut.

15 Dec 2016

Kelebihan Menjadi Seorang Jururawat




Image result for jururawat


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  ;  Carian Google

#Entri 67


Ada ke pembaca blog yang berminat menjadikan jururawat sebagai satu kerjaya anda.  Dahulu kerjaya ini kurang di minati oleh masyarakat kita sebab itulah pusat-pusat latihan agak kurang didirikan berbanding kini.  Namun kini kerjaya ini menjadi buruan ramai samada lelaki ataupun wanita dan pusat institusi kejururawatan makin banyak didirikan bagi menampung permintaan yang kian meningkat bukan saja di sektor kerajaan tetapi juga di sektor swasta.

Jururawat berstatus diploma menjanjikan gaji yang lumayan dan negara-negara lain mempunyai permintaan yang tinggi terhadap jururawat dari Malaysia dan ganjaran mereka lebih lumayan. Peluang inilah yang dikejar oleh ramai pelajar lepasan SPM.  Kerjaya ini juga sangat murni dan kita boleh menjadikan kerjaya ini sebagai satu ibadah untuk membuat amal dan saham akhirat.  Jururawat kini berpeluang menyambung pendidikan ke Peringkat Ijazah, Master dan Phd.  Oleh itu tidak ada lagi masalah jika anda ingin melanjutkan pendidikan dan anda berpeluang bekerja di luar negara.  Ini adalah satu peluang yang terbaik bagi mereka yang suka melancung ke luar negara.

Berikut saya kongsikan kelebihan menjadi seorang jururawat.
1.  Gaji
Sistem pembayaran gaji adalah setiap bulan dan gaji juga agak lumayan dan mempunyai kenaikan gaji setiap tahun.  Kenaikan gaji adalah mengikut tempoh perkhidmatan dalam kerjaya.

2.  Elaun Tetap Khidmat Awam
Elaun khas ini diberikan sebagai satu tanda penghargaan oleh kerajaan kerana berkhidmat buat egara

3.  Elaun Kritijaykal
Elaun ini diberikan kerana juga menghargai pengorbanan jururawat yang sanggup bekerja dan berdepan dengan pelbagai penyakit yang juga boleh menjangkiti mereka.  

4.  Elaun Sara Hidup (COLA)
Elaun ini dibayar jika anda hidup di kawasan bandar yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Namun anda perlu tahu bahawa tidak semua negeri yang mendapat elaun Cola.

5.  Elaun Lebih Masa
Oleh kerana kekurangan jururawat, maka seseorang jururawat perlu melakukan kerja lebih masa bagi menampung kekurangan staf. Bagi jururawat yang memerlukan duit tambahan maka mereka akan mengambil peluang ini untuk membuat duit dan ia boleh dikira agak lumayan kerana bayaran dikira mengikut gaji pokok, hari rehat, hari kelepasan am, dan kerja biasa.

6.  Imbuhan Tetap Perumahan
Semua jururawat akan berpeluang mendapat bayaran sewa rumah..  Namun jika anda bertugas di Sabah dan Sarawak anda akan dibayar elaun wilayah lebih mahal dari elaun sewa rumah.  


7.  Kelayakan Cuti Tahunan
Bagi anda yang bergelar Jururawat, cuti anda akan bermu
la sebanyak 25 hari. Cuti ini akan bertambah mengikut tempoh perkhidmatan dan juga pangkat anda.


8. Kemudahan Pinjaman
Seorang Jururawat berpeluang untuk mendapat kemudahan pinjaman samada pinjaman rumah ataupun kereta.  Ianya sangat mudah untuk mereka mendapat kemudahan pinjaman mengikut kemampuan mereka.


Saya berharap dengan perkongsian saya, pembaca di luar sana terbuka minda dan mendapat sedikit info berkaitan kerjaya Jururawat.  Di lain masa saya akan berkongsi lagi tentang kerjaya ini.












JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign