Foto : Carian Google
Teks : Rosnia Dahlan# Entri 22
Pernahkah anda menghadapi masalah masa tidak mencukupi? Walhal kita semua memiliki masa 24 jam sehari. Bercerita tentang masa ini saya akui saya pun tergolong dalam mereka yang kurang bijak dalam mengurus masa. Setiap kita mempunyai kesibukan masing-masing tanpa mengenal darjat. Kita mempunyai tugasan untuk disiapkan dan kita terkejar-kejar masa untuk menguruskan kehidupan kita. Begitu pentingnya pengurusan masa sehinggakan pelbagai tips pengurusan masa telah dikongsikan di internet dan buku-buku motivasi juga dihasilkan sebagai rujukan kepada kita. Pengurusan masa yang baik bermaksud mampu menguruskan masa secara berkesan dalam melakukan aktiviti seharian dengan hasil yang membanggakan.
Mengurus masa dengan berkesan adalah sangat penting dalam hidup seseorang dan begitu juga dengan masa itu sendiri yang amat penting di dunia ini sehingga wujud kata perbandingan yang menilaikan masa itu seperti emas. Di dalam al Quran juga menyentuh tentang pentingnya mengurus masa dengan baik. Antara ayat yang menyentuh berkaitan masa adalah seperti berikut, Maksudnya : Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran". Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan masa mereka tidak berlalu dengan sia-sia sahaja namun tidak kurang juga yang gagal dalam menguruskan masa dengan sempurna sehingga masa itu berlalu tanpa ada hasil yang boleh dibanggakan.

Lagi molek jika dapat seimbangkan masa kita untuk hal duniawi dan akhirat. Semoga kita tergolong di kalangan orang yang tidak rugi didunia. Dan semoga setiap hari adalah merupakan hari yang lebih baik buat kita semua.
No comments:
Post a Comment