Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 21
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari sebelumnya. Dan semoga para pembaca yang budiman diluar sana lebih ceria seceria mentari pagi yang sedang bersinar. Dan bersyukur juga kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang bertemu di dalam blog ini dan berpeluang meneruskan penulisan dalam blog. Menghitung hari detik demi detik dan begitu juga cepatnya masa berlalu tanpa menunggu sesiapa. Hanya tinggal 2 minggu lagi para jururawat seluruh dunia akan menyambut hari jururawat
Para jururawat jika ditanya tentang ikon kejururawatan dunia pasti akan mengingati sebuah nama yang begitu unggul iaitu Florence Nightingale. Seorang jururawat kelahiran Italia yang lahir pada 12 Mei 1820. Beliau juga dikenali sebagai ' The Lady with the Lamp'. Namun begitu bagi umat Islam kita juga perlu mengetahui bahawa telah lahir lebih awal lagi seorang srikandi di zaman Nabi Muhammad S.A.W yang lebih awal menempa kecemerlangan dalam dunia kejururawatan. Beliau ialah Rufaidah binti Sa'ad al-Aslami yang juga telah diiktiraf sebagai jururawat muslimah yang pertama dalam Islam.
Rufaidah bukan sahaja menjalankan tugas sebagai jururawat tetapi juga melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca pelbagai masalah sosial. Beliau dilahirkan di Yathrib Madinah. Beliau dilatih sendiri oleh ayahnya yang merupakan seorang doktor pada waktu itu, Nabi Muhammad SAW sendiri memerintahkan agar tentera yang cedera parah dirawat oleh Rufaidah. Rufaidah digambarkan memiliki keperibadian yang luhur dan simpati kepada semua orang dan melayani pesakit dengan baik.
Oleh yang demikian jika dunia moden kini menyanjungi Florence Nightingale sebagai jururawat tersohor kerana sumbangannya yang merawat para tentera British, seharusnya kita sebagai muslim juga perlu berbangga dan menyanjungi serta menjadikan Rufaidah binti Sa’ad sebagai ikon, seorang jururawat hebat dan cemerlang yang telah mempelopori dunia perawatan ini 1300 tahun lebih awal sebelum Florence Nightingale.
No comments:
Post a Comment