Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 17
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
Tentu anda tertanya-tanya kenapa saya meleetakkan foto diatas sebegitu besar sedangkan ia satu foto yang biasa sahaja. Semua pun orang tahu mencuci tangan namun saya ingin menekankan tentang kepentingan mencuci tangan. Jika anda berada di kawasan hospital terutamanya di hospital saya, anda akan ternampak foto teknik mencuci tangan di kebanyakan sinki yang berada di hospital, Setiap bulan juga laporan mengenai kegagalan anggota untuk mematuhi arahan mencuci tangan perlu di hantar dan anggota yang mewakili jabatan masing-masing akan dikenakan denda. Audit senyap akan dilakukan hanya untuk mengetahui sama ada anggota mencuci tangan selepas menyentuh peakit. Ini menunjukkan bahawa mencuci tangan sangat dititikberatkan di kalangan anggota kesihatan.
Ada 5 perkara yang perlu dipatuhi berkaitan pencucian tangan iaitu sebelum menyentuh pesakit, selepas menyentuh pesakit, sebelum memulakan tatacara, selepas melakukan tatacara dan selepas memegang sekeliling. Tujuannya adalah untuk mengurangkan mikroorganisma dari seseorang ke seseorang yang lain. Namun begitu mencuci tangan bukannya hanya sekadar membasahkan tangan tetapi perlu mengikuti 7 langkah mencuci tangan menggunakan air dan sabun ataupun 'handrub'. Bagi masyarakat umum pencucian tangan menggunakan sabun baik sebelum makan atau pun sebelum memulai pekerjaan, akan menjaga tubuh badan dan mencegah penyebaran penyakit melalui kuman yang terdapat ditangan.
Mencuci tangan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja namun impaknya sangat besar. Kita pun selalu nampak iklan-iklan tentang pentingnya mencuci tangan. Oleh itu mencuci tangan menggunakan sabun perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kita agar kebersihan terjaga secara keseluruhan. Berikut adalah 7 langkah mencuci tangan dan anda juga boleh merujuk dalam foto yang disertakan.
- Basahi kedua telapak tangan di bawah air yang mengalir dan ambil sabun kemudian usap dan gosok kedua telapak tangan secara lembut dalam kiraan 10
- Kemudian gosok juga bahagian belakang tangan secara bergantian
- Gosok sela-sela jari hingga bersih
- Bersihkan hujung jari secara bergantian dengan mengatupkan
- Gosok dan putar kedua ibu jari secara bergantian
- Letakkan hujung jari ke telapak tangan kemudian gosok secara perlahan
- Bersihkan kedua pergelangan tangan secara bergantian dengan cara memutar, kemudian diakhiri dengan membilas seluruh tangan dengan air bersih yang mengalir lalu keringkan.
No comments:
Post a Comment