Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 16
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sewaktu menjadi Jururawat Bidan Pelatih (NSM). Untuk menjadi bidan seorang jururawat itu perlu lagi mengikuti kursus selama setahun. Ini adalah merupakan kursus saya yang pertama selepas berkhidmat selama 3 tahun dalam bidang kejururawatan. Sebut sahaja tentang bidan, teruja hendak sambut bayi. Dalam kursus ini saya perlu memberi perkhidmatan dalam semua segi berkaitan dengan ibu dan anak termasuklah penjagaan antenatal (ibu hamil), sambut pelahiran,, postnatal (ibu selepas bersalin), penjagaan anak dan lawatan ke rumah.
Namun perkara yang tidak mampu saya lupa dan inilah pengalaman pahit dan manis saya iaitu menyambut pelahiran di rumah. Pengalaman menyambut pelahiran di rumah tidak sama dengan pengalaman di hospital. Di hospital peralatan menyambut pelahiran serba lengkap dan dikelilingi oleh staf yang berpengalaman termasuk doktor-doktor yang mahir. Namun di rumah peralatan adalah terhad dan staf yang terlibat hanya seorang sahaja. Saya pada masa itu hanya seorang pelatih sahaja. Terlalu banyak perbezaan jika difikirkan, keadaan sekeliling, peralatan, teknik pelahiran dan banyak lagi.
Walau apapun perbezaannya, tujuannya tetap sama iaitu memastikan ibu dan bayi selamat tanpa sebarang masalah. Pengalaman saya ini membuatkan saya hormat kepada misi-misi yang berpenat lelah menjalankan tugas di pedalaman semata-mata untuk membantu masyarakat kampung yang memerlukan khidmat mereka.

No comments:
Post a Comment