Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 18
Assalamualaikum para sahabat, para pembaca di luar sana. Bertemu lagi kita di entri ini. Sejak kebelakangan ini keadaan cuaca sangat panas. Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September. Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang. Keadaan ini menyebabkan penyakit yang digelar strok haba sangat dikhuatiri akan dialami oleh masyarakat umum. Jabatan Kesihatan kini mengambil langkah untuk membuat statistik bagi mengetahui jumlah masyarakat yang datang mendapatkan rawatan di hospital atau klinik-klinik kerajaan disebabkan oleh strok haba.
Strok haba bermaksud peningkatan suhu badan melebihi dari paras normal. Peningkatan suhu panas yang mendadak dan keterlaluan akan mengganggu fungsi sistem badan. Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala, mual, denyutan nadi cepat, otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam. Keadaan yang paling dikhuatiri ialah seseorang itu boleh mati akibat komplikasi kepada sistem saraf otak. Secara normal badan kita akan mengeluarkan peluh melalui kulit bagi mengekalkan suhu normal.
Strok haba boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba. Cuaca panas yang melampau tidak boleh dipandang ringan dan kesihatan harus dijaga supaya tidak membawa akibat yang teruk.
Sebagai individu perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan keadaan panas yang melampau sekarang ini. Adalah dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti luar rumah, tidak memakai pakaian tebal yang boleh menghalang pengeluaran haba, meminum banyak air tanpa mengira tahap aktiviti, meminum minuman isotonic kerana ia dapat menggantikan mineral dalam badan, memakai payung atau pelindung semasa keluar rumah dan banyak lagi. Pendek kata seseorang itu perlu mengambil langkah untuk menyejukkan badan bagi mengelakkan mendapat strok haba.
No comments:
Post a Comment