Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 30
Ya Allah, terima kasih atas segalanya dan berikan kami kekuatan untuk melalui cubaan dan semoga kami memiliki peribadi yang lebih baik. Berkatilah segala aktiviti yang kami lakukan semoga mendapat berkah dari Mu. Ya Allah dekatkanlah kami dengan orang-orang yang baik agar kami bisa mengikuti jejak kebaikan mereka. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, kerana kami tahu Engkau selalu persiapkan yang terbaik buat kami. Amin.
Assalamualaikum dan salam hormat untuk semua pembaca blog. Terasa cepat masa berlalu dan kini kita telah pun berada dipenghujung bulan Mei. Bercakap tentang bulan Mei terasa banyak perkara yang penting telah berlaku dalam bulan ini dan begitu juga banyak tarikh yang penting dan bersejarah yang telah dan akan disambut.
1 Mei adalah hari pekerja dan tidak kiralah apa status pekerjaan anda, tarikh ini adalah untuk menghargai semua pekerja dan tarikh ini merupakan cuti umum.Saya pun seorang pekerja awam bergelar jururawat.
8 Mei merupakan hari ibu untuk semua ibu. Walaupun terdapat percanggahan pendapat tentang sambutan hari ibu namun bagi umat isalam setiap hari adalah hari ibu kerana ibulah yang telah melahirkan kita. Saya pun seorang ibu kepada anak-anak saya.
12 Mei adalah hari Jururawat yang disambut setiap tahun untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat. Saya seorang jururawat dan telah bertahun memberikan khidmat kepada masyarakat yang memerlukan
16 Mei telah ditetapkan sebagai hari guru. Sambutan Hari Guru yang diadakan pada tarikh 16 Mei setiap tahun melambangkan penghargaan besar negara dan masyarakat kepada golongan itu di atas jasa dan bakti mereka. Selain seorang ibu, saya juga menjadi guru kepada anak-anak saya
30 & 31 Mei adalah hari untuk sambutan Pesta menuai / Tadau Kaamatan yang merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan Dusun sejak zaman berzaman di Sabah dan ia merupakan cuti umum bagi Negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment