JURNAL SEORANG MISI: 2017

4 Feb 2017

LANGKAH AWAL DETOKSIFIKASI


Image result for detoksifikasi




Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri

Pagi tadi terbaca satu artikel dekat facebook berkaitan dengan detoksifikasi hasil perkongsian seorang doktor.  Beberapa hari sebelum itu saya juga memang sibuk mencari info berkaitan detoksifikasi. Sifu saya pun juga ada berkongsi melalui you tube juga tentang detoksifikasi.

Saya juga ada berkongsi tentang detoksifikasi dalam entri sebelum ini.  Detoksifikasi ialah pembuangan bahan toksin dalam badan, bukan tertumpu kepada usus sahaja tetapi merangkumi keseluruhan badan. Kenapa saya tertumpu kepada detoksifikasi sejak akhir-akhir ini?

Bagi saya detoksifikasi ini sangat penting kerana tanpa melakukan detoksifikasi segala toksin-toksin tersimpan dalam badan.  Kita mengambil toksin ini secara tidak sengaja melalui aktiviti dan gaya hidup yang kurang sihat.  Jika detoksifikasi tidak dilakukan toksin yang terkumpul dalam badan menjadi punca segala penyakit untuk tuan punya badan itu sendiri dan akhirnya timbullah pelbagai penyakit seperti berat badan meningkat, kolesterol, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser dan macam-macam lagi.

Sebelum kita membayangkan detoksifikasi yang bakal dilakukan untuk membuang toksin degil yang menjadi punca penyakit dan berat badan meningkat, ada baiknya kita memikirkan cara mengurangkan pengumpulan toksin setiap hari.

Sebenarnya pencegahan lebih penting untuk mencegah kerosakan berterusan.  Toksin ini boleh merosakkan dalaman kita, punca pelbagai penyakit.  Kenapa perlu pencegahan?  Tiada gunanya toksin dibuang jika puncanya tidak disekat.  Jika pencegahan tidak dilakukan proses mencipta toksin berlaku setiap hari dan semakin meningkat.

Oleh itu ia perlu selaras, pencegahan dan pembuangan.  Seseorang perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, tidak kira di luar atau di dalam rumah.  Selain itu perlu memilih makanan setiap hari sebelum dimakan aeperti makanan ringan, makanan segera, makanan berlemak dan berminyak.  Mengamalkan meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari.  Selebihnya kita perlu buat detoksifikasi bagi membuang toksin-toksin yang sudah lama terpendam dalam tubuh kita. Melakukan dtoksifikasi bukan tertumpu kepada usus sahaja tetapi juga kepada seluruh badan termasuk hati kita.

Manfaat detoksifikasi kepada tubuh kita
1.Membersihkan toksin seluruh badan seperti hati, usus, ginjal, pembuluh darah, paru-paru dan sistem limfatik.
2.  Boleh menjadi awt muda kerana semua sel-sel yang mati dibuang dan digantikan dengan sel-sel baru.
3.  Boleh membuatkan berat badan menurun kerana lemak-lemak dibakar dan toksin-toksin dikeluarkan.
4.  Meningkatkan daya tahan tubuh dan menghilangkan penyakit sebab penyakit berpunca dari toksin yang terkumpul.


Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini memberi impak yang besar buat kita semua. Akhir sekali jom detoks badan.











30 Jan 2017

Pemeriksaan Sendiri Payudara



Image result for pemeriksaan sendiri payudara


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 99







Masyarakat umum sedia maklum tentang bahaya kanser payudara.  Ada sesetengah penyakit kita langsung tidak dapat mengesannya sehinggakan ianya sudah berada pada tahap yang merbahayakan barulah ianya dikesan. Jadi, pastinya kita tidak mahu ianya berlaku kepada diri kita mahupun orang yang disayangi.

Kanser payudara boleh dicegah jika ia dapat di kesan diperingkat awal dan kanser jenis ini yang paling mudah dikesan.  Pemeriksaan secara tetap membolehkan seseorang mengesan kanser payudara pada peringkat awal di mana rawatan adalah lebih berkesan. Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) merupakan pemeriksaan yang dilakukan sendiri oleh individu wanita untuk mengesan awal kanser payudara.  

         Pemeriksaan ini telah diajar diperingkat sekolah dan juga di klinik-klinik kesihatan untuk mewujudkan kesedaran pentingnya mengesan awal penyakit ini. Pemeriksaan ini dilakukan setiap bulan iaitu diantara hari ke tujuh hingga ke sepuluh selepas haid. Jika tempoh haid adalah iregular atau telahpun mencapai menopous, PSP ini dilakukan pada tarikh yang telah ditetapkan setiap bulan.


           PSP hanya sesuai dilakukan bagi wanita yang telah datang haid.  Bagi ibu hamil dan ibu menyusu adalah tidak sesuai untuk melakukan PSP kerana pembengkakan payu dara dikesan akibat pengumpulan air susu.  Untuk pemeriksaan secara mamogram pulak, kaedah ini hanya sesuai bagi wanita yang berumur 40 tahun keatas.



Gambar di atas adalah panduan bagaimana pemeriksaan sendiri payudara dilakukan. Ketahuilah bahawa pencegahan itu adalah lebih baik dari mengubati. Semoga kita diberi kesihatan yang baik.

 


28 Jan 2017

Pengenalan kanser payudara




Image result for kanser



Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 98

Assalamualaikum pembaca blog sekalian.  Hari ini saya ingin berkongsi ilmu berkaitan cerita seorang sahabat.  Tujuan saya supaya kita semua sentiasa prihatin kepada kesihatan sendiri.  Petang tadi terjumpa seorang kawan yang mengatakan abangnya sedang sakit tenat.  Sebelum ini saya tidak tahu abangnya tu sakit apa sehinggalah dia menyatakan yang abangnya menghidap kanser.  Keluarganya membawanya dari hospital kerana sudah tidak ada harapan untuk sembuh.  Beberapa tahun lalu isteri abangnya ini telah pun meninggal dunia, juga disebabkan oleh kanser payu dara. Betapa bahayanya penyakit kanser sebab bila sudah ada dalam badan maka peluang untuk sembuh sangat tipis.

Beberapa hari sebelum terjumpa dengan sahabat ini, saya juga ada mendengar ulasan dari radio berkaitan penyakit kanser.  Dikatakan kanser merupakan pembunuh senyap masyarakat kita.  Kaum wanita pula merupakan golongan tertinggi dalam kes pengidap penyakit kanser.  Kanser yang selalu dihidapi oleh wanita ialah kanser payu dara. Kanser payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Sumber mengatakan bahawa kebanyakan pengidap kanser hanya mengetahui yang mereka menghidap kanser ini pada tahap yang agak lambat iaitu sudah berada di tahap 2 dan 3.

Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. 80 peratus dari wanita yang mendapat kanser payudara tidak mempunyai sejarah keluarga. Walaupun sejarah keluarga meningkatkan risiko untuk mendapat kanser, ini tidak bermakna jika tiada saudara terdekat ibu, adik-beradik perempuan atau anak perempuan  yang menghidap tiada risiko untuk mendapat kanser payudara.  



Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut. Baru-baru ini kerajaan telah memperuntukan beberapa juta ringgit untuk tujuan pembelian alat mamogram bagi membantu kaum wanita melakukan pengesanan awal kanser payudara.  Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih serius dan seterusnya kematian bakal menyusul.

Faktor penyebab kanser ini tidak diketahui. Semua wanita adalah berisiko untuk mendapat kanser payudara, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara adalah: 

* mempunyai sejarah dalam keluarga
* akil baligh pada umur muda atau mencapai menopouse pada umur 50 an.
* umur lebh 40 tahun
* tidak pernah beranak
* bersalin anak pertama selepas umur 30 tahun
* mengambil alkohol secara berlebihan
* obesiti
* mengambil rawatan gantian hormon

Oleh itu pengetahuan berkaitan pencegahan dan pengesanan awal kanser payudara perlu diterap dalam diri setiap wanita.  Ketahui bahawa pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.  Pentingkan kesihatan kerana kesihatan adalah tunjang utama dalam kehidupan.  Kesihatan optima bermakna juga kita mampu untuk meneruskan kehidupan yang aman damai dan meneruskan usaha pencarian rezeki tanpa rasa bimbang dan gusar dan tanpa halangan.

Semoga perkongsian singkat ini bermanfaat kepada pembaca blog. Saya akan berkongsi lagi berkaitan teknik pencegahan melalui teknik pemeriksaan awal payudara.  Jumpa saya di entri seterusnya.

Wassalam.






27 Jan 2017

Amalan Bersedekah



Image result for bersedekah


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 97


Assalamualaikum Salam Jumaat yang berkah. Semoga hari ini adalah jumaat yang terbaik buat kita, jumaat yang memberi rezeki yang melimpah, jumaat yang membawa banyak kenangan manis buat kita. Di hari jumaat ini marilah kita perbanyakkan amal sedekah, zikirullah, membuat banyak amal kebaikan.

Bersedekah biarlah setiap hari, tidak dapat setiap hari boleh juga setiap minggu ikut kemampuan sendiri.  Jadikan amalan bersedekah sebagai satu kewajipan dalam kehidupan kita untuk tujuan amalan, himpunan pahala bagi bekalan akhirat kelak. Bersedekah boleh dalam pelbagai bentuk seperti wang ringgit, harta benda, makanan, minuman dan sebagainya. Bercerita pasal sedekah saya teringat satu iklan dalam tv yang menceritakan tentang sedekah. Yang mana seorang budak yang sangat miskin tetapi begitu berkeinginan untuk bersedekah.

Betapa hebatnya budak ini apabila dia juga terfikir untuk bersedekah walaupun dia tidak mampu untuk bersedekah. Dia memandang peti duit derma dekat masjid dan melihat orang yang lalu di situ memasukkan duit dalam peti itu. Setiap hari dia menangis dan setiap hari juga dia akan ke masjid sambil memandang peti duit itu.  Selang tidak berapa lama dia pun senyum sambil memandang peti duit itu. Dia asyik senyum dan menimbulkan rasa hairan beberapa orang di masjid itu. Lalu ditanya kenapa ia berperilaku begitu, dan budak itu pun menjelaskan yang dia juga ingin bersedekah tetapi tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain senyuman.

Kisah ini boleh menjadi iktibar buat kita bahawa sedekah itu boleh dalam bentuk apa pun yang penting keikhlasan hati. Semoga perkongsian saya kali ini membuka lembaran baru buat kita. Tanamkan sifat suka bersedekah dan semoga amal kebaikan kita itu mendapat balasan yang setimpal. Aamiin..

23 Jan 2017

Set Bersalin Moden



Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

# Entri 96



Berpantang - Set Bersalin Shaklee


Dewasa ini, ramai yang sudah maklum bahawa Shaklee juga menyediakan produk Set Berpantang buat  ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Set Bersalin Shaklee kini menjadi pilihan no. 1 sebagai set selepas bersalin disebabkan oleh kemudahan dalam menggunakannya serta kelebihannya berbanding set bersalin yang lain. Tidak seperti jamu atau set berpantang yang ada dalam pasaran sekarang, 

Set Bersalin Shaklee ini boleh digunakan untuk bersalin normal mahupun ceaserian atau pembedahan. Luka bersalin cepat sembuh, baik dalaman dan juga luaran.  Ia selamat untuk ibu dan bayi yang ada G6PD. Sama sekali tidak memudaratkan demam kuning anak.  Dapat menghindarkan meroyan, tekanan, bertindak sebagai penenang, Boleh digunakan sejurus selepas bersalin. Badan cepat segar, sihat bertenaga dan yang paling penting Halal dan 100% daripada bahan semulajadi. Tiada bahan kimia yang boleh rosakkan badan untuk jangkamasa panjang.  Bukan itu sahaja, ia menggalakkan penghasilan susu badan untuk ibu-ibu yang menyusu badan (breast feeding) dan memberi lebih tenaga, rasa cergas dan penyembuhan luka yang lebih cepat.



Apakah Pakej Set Bersalin yang Shaklee tawarkan ?

Sebenarnya ada tiga jenis pakej SET BERSALIN Shaklee iaitu :
(1) Set Bersalin Asas – 

  • untuk pembaikpulihan segera serta menjadikan  ibu cergas selepas bersalin
(2) Set Bersalin Milk Booster

  • Set Bersalin Asas dan Penyusuan
(3) Set Bersalin Pakej Premium
  • gabungan Set Asas, Penyusuan dan Set Kurus untuk kembali langsing selepas bersalin


Antara yang sering kita tanya adalah  :-
  • Harga Set Bersalin. Murah ke mahal ?
  • Sesuai untuk Bersalin jenis apa ? Normal atau pembedahan atau kedua-duanya ?
  • Bila boleh digunakan ?
  • Panas atau tak ? sesuaikan untuk bayi yang ada demam kuning atau jaundis ?
  • Bagaimana Cara Makan Set Bersalin itu ?  Mudahkah ? pahit tak rasanya ?
  • Macam mana pula review atau testimoni orang-orang yang pernah guna produk ini ? Selamat keKalau Sembelit macam mana ?

(1) Set Bersalin Pakej Asas (  Shaklee Basic Confinement Set )

Apakah yang ada dalam Set Bersalin ini ?
a) Vita-Lea
  • Merupakan multivitamin lengkap diperkaya dengan 7 zat galian. Multivitamin ini penting untuk menggantikan semula vitamin dan mineral yang banyak hilang dari tubuh melalui darah semasa proses melahirkan anak. Kalau kita kurang mineral dan zat galian ini, badan pun lambat untuk sihat, lemah dan tak bermaya. Jadi vita-lea ini sangat penting
b) B-Complex
  • B-complex inilah vitamin yang mengawal saraf. Ia memberi rasa tenang, rileks kepada si ibu. Maklumlah, ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan ni, macam-macam perasaan ada. Penat, letih, stress dan ada yang ada yang kemurungan atau dalam istilah bahasa Inggeris di panggil “baby blues“. Keadaan ini sangat bahaya, yang mana lama-kelamaan boleh menyebabkan ibu dalam pantang ini boleh terkena meroyan atau gila meroyan. Jadi, kita bekalkan B-complex ini mengelakkan stress, mengawal mood dan menstabilkan emosi.
c) Vita-C
  • Sumber antibodi untuk ibu. Antibodi ibu yang kuat akan turut di salurkankan pada bayi melalui penyusuan susu ibu. Secara tidak langsung, anak akan lebih kuat daya tahan badannya terhadap penyakit. Susahnya nak demam, selesema atau sakit-sakit yang lain.

  • Vita-C juga menjadikan luka cepat baik. Contoh seperti puting payudara yang luka akibat posisi penyusuan yang tidak betul. Dengan mengamalkan vita-C anda akan dapati, tempat luka tadi cepat sembuh. Malah luka semasa bersalin pun cepat membaik.

  • Kulit ibu dan si bayi akan nampak lebih sihat dan cantik. Sebabnya, vita-C shaklee ini, sebiji tabletnya bersamaan dengan manfaat 7 1/2 biji oren setiap hari. Bayangkan kebaikkanya !
d) Zinc Complex
  • Penting untuk mempercepatkan proses baik pulih luka dari dalam. Sama ada ceaserian iaitu pembedahan, jahitan mahupan koyakan di vagina. Luka cepat sembuh dan parut tidak begitu kelihatan. Kalau nak tahu, dalam kurma juga terdapat sumber zinc, jadi tak hairanlah kurma ini boleh dimakan oleh sesiapa saja dan pada bila-bila masa sahaja disebabkan oleh khasiatnya untuk kesihatan . Lagi satu yang kaya dengan zinc ialah ikan haruan . Sebab itulah, orang yang lepas bersalin , digalakkan makan ikan haruan. Tapi sebenarnya ramai yang tak lalu termasuklah saya. Boleh juga minum pati ikan haruan. Tapi baunya pula masih tak boleh terima. Jadi alternatifnya, ambil sebiji zinc sehari. Sudah memadai. InsyaAllah luka akan cepat pulih dari dalam dan luaran

  • Selain bagus untuk luka, zinc juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut akibat daripada perubahan hormone selepas melahirkan anak. Betulkan , ibu-ibu selepas bersalin memang berhadapan dengan masalah ini. Jemput baca Set Rawatan Rambut Guguruntuk penjelasan lanjut

(2) Set Bersalin Milk Booster – Set Bersalin Asas dan Penyusuan

Pengguna SET BERSALIN ASAS turut menambah beberapa vitamin dibawah untuk mengatasi masalah lain yang biasa dialami oleh ibu- ibu dalam pantang, seperti penyusuan, sembelit dan lain-lain. Ini dipanggil Set Bersalin Mik BoosterIa merupakan gabungan Set Bersalin Asas dan Penyusuan untuk pembaikpulihan segera dan menyokong nutrisi buat ibu-ibu yang menyusu dalam pantang. Ada 2 tambahan supplemen penting iaitu OsteMatrix dan ESP




OsteMatrix
  • Sumber kalsium. Ia melancarkan pembuangan najis dan mengelakkan sembelit
  • Memberi  tenaga tambahan dan rasa segar  pada ibu yang terpaksa bangun malam untuk menyusukan bayi. Bangun malam tanpa rasa lesu dan letih
  • Menggalakkan penghasilan susu badan
  • membantu untuk memberi kekuatan dan kesihatan pada tulang dan gigi. Tak adalah nanti belumpun masuk 50-an gigi dah banyak yang tercabut. Tulang pula mudah patah dan retak. Lebih teruk lagi, belum apa-apa dan sakit sana sini dan jadi bongkok sabut akibat osteoporosis Ish mintak dijauhkan ! Jadi amalkan boleh amalkan kalsium OsteMatrix dari sekarang.
ESP
  • Protein soya terbaik dalm bentuk serbuk
  • Juga menggalakkan penghasilan susu badan dengan banyak dan pekat. Anak akan lebih kenyang. Jadi bayi akan kurang meragam dan kurang bangun malam.
  • Mencantikkan kembali kulit. Parut stretchmark semakin pudar. Parut luka jahitan juga berkurangan .
  • Kulit jadi gebu dan bersinar
  • Memberi  rasa kenyang yang lebih lama pada si ibu. Sesuai untuk ibu yang berdiet ingin menurunkan berat badan selepas bersalin tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti susu badan


(3) Set Bersalin Premium – Set Lengkap (Shaklee’s Confinement Full Set )




Set Bersalin Pakej Premium adalah set bersalin yang lengkap.  Ia digunakan untuk proses penyembuhan ibu, penyusuan dan juga set kurus.  Terdapat 2 lagi komponen utama untuk tambahan set kurus ini iaitu Alfalfa dan Lechitin.  Lechitin bertindak membakar dan memecahkan lemak lebih cepat manakala Alfalfa pula berfungsi untuk membuang serta mengangkut lemak dan kotoran tadi keluar dari sistem badan.

Set kurus ini membantu dalam mengekalkan berat badan asal dan membantu dalam proses penyusuan.  alfalfa adalah penggalak susu atau dikenali sebagai milk booster. Jadi ia sekaligus akan membanyakkan penghasilan susu badan anda. Dalam masa yang sama, anda pun dapat kembali berat badan sebelum mengandung dulu. 

22 Jan 2017

Hargai Masa Bersama Keluarga Tercinta.


Image result for hargai masa bersama keluarga



Teks:  Rosnia Dahlan
Foto:  Carian Google


#  Entri 95


Assalamualaikum semua. Harap anda semua hari ini menikmati hujung-hujung minggu bersama keluarga tersayang.  Hujung-hujung minggu sentiasa dinanti oleh mereka yang mempunyai keluarga sebab hanya hujung minggu sahaja dapat bersama berkumpul melakukan aktiviti keluarga.  Hari-hari biasa ibu bapa sibuk dengan tugas masing-masing dan begitu juga dengan anak-anak yang berseskolah.  Hargai masa-masa terluang ini kerana masa yang berlalu tidak akan berganti.

Namun begitu tidak semua juga diantara kita yang berpeluang untuk meluang masa bersama suami isteri dan anak-anak.  Kadang kala mereka jauh daripada kita, suami atau isteri jauh diperantauan, atau menjalankan tugas hingga larut malam atau pelbagai keadaan yang berlaku yang meminta kita berkorban dari masa dan tenaga. 

Bila anak sudah dewasa, peluang bersama semakin berkurang. Kadang kala anak-anak sudah tidak mahu keluar bersama dengan ibu atau bapa tetapi lebih suka keluar dengan rakan-rakan.  Ada juga anak-anak yang hanya suka duduk dalam rumah dan bermain play station berbanding mahu meluangkan masa keluar dengan ibu dan bapa.

Ada ibu bapa beranggapan bahawa jika anak sudah besar maka tanggungjawab mereka pun seolah-olah lepas.  Sedangkan jika difirkam tanggungjawab ketua keluarga sebenarnya baru bermula.  Kita sebagai ibu bapa perlu ambil tahu pergerakan anak dan selalu pantau mereka agar mereka tidak terpengaruh dengan kawan-kawan.

Bila anak semakin meningkat dewasa dan masing-masing sudah mempunyai tanggungjawab maka semakin kuranglah masa anak itu dengan kita. Hanya ibu dan bapa saja yang saling meluang masa tanpa hiruk pikuk suara anak.  Masa itu tentu kita rindukan karenah anak-anak yang suatu masa dulu buatkan kita rasa geram, marah dan macam-macam lagi perasaan.

Oleh itu hargailah masa bersama keluarga tercinta.  Tanamkan ilmu yang bermanfaat terhadap anak-anak supaya mereka tidak lupa kepada kedua orang tua apabila mereka dewasa kelak.  "Ya Allah kau tunjukkan lah kami jalan yang engkau redai dan wujudkanlah kebahagiaan dalam diri kami."



















21 Jan 2017

Blog, Ruangan Ku Berkongsi

Image result for gambar jururawat kartun


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google


#Entri 94

Assalamualaikum Selamat pagi

Hari ini hujung sabtu, saya duti malam nanti jadi adalah masa siang dengan famili.  Anak-anak pun tidak bersekolah jadi riuh rendah rumah dengan hiruk pikuk anak-anak bermain.  Pening untuk memikir, saya ambil laptop dan terus ber\kongsi dalam blog ini.

Baru siap kemas kain, kain kotor tidak basuh lagi, kasut sekolah anak tidak basuh lagi, nanti boleh jadi supermom.  Hari-hari kena update blog, macam itulah cikgu ajar, kena konsisten menulis dekat blog.  Berkongsi apa saja yang berlaku setiap hari, setiap masa supaya blog tidak sunyi.

Namun begitu saya ini terlalu leka, kadang kala seminggu tidak update blog.  Tahun 2017 ini konon dengan azam baru, mahu ubah minda, ubah perangai jadi baik, jadi perlu konsisten untuk konsisten. Pembaca blog boleh doakan saya supaya lebih istiqamah untuk menulis, untuk berkongsi sebarang maklumat yang dirasakan perlu.

Banyak yang mahu dikongsi, adalah ruang untuk saya berkongsi maklumat, berkongsi pengalaman kerja, berkongsi tentang produk shaklee, berkongsi tentang kehidupan dan macam-macam lagi tetapi tahap penulisan dan fikiran yang dirasa belum cukup matang untuk melahirkan ayat-ayat puitis, ayat-ayat yang penulis blog lain gunakan menyebabkan perkongsian terbantut.  Kalau jadual bertugas penuh, maka saya jadi kurang tumpuan untuk menulis ditambah lagi sekarang sibuk dengan bisnes shaklee maka lagi lah kurang masa sebab sibuk untuk update status berkaitan produk syaklee. Namun saya akan cuba juga untuk menulis dalam blog ini kerana apabila kita sudah siapkan blog rasa puas hati pulak.  

Follower belum ada tetapi alhamdulillah dapat juga review dalam 12 ribu lebih.  Terima kasih semua sebab sudi membaca coretan saya yang tidak seberapa ini, coretan orang yang baru mahu berjinak-jinak menulis.  Blog pun biasa-biasa saja tetapi masih menyimpan harap untuk mencantikkan lagi blog ini supaya lebih ramai yang singgah membaca sambil minum kopi.  Latihan dan pembelajaran perlu diteruskan supaya boleh ikut serta dengan blogger-blogger lain.  Almaklum saya ini bidan terjun, bermula menulis untuk suka-suka saja dan tidak mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan tetapi mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan ya.  Sesiapa yang belum tahu lagi tentang saya boleh lah ikuti penulisan saya yang awal-awal itu sebab saya banyak berkongsi tentang jururawat Malaysia sebab saya adalah seorang Jururawat.  Dari Topik pun sudah tahu kan tetapi saja saya nak beritahu lagi.


Inn Syaa Allah nanti kita sambung lagi ya sebab ini celoteh kosong saja. Celoteh untuk mengisi ruang berehat sebelum berperang dengan kerja-kerja rumah yang tidak pernah habis. Sekarang saya nak basuh kain.  Jumpa lagi ye sahabat semua, sudi-sudilah singgah dekat blog saya ye.



20 Jan 2017

Kisah Kejayaan



Image result for manisnya cinta ustaz kazim

Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google


#Entri 93

Assalamualaikum

Semalam terdapat sikit ruang waktu, saya ambil peluang untuk menghabiskan tulisan dalam blog saya.  Lama tidak kemaskini blog, ada peluang saya hasilkan 2 hingga 3 blog sekali.  Anak-anak awal tidur jadi saya pun gunakan peluang yang ada. Saya suka ikuti cerita kisah kejayaan orang lain kerana ia kan memotivasikan diri kita sendiri.

Masa tengah menyiapkan blog, TV astro siarkan 'Manisnya Cinta DUKE'.  Saya suka tengok siri ini siap rakam lagi.  Slot yang dikendalikan oleh Ustaz Kazim Elias.  Sebelum ini saya ikuti siri beliau juga iaitu 'Kalau Dah Jodoh'.  Bagi saya siri seperti bagus sebab ia membuka minda, hati dan pandangan kita selain menambah pengetahuan berkaitan soal jawab agama yang mungkin selama ini kita jahil tentang sesuatu perkara.  Mungkin juga kita sudah terlupa tentang amalan yang perlu kita lakukan dalam kehidupan ini.

Banyak topik yang dibincangkan berkaitan kehidupan harian kita.  Saya suka bila beliau berceramah sebab diselitkan dengan lagu-lagu yang ada kaitan dengan topik beliau dan itu adalah caranya untuk menarik masyarakat supaya mengikuti ceramah-ceramah beliau.

Berbalik kepada perbincangan awal kita tadi, topik yang dibincangkan adalah berkisarkan sedekah dan tetamu jemputannya ialah Dato Rosyam Noor.  Bersedekah boleh merubah hidup seseorang dari miskin hingga berjaya.  Siapa yang tidak kenal dengan pelakon hebat ini dan merangkap sebagai usahawan terkenal.  Kisah kejayaan Dato' Rosyam bermula dengan amalan bersedekah.  Dalam slot kali ini Dato' Rosyam berkongsi tentang kehidupan hariannya dari bawah hinggalah apa yang dikecapi sekarang ini. Menurut perkongsian yang dibuat, beliau bermula dari bawah.  berasal dari keluarga yang susah, kata orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Kadang kala mereka terasa susah hingga hendak bayar zakat pun mereka tidak mampu.  Sehinggalah beliau terlibat dalam bidang perfileman.  

Waktu itu pun beliau bermula dari bawah sebagai pelakon tambahan.  Beliau pernah mencuba pelbagai bisnes tetapi semuanya tidak menjadi dan beliau tetap tidak berputus asa.  Beliau merapatkan diri dengan Pencipta dan menjaga solatnya serta mengamalkan sedekah.  Sejak dari itu beliau mula dikenali ramai, bisnes juga mula meningkat.  Dan kini beliau merupakan salah seorang pelakon terkenal yang berperibadi mulia, mempunyai bisnes pertanian dan perhotelan.  Beliau berkongsi supaya masyarakat juga sentiasa mengingati penciptanya. Kisah kejayaan beliau ini boleh menjadi inspirasi buat kita.  Sebenarnya jika kita lihat orang yang berjaya ini kebanyakannya adalah bermula dari pengalaman pahit maung sebelum dapat mengecapi kesenangan.

Saya berkongsi kisah ini untuk tujuan kesedaran buat diri sendiri kerana saya pun mempunyai cita-cita yang belum lagi tercapai.  Juga berjinak-jinak dalam bidang bisnes tapi belum berjaya seperti apa yang diimpikan.  Saya juga berasal dari keluarga yang biasa-biasa sahaja dan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.  Saya ingin memberi nilai kepada orang sekeliling saya supaya sama-sama berjaya dalam hidup. Saya tetap berusaha untuk mencapai impian saya dan Inn Sha Allah saya berimpian untuk menulis kisah-kisah kejayaan saya salam blog saya nanti.  Doakan kejayaan saya semoga dengan doa kalian impian saya akan tercapai. Aamiinn..
















18 Jan 2017

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah


Image result for kesihatan



Teks  :  Rosnia Dahlan

Foto  :  Carian Google

#Entri 92



Kini tidak ramai yang ikut petua menjaga kesihatan cara Rasulullah.  Malah tidak semua pun tahu bagaimana Rasullullah menjaga kesihatan. Mari sama-sama kita lihat bagaimana penjagaan kesihatan yang dusarankan oleh Rasullullah.



Kita berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.  Biasanya keadaan ini dialami oleh pesakit diabetis, kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan beberapa penyakit lain.  Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.


Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).  Selalunya beliau sarankan supaya kita berhenti makan sebelum kenyang dan sentiasa berpuasa sunat bagi memberi rehat kepada perut kita memproses makanan selain mendapat pahala kerana mengamalkan puasa sunat.  Beliau mengatakan bahawa punca peyakit adalah berasal dari perut.


Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.  Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.


Kita selalu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak terutama pada hari-hari perayaan, kenduri kendara, dan jamuan-jamuan terbuka.  Sedangkan amalan ini tersangatlah bahaya kerana ia memberatkan organ dalaman kita serta sistem pencernaan untuk bekerja.  Kaedah rawatan penyakit yang terbaik sebenarnya bermula dari perut yang mana kita perlu mengawal gaya pemakanan kita.


Begitu juga dengan minuman berkarbonat sangatlah tidak digalakkan walaupun sedap.  Makanan yang diawetkan, makanan dalam tin, makanan masin dan makanan yang disimpan lama juga tidak digalakkan untuk mengambilnya.  Namun pengambilan buah-buahan segar serta madu amat baik untuk kesihatan.  Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.  Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.






17 Jan 2017

Set Bajet Shaklee





Teks  :  Rosnia Dahlan

Foto  :  Carian Google

#Entri 91

Assalamualaikum semua.  Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang set-set yang menjadi pilihan masyarakat di luar sana bagi produk Shaklee.  Jom kita lihat satu persatu.




SET SLIMMING
Set bajet Alfalfa dan lecitin menjadi pilihan ramai sebab ianya mampu milik.  Alfalfa berfungsi dalam mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot.  Alfalfa juga merupakan produk yang sangat penting buat mereka yang ingin menurunkan berat baan secara alami.  Lecitin pula bertindak sebagai pembakar lemak (emulsifier) secara semulajadi dan tidak memberikan kesan sampingan negatif.  Alfalfa akan membawa lemak-lemak yang telah dibakar oleh lecitin dan disingkirkan dari badan melalui permkumuhan.  Kombinasi dua produk ini adalah set lengkap bajet untuk proses detoksifikasi dan seterusnya menguruskan badan.




SET DETOKS


Set detoks merupakan set yang fokus kepada pembuangan toksin dari seluruh tubuh, membersihkan usus  serta menyahkan lemak dan kolesterol yang tidak bermanfaat. Alfalfa yang kaya dengan serat, dibantu pula dengan herblax, sangat sesuai buat mereka yang mengalami masalah pelawasan, sembelit, dan kurang pengambilan serat. 



SET MENYUSU

Kombinasi Alfalfa dan ESP merupakan set bajet yang dangat digemari oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.  Alfalfa dijadikan sebagai milkbooster dan digunakan oleh ibu-ibu untuk membantu menyelesaikan masalah kekurangan air susu.  Ia ditambah dengan ESP yang mampu memekatkan susu membuatkan bayi anda mudah kenyang dan tidur lena. Namun kekerapan penyusuan sangat membantu dalam meningkatkan pengeluaran air susu.



SET KEWANITAAN / KEINTIMAN

Ramai di kalangan suami isteri yang menyimpan perasaan berkaitan hubungan intim setelah perkahwinan sampai ke satu tahap dalam rumahtangga. Sama ada masalah kedinginan, keputihan atau masalah di bahagian intim, ia sepatutnya tidak boleh diambil mudah. Ini biasa berlaku setelah isteri melahirkan beberapa orang anak, ataupun isteri sedang menyusukan anak, atau setelah rumahtangga mencapai umur yang agak lama. Para isteri yang selalu rasa rendah diri akibat proses melahirkan dan bentuk tubuh yang sudah berubah seharusnya tidak perlu gusar kerana dengan pengambilan alfalfa secara konsisten, anda akan kekal perawan buat suami anda. Ingin kembali muda melayari bahtera, anda dan suami boleh mengamalkan vita-e complex Shaklee.


SET GOUT

Penderita gout semakin hari semakin ramai.  Ramai saja yang datang mendapatkan rawatan untuk masalah gout yang membuat mereka menanggung kesakitan.  Antara suplemen yang boleh meredakan penyakit ini (dengan pengambilan konsisten dan makanan yang terkawal). Alfalfa dan Omega merupakan gabungan yang mantap untuk memerangi gout dan juga masalah sendi. Amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi dan elakkan makanan laut dan sumber tenusu.


SET RESDUNG

Resdung menyerang tidak mengira usia, malah di kalangan remaja juga cukup ramai penghidap resdung. Resdung menyebabkan hidup seseorang jadi kurang berkualiti kerana perlu berjaga-jaga dalam pemakanan, tempat tinggal dan juga tidak selesa berhadapan orang ramai. Alfalfa merupakan antihistamine semulajadi yang paling mudah dan murah. Ia membantu mengurangkan alergi dan sinus. Sebaiknya dengan kombinasi SR Vita-C Shaklee. 


JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign