Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 36
Ayunan langkah engkau hentakan tiap hari. Keringat dingin tercucur deras di atas letih tubuhmu. Namun engkau tidak pernah lelah dengan semua itu. Kau ingin kami sukses di masa depan nanti. Dengan ilmumu kita akan hidup lebih baik di masa depan. Terima kasih wahai guruku.
Sedar tak sedar sudah masuk ke entri 36. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Cikgu Anys yang banyak memberi dorongan untuk terus menulis di blog. Mengajar tanpa kira waktu walaupun hanya saling mengenali di alam maya sahaja. In Sha Allah jika ada jodoh pertemuan pasti akan berlaku juga dengan kehendakNya. Bukan hanya mengajar menulis blog tetapi juga mengajar dengan teliti sehinggalah wujudnya blog ini dan masih di sini berkongsi ilmu dengan para pembaca blog. Walaupun jauh masih berupaya memberi komen yang bernas dan memberi idea-idea yang boleh dikongsi bersama pembaca.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya sehinggalah saya menjadi apa yang ada sekarang ini. Guru-guru Sekolah Rendah Abaka, Sekolah Menengah Abaka, Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau. Pengajar-pengajar Kolej Kejururawatan Sandakan di mana saya mengambil diploma Kejururawatan, Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu tempat saya mengambil Kursus Kebidanan dan Kolej Bersekutu Kuching Sarawak tempat saya mengambil posbasik Kecemasan dan Trauma.
Seterusnya terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengajar-pengajar di OUM yang banyak mengajar saya sehingga saya mendapat Ijazah Sains Kejururawatan. Tanpa jasa anda semua siapalah saya. Terima kasih diucapkan atas jasa-jasa kalian. Pengorbanan waktu, sebuah niat yang suci mulia dan engkau rela tinggalkan tanggungjawab lain demi memberi bimbingan ilmu. Semoga Tuhan membalas jasa mulia anda semua wahai guruku.
No comments:
Post a Comment