Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 43
Assalamualaikum pembuka kata. Moga para pembaca blog semua berada dalam lindungan Nya dan diberi keberkatan dalam hidup. Beberapa hari tidak update blog sebab sibuk dengan aktiviti harian. Bekerja sambil menuntut ilmu untuk menambah pengetahuan berkaitan dengan bisnes online. Anda pun semua tahu bahawa semakin hari ekonomi kita semakin tidak menentu dan kenaikan harga barang menuntut kita yang bergaji "cukup-cukup makan" ini untuk mencari peluang lain bagi menambah pendapatan.
Saya pun ingin mengambil peluang ini untuk belajar dan berjinak-jinak untuk bisnes online. Saya rasa seronok melihat sahabat-sahabat hebat meraih keuntungan yang besar hanya dengan berbisnes secara online. Namun begitu untuk memulakan bisnes saya perlu ada ilmu. Oleh sebab itu saya meluangkan waktu dan melabur sedikit wang semata-mata untuk menuntut ilmu dari mereka yang pakar.
Baru-baru ini saya belajar buat instagram. Terus terang saya katakan saya ini buta instagram. Langsung tidak ada instagram dan saya telah pun mengikuti kelas membuat instagram secara online dari seorang cikgu yang telah memdapat pulangan lumayan hanya dengan bisnes melalui instagram. Jika kita perhatikan masyarakat kita ramai yang buat bisnes melalui medium yang mereka minati seperti blog, facebook, twitter, instagram dan banyak lagi.
Dalam bulan ramadhan ini ramai yang membuat bisnes seperti menjual pakaian, kuih raya, lemang, dodol, dan banyak lagi kerana sambutannya dalam bulan ramadhan sangat memberangsangkan. Rezeki dibulan ramadhan sangat luas. Oleh itu mari kita mengambil peluang untuk membuat duit dalam bulan ini. Jangan kita lupa bahawa 9/10 dari pintu rezki adalah berniaga. Tidak kiralah samada melalui online atau offline yang penting niat, jujur dan ikhlas untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Hasil keuntungan jangan dilupa untuk bersedekah sepaya hasil yang diperolehi menjadi lebih berkah. Semoga kita dapat mengubah hidup kita semua dan menaikkan taraf ekonomi.
No comments:
Post a Comment