JURNAL SEORANG MISI: PERANGAI ORANG KITA

10 Jun 2016

PERANGAI ORANG KITA





Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#  Entri 42

Assalamualaikum, salam hormat dan salam sejahtera pembaca blog.  Hari ini saya ambik cuti sebab hendak berehat di rumahlah kononnya tetapi bila sudah bercuti lain pula ceritanya. Satu rumah hendak dibersihkan, lepas sapu rumah, mop lantai, kemas-kemas rumah, duduk relaks kejap sambil belek-belek telefon bimbit. Buka whats app dan facebook sambil cari-cari idea untuk menulis blog. 

Saya suka hendak berkongsi maklumat yang juga telah dikongsi oleh rakan-rakan dalam group. Ia berkaitan dengan orang kita.  Bila sebut saja pasal simkad Tone Plus pelbagai soalan yang orang kita akan tanya, ada yang cakap mahal dan tidak berbaloi, tidak ada duit untuk beli namun kalau di pikir simkad ini mahal tapi ada pulangan. Simkad yang lain jenama memang murah tetapi pulangan tiada. Lagi satu ada juga orang yang sanggup beli beratus malah beribu untuk nombor VIP  tetapi memang tidak membawa sebarang pulangan.  

Ada juga orang kita yang cakap bisnes ini tipu, dan yang lebih teruk lagi ada yang kata bisnes ini merupakan skim cepat kaya dan pelbagai lagi kata-kata negatif yang diucap dan pelbagai soalan yang ditanya.  Namun begitu tanpa anda sedar semakin ramai usahawan Tone Plus yang menjana pendapatan 3-5 angka setiap 10 hari dengan syarat kena tekun berusaha. Jika anda faham bisnes simkad Tone Plus ini berkonsepkan perniagaan secara networking.  Semakin besar networking anda maka semakin besarlah bonus pendapatan pasif anda.  Anda tidak boleh duduk diam sahaja sebab anda perlu mencari networking jadi di mana istilahnya Skim Cepat Kaya?  Dipendekkan cerita konsep perniagaan simkad Tone Plus ini mudah sahaja.  Anda pakai, top up, trading dan networking semuanya membawa keuntungan.  

Bagi orang kita bila ada yang mengajak untuk untuk ikut program investment yakni duduk diam dapat duit, tanpa berpikir panjang ramai yang ikut.  Modal pula tidak sikit ada yang guna hingga 5 angka dan ada pula yang sanggup pinjam dari along atau dari bank.  Program yang ini tidak banyak persoalan diajukan tetapi mudah pula keluarkan modal.  Namun bila duit melayang, baru nak mengamuk dan sibuk lapor polis dan salahkan sana sini. Orang kita tetap tidak serik dan sangat mudah tetipu.  Cuba anda fikir-fikirkan.  

Bagi anda yang berfikiran positif dan mempunyai niat untuk menjdadi lebih baik, marilah bersama-sama menjadi keluarga Tone Plus.  Anda join anda dapat dan kalau asyik hendak berfikir bila agaknya hendak mula.  Zaman kini semua kena cepat jika lambat tertinggal jawabnya.


Whats App  :  0198007433

No comments:

Post a Comment

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign