JURNAL SEORANG MISI: June 2016

27 Jun 2016

Kanak-kanak dan gadjet





Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google
#  Entri 46

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.  Di hujung minggu begini selalunya sibuk dengan aktiviti mengemas rumah, mencuci pakaian, mencantas bunga dan masa inilah juga masa untuk berkumpul bersama anak-anak.  Kalau hari biasa masing-masing sibuk dengan kerja dan anak-anak pun bersekolah.  Bila malam hari pula anak-anak sibuk menyiapkan kerja sekolah dan kelihatan letih setelah seharian di sekolah.  Kedengaran riuh rendah rumah dengan suara anak-anak bermain.  Melihat telatah anak-anak teringat zaman dahulu, bila waktu petang berkumpul dengan rakan-rakan untuk bermain permainan seperti konda kondi, layang-layang, guli, galah panjang dan sebagainya, Rakan-rakan pun ramai sebab sekampung dan juga merupakan rakan sekolah.  Namun tinggal di bandar ini lain juga suasananya, masing-masing dengan hal sendiri.  Oleh itu anak-anak pun lebih suka bermain dalam rumah berbanding di luar rumah.  Keadaan persekitaran yang kurang selamat juga menghadkan pergaulan anak-anak di luar rumah.  Ini menyebabkan kanak-kanak lebih suka bermain dengan gadjet berbanding dengan permainan yang menggunakan fizikal.

Bercakap tentang gadjet, kebanyakan anak-anak terdedah dengan peranti ini seawal-awal usia mereka bergantung kepada tindakan ibu bapa.   Jangan terkejut kalau saya katakan ada kanak-kanak sekecil 2 tahun terlalu ketagih dengan telefon pintar hingga hilang keinginan untuk bersosial sama ada berkawan dengan kanak-kanak sebaya ataupun bergaul dengan ahli keluarga yang lebih dewasa,  Anak-anak juga hilang selera makan dan masa tidur juga terganggu kerana terlalu asyik bermain gadjet.  Sekarang ini tak pelik kalau kita melihat kanak-kanak usia 6 tahun sudah memakai cermin mata.  Mungkin disebabkan oleh faktor lain tetapi membiarkan menggunakan komputer dan gadjet dengan kerap juga adalah faktor penyumbang.  Kanak-kanak ini biasanya menumpukan dengan permainan yang bersungguh-sungguh dan dengan jarak penglihatan yang dekat.  Ramai juga ibu bapa yang suka menggunakan teknologi moden seperti komputer, televisyen, telefon pintar untuk mengalihkan perhatian anak-anak supaya tidak mengganggu aktiviti-aktiviti yang dilakukan di rumah.  


Anak saya pun sangat suka bermain dengan gadjet.  Kadangkala sampai gaduh dengan anak sebab masa kita hendak guna masa itu jugalah dia hendak juga.  Kadangkala saya bertegas juga biarkan saja mereka menangis dan bila rasa letih mereka akan senyap juga.  Lucu juga bila fikirkan semula namun begitulah hakikatnya.  Tidak salah jika anak-anak didedahkan dengan peranti ini tetapi perlu ada pengawasan dari ibu bapa.  Anak-anak tidak boleh diberi kebebasan sepenuhnya untuk meneroka dengan sendirinya gadjet tersebut.  Ini kerana anak-anak belum lagi dapat membezakan baik dan buruk sesuatu yang dilakukan.  Anak-anak akan menjadi kreatif dengan penggunaan gadjet tetapi tidak sehebat sekiranya mereka didedahkan dengan permainan yang memerlukan penglibatan fizikal.  Dalam lingkungan umur 1 hingga 3 tahun berlakunya perkembangan minda yang pesat dan pada masa inilah minda mereka perlu diisi dengan seberapa banyak informasi yang boleh membentuk imej diri mereka.


Bolehlah dikatakan dalam zaman yang serba moden ini tidak dinafikan gadjet terkini adalah penting.  Walau bagaimanapun seawal usia anak bukanlah menjadi satu keperluan untuk memahirkan anak-anak dengan aplikasi dan kecanggihan teknologi yang ada.  Pemantauan yang berterusan, bersifat tegas, tidak memberi hakmilik gadjet kepada anak-anak dan elak anak dari bermain 'games' yang ada unsur ketagihan adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk mengawal anak-anak.   Apa yang paling penting adalah penerapan nilai-nilai murni dan kasih sayang kepada mereka yang akhirnya akan melahirkan anak-anak yang bijak pandai dari segi akademi, rohani dan jasmani.


 
 Wassalam,
Jumpa dientri seterusnya......






24 Jun 2016

Insurans Kemalangan Diri



Image result for toneplus image



Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#  Entri 45

Assalamualaikum salam hormat pembaca blog. Kita masih lagi berada dalam bulan ramadhan semoga amalan kita semua diterima olehNya.  Hari ini saya ingin berkongsi lagi cerita tentang simkad superhot simkad tone plus.

Sudah ramai yang mengetahui tentang simkad ini dan tahu banyak kebaikannya tetapi masih lagi bertangguh untuk upgrade simkad yang lama dan kekalkan nombor yang lama.  Lumrah manusia memang begitu bukan sekali beritahu terus beubah, ia kena ambil masa dan tengok ramai orang berjaya baru kita hendak bermula.  Salah satu kebaikan tentang simkad ini adalah tentang insuran kemalangan sebanyak RM100 000 yang berfungsi melindungi pengguna simkad toneplus yang memenuhi syarat.

Syaratnya hanya perlu tambah nilai sebanyak RM50 setiap bulan dan anda akan menerima perlindungan insuran sebanyak RM 100,000 secara percuma.  Insuran ini akan tamat jika tambah nilai anda kurang dari RM50 plan berikutnya.  Sebagai contohnya, jika tambah nilai RM50 dibuat pada bulan April, maka anda akan menerima perlindungan Insuran pada bulan Mei dan perlindungan ini akan berakhir pada 31 Mei.  Perlindungan Insuran kemalangan akan berakhir pada setiap akhir bulan.  Namun begitu Tune Talk berhak mengubah terma dan syarat tanpa sebarang notis.

Adakah anda masih belum berpuashati?  Adakah simkad yang anda guna sekarang memberi sebarang perlindungan Insuran kepada anda?  Adakah kita telah menyediakan kewangan yang cukup untuk waris kita jika berlaku sebarang kemalangan kepada kita?  Cuba anda buka minda dan fikir dengan sebaik mungkin.  Mari jana pendapatan disamping mendapat perlindungan Insuran untuk masa depan yang lebih cemerlang.




18 Jun 2016

CERITA SEDIH DI BULAN RAMADHAN




Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google


#  Entri  44

Assalamualaikum dan salam hormat. Salam di bulan ramadhan,  Terima kasih kepada pembaca blog kerana sudi singgah ke blog saya dan doakan semoga saya terus istiqamah untuk berkongsi idea serta pengalaman kepada anda.

Cerita sedih semalam yang begitu menusuk naluri sebagai seorang ibu.  Pertengahan bulan ramadhan para ibu sedang sibuk mengemas rumah, membersihkan rumah, membuat kuih raya dan tidak kurang juga yang sibuk mencari baju raya untuk persediaan raya yang bakal menjelma dalam 2 minggu lagi. Pejam celik tidak terasa masa terus berlalu, sudah 2 minggu umat Islam berada di bulan ramadhan dan mengerjakan ibadah yang sangat dituntut agama.

Petang semalam saya bertugas waktu petang.  Selepas mengerjakan solat asar lebih kurang pukul 4pm seorang ibu berlari sambil menangis membawa anaknya yang berumur setahun lebih dalam keadaan tidak sedar diri dan keadaan jabatan menjadi sibuk cuba untuk menyelamatkan nyawa anak tersebut.  Selepas resusitasi dibuat dalam masa setengah jam, anak itu gagal diselamatkan.

Anak kecil itu sebenarnya telahpun meninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital dan usaha untuk menyelamatkan nyawanya gagal.  Menurut cerita si ibu dia sedang membersihkan rumahnya dan meninggalkan baldi yang berisi air di ruang tamu.  Sepeninggalannya anak kecil ini telah pun masuk ke dalam baldi ini dan lemas.  Cerita sedih ibu ini sangat menusuk hati.

Dalam sibuk membersihkan rumah nyawa anak melayang.  Apakah makna raya jika nyawa anak hilang atas sebab kesilapan kita sendiri.  Saya teringat anak kecil yang saya tinggalkan di rumah pengasuh.  Semoga Allah mempermudahkan urusan kita.  Ajal maut telah ditentukan olehNya semoga ibu ini terus tabah meneruskan kehidupan.  Masih terngiang-ngiang di telinga si ibu ini meratapi anaknya serta menyalahkan anak-anak yang lain sebab keluar rumah dan meninggalkan si ibu dan adik sahaja di rumah.  Suami pula berada jauh kerana mencari rezki.

Semoga cerita sedih menjadi iktibar buat kita yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.  Jangan anak dibiarkan tanpa pengawasan kerana sifat semulajadi anak yang ingin tahu dan tidak dapat beza perkara yang membahayakan nyawa.  Anak tiada galang ganti, hal rumah boleh dikemudiankan dan tidak akan ada penghujungnya.  Moga ibu ini tabah menghadapi hari-hari mendatang.  Anggaplah ia ketentuan Ilahi dan ada kebaikan yang menanti.  Allahu Akbar.














15 Jun 2016

BISNES ONLINE






Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google


#  Entri 43

Assalamualaikum pembuka kata.  Moga para pembaca blog semua berada dalam lindungan Nya dan diberi keberkatan dalam hidup.  Beberapa hari tidak update blog sebab sibuk dengan aktiviti harian. Bekerja sambil menuntut ilmu untuk menambah pengetahuan berkaitan dengan bisnes online.  Anda pun semua tahu bahawa semakin hari ekonomi kita semakin tidak menentu dan kenaikan harga barang menuntut kita yang bergaji "cukup-cukup makan" ini untuk mencari peluang lain bagi menambah pendapatan.  

Saya pun ingin mengambil peluang ini untuk belajar dan berjinak-jinak untuk bisnes online. Saya rasa seronok melihat sahabat-sahabat hebat meraih keuntungan yang besar hanya dengan berbisnes secara online.  Namun begitu untuk memulakan bisnes saya perlu ada ilmu.  Oleh sebab itu saya meluangkan waktu dan melabur sedikit wang semata-mata untuk menuntut ilmu dari mereka yang pakar.

Baru-baru ini saya belajar buat instagram.  Terus terang saya katakan saya ini buta instagram. Langsung tidak ada instagram dan saya telah pun mengikuti kelas membuat instagram secara online dari seorang cikgu yang telah memdapat pulangan lumayan hanya dengan bisnes melalui instagram. Jika kita perhatikan masyarakat kita ramai yang buat bisnes melalui medium yang mereka minati seperti blog, facebook, twitter, instagram dan banyak lagi.

Dalam bulan ramadhan ini ramai yang membuat bisnes seperti menjual pakaian, kuih raya, lemang, dodol, dan banyak lagi kerana sambutannya dalam bulan ramadhan sangat memberangsangkan. Rezeki dibulan ramadhan sangat luas. Oleh itu mari kita mengambil peluang untuk membuat duit dalam bulan ini.  Jangan kita lupa bahawa 9/10 dari pintu rezki adalah berniaga. Tidak kiralah samada melalui online atau offline yang penting niat, jujur dan ikhlas untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik.  Hasil keuntungan jangan dilupa untuk bersedekah sepaya hasil yang diperolehi menjadi lebih berkah.  Semoga kita dapat mengubah hidup kita semua dan menaikkan taraf ekonomi.

10 Jun 2016

PERANGAI ORANG KITA





Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#  Entri 42

Assalamualaikum, salam hormat dan salam sejahtera pembaca blog.  Hari ini saya ambik cuti sebab hendak berehat di rumahlah kononnya tetapi bila sudah bercuti lain pula ceritanya. Satu rumah hendak dibersihkan, lepas sapu rumah, mop lantai, kemas-kemas rumah, duduk relaks kejap sambil belek-belek telefon bimbit. Buka whats app dan facebook sambil cari-cari idea untuk menulis blog. 

Saya suka hendak berkongsi maklumat yang juga telah dikongsi oleh rakan-rakan dalam group. Ia berkaitan dengan orang kita.  Bila sebut saja pasal simkad Tone Plus pelbagai soalan yang orang kita akan tanya, ada yang cakap mahal dan tidak berbaloi, tidak ada duit untuk beli namun kalau di pikir simkad ini mahal tapi ada pulangan. Simkad yang lain jenama memang murah tetapi pulangan tiada. Lagi satu ada juga orang yang sanggup beli beratus malah beribu untuk nombor VIP  tetapi memang tidak membawa sebarang pulangan.  

Ada juga orang kita yang cakap bisnes ini tipu, dan yang lebih teruk lagi ada yang kata bisnes ini merupakan skim cepat kaya dan pelbagai lagi kata-kata negatif yang diucap dan pelbagai soalan yang ditanya.  Namun begitu tanpa anda sedar semakin ramai usahawan Tone Plus yang menjana pendapatan 3-5 angka setiap 10 hari dengan syarat kena tekun berusaha. Jika anda faham bisnes simkad Tone Plus ini berkonsepkan perniagaan secara networking.  Semakin besar networking anda maka semakin besarlah bonus pendapatan pasif anda.  Anda tidak boleh duduk diam sahaja sebab anda perlu mencari networking jadi di mana istilahnya Skim Cepat Kaya?  Dipendekkan cerita konsep perniagaan simkad Tone Plus ini mudah sahaja.  Anda pakai, top up, trading dan networking semuanya membawa keuntungan.  

Bagi orang kita bila ada yang mengajak untuk untuk ikut program investment yakni duduk diam dapat duit, tanpa berpikir panjang ramai yang ikut.  Modal pula tidak sikit ada yang guna hingga 5 angka dan ada pula yang sanggup pinjam dari along atau dari bank.  Program yang ini tidak banyak persoalan diajukan tetapi mudah pula keluarkan modal.  Namun bila duit melayang, baru nak mengamuk dan sibuk lapor polis dan salahkan sana sini. Orang kita tetap tidak serik dan sangat mudah tetipu.  Cuba anda fikir-fikirkan.  

Bagi anda yang berfikiran positif dan mempunyai niat untuk menjdadi lebih baik, marilah bersama-sama menjadi keluarga Tone Plus.  Anda join anda dapat dan kalau asyik hendak berfikir bila agaknya hendak mula.  Zaman kini semua kena cepat jika lambat tertinggal jawabnya.


Whats App  :  0198007433

8 Jun 2016

SYARAT MENJADI AHLI TONE PLUS

              Image result for di mana ada kemahuan di situ ada jalan





Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian  Google


#  Entri 41

Assalamualaikum pembaca blog yang dihormati.

Kali ini saya hendak tulis ringkas sahaja berkaitan syarat menjadi ahli tone plus
Syarat layak menjadi ahli Tone Plus

1.  Perlu ada modal kurang dari RM100 

2.  Berumur 12 tahun ke atas
3.  Ada mana-mana akaun bank malaysia
4.  Ada IC atau passport





Rasa-rasanya semua orang mampu sebab anda labur sekali tetapi pulangan berkali-kali yakni anda dibayar berkali-kali selagi orang yang anda taja itu membeli top up.  Usaha tangga kejayaan dan di mana ada kemahuan disitu ada jalan.  Anda tidak rugi keluarkan modal sebab tidak ada istilah rugi dalam bisnes ini.  Jika anda seorang yang memenuhi syarat, marilah bersama-sama menjadi keluarga Tone Plus.


Tone Plus dikuasakan oleh Tune Talk


                                                                 


WA  :  0198007433



MASALAH PERBELANJAAN DAN JANA PENDAPATAN MELALUI TONE PLUS

                     Image result for duit bersama toneplus


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#  Entri 40

Assalamualaikum semua.  Hari ketiga di bulan ramadhan, tiada saat yang dinanti kecuali datangnya bulan mulia yang penuh berkah dan ampunan ini. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca blog yang menunaikannya.  Kali ini saya masih ingin berkongsi kepada anda semua secara ringkas berkaitan dengan perbelanjaan harian sebuah keluarga dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam menjalani kehidupan harian berkaitan dengan kewangan.

Kita semua mengimpikan sebuah kehidupan yang terjamin dan bahagia disamping keluarga.  Kita perlu merancang kewangan untuk jangkamasa panjang jika kita ingin merealisasikan impian kita. Kita boleh merancang belanjawan bulanan dengan mencatat jumlah pendapatan dan perbelanjaan kita.  Gambar dibawah menceritakan secara ringkas tentang perbelanjaan bulanan sebuah keluarga.

     


Jika dihitung perbelanjaan diatas jumlahnya sudah mencecah RM2900. Perbelanjaan ini belum lagi termasuk dengan cukai pintu, kos perubatan, potongan KWSP, tol/touch & go, tusyen anak-anak, upah pengasuh, servis kereta dan macam-macam lagi yang perlu dibayar setiap hari, setiap bulan dan setiap masa.  Duit mengalir keluar setiap masa dan kita perlu risau tentang hal ini jika dana kemasukan atau dengan kata lain pendapatan bulanan itu tidak mencukupi.

Bagaimana pula dengan simpanan bulanan?  Adakah anda dapat menyimpan secara berhemah dan kita sepatutnya perlu menyimpan 1/3 dari gaji kita untuk simpanan masa hadapan, untuk kegunaan masa susah dan 2/3 lagi adalah untuk pembayaran bil-bil, hutang dan belanja harian.  Secara rasional tentulah kita perlukan pendapatan sampingan untuk menyelesaikan semua masalah dan supaya kita dapat berbelanja seperti biasa dan membuat simpanan.

Perkongsian diatas adalah sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita.  Oleh itu saya ingin berkongsi dengan anda untuk bersama-sama menjana pendapatan sampingan.  Berniaga merupakan 9/10 dari pintu rezeki.  Cara mudah yang sedikit sebanyak boleh menambah pendapatan kita adalah upgradekan simkad anda ke Tone Plus dan berkongsi kebaikan berkaitan simkad Tone Plus.  Ini pun satu peluang perniagaan yang mudah dan mempunyai banyak kelebihan.  Semua orang boleh lakukan dan anda hanya perlu selangkah dengan upgrade simkad anda dan bermulalah sudah perniagaan anda. Perniagaan yang sangat cerah untuk menjana pendapatan sampingan bagi menyelesaikan masalah perbelanjaan anda.



Hubungi saya di :  0198007433
laman web :  pnrosniadahlan.smarttoneplus.com













5 Jun 2016

PELUANG BISNES BERSAMA TONE PLUS

                     

      Image result for imej tone plus
Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google


#  Entri 39

Assalamualaikum W.W. dan salam hormat semua pembaca blog.  Bertemu lagi kita dalam entri ini dan saya mengucapkan jutaan terimakasih kerana sudi singgah menjenguk blog saya.  Akhir-akhir ini agak begitu terasa dengan kenaikan harga barang yang tidak menentu akibat perubahan ekonomi kita ditambah lagi dengan gst yang dikenakan sebanyak 6%.  Oleh itu ramai yang berusaha menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarga. Pelbagai pekerjaan sampingan dilakukan untuk tujuan tersebut.  Rezeki ada di mana-mana dan kita hanya perlu pandai cari peluang dan gunakan peluang yang ada untuk menjana pendapatan.

Jika anda menggunakan peluang yang ada, anda boleh sahaja menaiktarafkan simkad anda ke simkad yang lebih istimewa iaitu simkad Tone Plus dan berkongsi kebaikan yang sedia ada untuk menambah pendapatan sampingan.  Anda hanya perlu berkongsi kebaikan dan jika berterusan maka anda boleh sahaja menjana pendapatan dari usaha ini.  

Anda tidak perlu berhenti dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang kerana ia tidak mengganggu pekerjaan malah jika anda menggunakan simkad Tone Plus pendapatan anda lagi bertambah.  Anda top up Tune Talk maka anda akan dapat manfaat daripadanya.  

Ada beberapa soalan yang perlu anda tanya diri anda sendiri :-
1.  Jika anda pengguna telefon bimbit, berapa lama anda menggunakan simkad anda sekarang?

2.  Berapa banyak wang yang anda gunakan untuk membeli top up? Contoh setiap bulan paling sedikit pun RM30. Setahun anda telah gunakan RM360. Kiraan ini untuk setahun kalau 10 tahun sudah berapa digunakan.  Berapa pulangan yang anda sudah dapat hasil dari simkad itu? 

3.  Adakah simkad anda ini memberi sebarang perlindungan insuran jika berlaku malapetaka kepada    anda? 

4.  Adakah pendapatan yang diperolehi dari simkad ini boleh diwarisi ataupun menjadi 'duit  pencen'   ataupun menjadi bebanan anda?  

Jika jawapan anda semua yang negatif, kenapa anda tidak bertukar sahaja ke simkad yang modal keluar sekali tetapi anda dibayar berkali-kali.  Ini bukan bisnes top up atau MLM tetapi ini adalah program referal bisnes simkad.  Selagi orang yang kita perkenalkan itu top up selagi itu kita dibayar komisyen dan mereka boleh top up di mana-mana pun kedai top up. Rebutlah peluang yang ada di depan mata untuk masa depan yang lebih bermakna.

Potensi pasaran kita sangat besar dan pada ketika ini bilangan yang menggunakan Tune Plus tidak sampai 2% pun lagi maknanya pasaran masih lagi baru.  Populasi penduduk Malaysia 29.9 juta dan pengguna talian telefon bimbit berdaftar 41 juta(Postpaid 7.4 juta / Prepaid 33.7 juta) (*Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).  Ini adalah fakta dan bukannya auta. 




Hubungi saya :

No telefon :  0198007433





4 Jun 2016

KELEBIHAN SIMKAD TONE PLUS

                                               


        

Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#  Entri 38


Assalamualaikum WW buat semua pembaca budiman.  Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang kelebihan simkad Tone Plus.  

1.  Pengekalan Nombor Lama 
Anda boleh mengekalkan nombor prepaid atau postpaid yang anda guna tanpa mengira simkad yang anda guna. Namun begitu anda tidak boleh terikat kepada kontrak. 

2.  Duit Pencen
Jika kita inginkan pendapatan pasif, rebutlah peluang untuk menggunakan simkad Tone Plus dan memperkenalkannya kepada keluarga dan juga rakan taulan, sahabat handai serta orang-orang yang berminat.  Walaupun pulangan di awalnya kecil tetapi tidak mustahil ia akan menjadi berganda-ganda jika kita berusaha.  Pendapatan ini boleh diwarisi kepada suami, isteri dan anak-anak.  Selagi kita menggunakan simkad ini selagi itu kita akan mendapat pulangan serta faedah-faedah yang ditawarkan.

3.  Perlindungan Insuran
Tune Talk menawarkan anda perlindungan insuran kemalangan peribadi secara percuma sebanyak RM100 ribu dengan syarat anda perlu top up sebanyak RM 50 sahaja setiap bulan.

4.  Big Point
Setiap kali anda top up anda akan diberi point dan dengan point ini kita boleh menikmati pelbagai kemewahan yang disediakan kepada pengguna.  Ia termasuklah percutian, tiket penerbangan Air Asia, penginapan hotel dan pembelian barangan.   

5.  Kemudahan Top up
Top up b0leh didapati di mana-mana pun kedai yang menjual prepaid, 7 Eleven, Maybank2u,  CIMB Clicks, stesen minyak yang mempunyai e-pay atau secara pun bank online.


                             



Satu peluang perniagaan yang sangat mudah, pasaran yang sangat luas dan setiap orang perlu menggunakannya. Anda tak perlu jual top up tetapi setiap kali rakan-rakan anda top up dimana saja dan pada bila-bila masa anda bakal meraih pendapatan.  Anda tidak perlu menjual atau membeli apa–apa barangan tetapi hanya mengajak saudara mara atau kawan-kawan anda bertukar ke talian Tune Talk sahaja.

Hubungi saya di talian :  0198007433


2 Jun 2016

Simkad Tone Plus

                       





Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#  Entri 37

Assalamualaikum WW salam hormat. Kali ini saya ingin mengajak para pembaca mengenali satu simkad yang benar-benar dapat memberi pulangan kepada penggunanya, simkad yang akan bekerja untuk pemiliknya iaitu simkad Tone Plus. Saya beranggapan bahawa semua pembaca blog ini tahu tentang simkad Tone Plus ataupun pernah terdengar tentang simkad ini. Namun begitu saya masih ingin berkongsi dengan anda sedikit sebanyakmaklumat  berkaitan dengan simkad istimewa ini.

Apa itu Tone Plus?
Tone Plus adalah simkad prabayar dari Tune Talk yang boleh menjana pendapatan kepada penggunanya.  Tone Plus bukan telco, tetapi satu program yang menggunakan talian telco Tune Talk. Dan ia adalah sejenis simkad yang menggunakan liputan Tune Talk ; Prasarana Celcom. Di mana ada talian  Celcom, di situ ada Tune Talk.  Ia sejenis simkad yang bila anda guna anda DIBAYAR KOMISEN 3% atau 7%.  Bahasa mudahnya 'Cash Back Guarantee'. Hebatkan.  Selain itu ia juga boleh menghasilkan 'Point' bila anda top up yang dipanggil sebagai Big Points; by AirAsia. Big Points itu boleh ditukar kepada tiket percutian, dan lain-lain.  Sejenis simkad yang akan menjadi "DUIT PENCEN" dan boleh diwarisi oleh anak-anak, isteri, suami atau sesiapa saja yang menjadi waris. 



Saya belum lagi kongsi kelebihan yang ada pada simkad Tone Plus tetapi baru memperkenalkan apa itu sebenarnya Tone Plus. Simkad ini sama fungsinya dengan simkad-simkad lain yang ada di pasaran tetapi yang istimewanya simkad ini  kerana banyak kelebihan yang tersembunyi disebaliknya dan yang paling penting ia membuka ruang dan peluang kepada anda untuk menjana pendapatan hanya dengan menggunakan simkad ini sahaja.


Hubungi saya di talian : 0198007433 untuk keterangan lanjut.
web  :  pnrosniadahlan.smarttoneplus.com

JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign